Wednesday, November 7, 2012

Adam dan Hawa episode 45

update online video and download link

Sinopsis
Rahsia Azie terbongkar bila phone dia tertinggal kt rumah….. ♥ ♥ ♥



Betul kata mak dan Eja dulu.Sekarang Ain memahami dan merasai apa yang mereka katakan dulu. Ain yang dalam kemarahan cuba mencari Am untuk menghiburkan hatinya yang kecewa. Azie dan Johan panik bila ketahui rahsia mereka telah terbongkar.
sorotan episode 45


Petikan novel.

“Hello Zie, Zie kt mana ni?
Apakah aku tersilap dengar atau memang benar bahawa suara Johan yg kedengaran ketika ini. Aku semakin keliru.
Suara itu kedengaran lg. Malah lebih menyakinkan aku bahawa yg sedang berkata-kata ini adalah Johan. Johan yg dikatakan ingin melamarku
“Jo tunggu tempat biasa ya. Cepat


sikit datang”.
Jo?
Jo mana? Pernahkan aku mengenali atau menemui lelaki yang bernama Jo ini?
Tapi, ada sesuatu yang menggangguku. Kenapa suara itu mirip suara Johan?
Toot…toot…toot
Kakiku longlai bagai tidak berdaya untuk terus berdiri apabila aku memeriksa nombor pemanggil yang tertera.
Apakah benar mereka berdua mempunyai hubungan lantas memperbodohkan aku? Aku benar-benar tidak sangka dua insan paling penting dalam hidupku itu tergamak mengkhianati kejujuran serta kasih sayangku. Apakah maksud mereka berdua mempermainkan kepercayaan dan keikhlasanku selama ini?
Sekali terlanjur mencuri sedikit rahsia Azie, aku terus mencurinya lagi. Aku buka peti inbox Azie. Ternyata kesemua mesej itu datangnya dari ‘abang’

Jo rindu Az
Klau Az ada, tentu waktu2 Jo x membosankan
Tk sbr nk jumpa Az ptg ni

Dan mcm2 lagi ayat asmara dari Johan. Entah bagaimana pula mesej yg direka oleh Azie untuk Johan, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Aku menarik nafas panjang. Perasaanku kosong. Mungkin marah itu ada, ttp tdk ketara.
Mengapa mereka sanggup berpura-pura dihadapanku. Mengapa mereka sanggup membohongiku selama ini? Mengapa Azie perlu menyembunyikan hal sebenar drpdku? Apakah dia takut untuk berterus terang?
Johan juga seperti takut2 utk memberitahu hal yg sebenar hubungan di antara dia dan Azie. Bertambah pelik, takutnya tdk bertempat. Tidakkah dia sedia maklum bahawa kami berdua tdk lebih dari teman yg plg akrab sama sperti aku dan Azie. Apakah ini balasan terhadapku kerana merahsiakan status sebagai seorang isteri pada lelaki yg begitu baik terhadap diriku. Aku harus memikirkan sesuatu. Lagi cepat lg bagus. Aku tidak mahu ada hati yg kecewa semakin kecewa dan terluka dgn hakikat sebenar.



Aku memberanikan diri cuba menghubunginya ketika itu, Bila panggilanku berjawab aku jadi tidak tahu ayat apa yg aku perlu mulai.
“Ain ni”… ucapku akhirnya
“Hmmm”
“Am kat mana sekarang ni?
“Rumah”
Aku cuba memikirkan ayat terbaik. Tengah buat apa?”
“Tengah siap nak pergi ofis”
“Sabtu pun kerja”
“Banyak kerja, so what do yo want now Ain?”
Aku terdiam. Serba-salah . Malu pada dirinya dan diriku. Tapi terpaksa memberanikan diri. Tidak mahu keseorangan, tidak mahu lagi di perbodohkan, tidak mahu lagi rasa bersalah pada dirinya. Tapi malu itu tetap berda di tangga teratas dari perasaanku yg berbau-baur ini.


“Am sibuk. Tak apalah. Lain kali Ain call semula.
Aku terdengar dia menarik nafas panjang
“Hari tu Am nak hantar Ain ke tempat kerja, Ain tak nak. Sekarang Ain cari Am semata-mata nak tanya Am buat apa? I thought you got your car yesterday?
Aku terdiam.
“Am tak ada masa nak dengar Ain diam macam ni? Tegasnya. Dia masih menunjukkan rasa marahya tapi dalam masa yang sama, aku dapat merasakan dia tidak mampu menahan perasaannya dari terus membiarkan aku.
“Am… Am boleh temankan Ain hari ini? Tanyaku perlahan, penuh hati-hati.
Am ketawa kecil. Sinis.
Pedih rasanya. Namun aku teruskan juga.
“Ain boring duduk rumah hari ni
“Hai? Mana kawan2 yang selalu dengan Ain”?
Aku mengeluh. Lenyap segala egoku selama ini. Dia orang berdua sibuk.
Eh… Am pun sibuk jugak.
Ya… Kalau dua2 sibuk, kenapa aku harus cari dia, bukan Johan? Entahlah… aku tidak mampu menjawab. Mulutku seakan terkunci.
“Tak apalah. Kalau Am busy Ain tak mahu ganggu. Aku hampir mahu meletakkan telefon bila terdengar dia ketawa.
Sinis sahaja gelak tawanya itu. Aku tahu dia cuba menyindir malangnya dia tidak mampu berbuat begitu. Malah, tawanya padaku kedengaran hambar sekali. Tanpa aku sedari, tawanya sepi tiba-tiba. Dan bersuara kembali.
“I got so many things to do Ain. Am banyak kerja ni. I need to clear up few things. You don’t mind spend some of your time being bored while I finish up my work”
“Lama ke?”
“Few hours”
Aku tiada pilhan lain. “Where shall I meet you? Ain tengah drive ni
“You’re diriving? Now? Wow! That fast” Sekali lagi dua cuba menyindirku, dituruti dengan ketawa kecilnya.
“Ain dah cakap Ain tak tahu nak buat apa lagi kt rumah” bentakku, sebal. “Boleh ke atau tak boleh ni?”
“Ain datang rumah kita dulu. Kemudian dari sini kita naik kereta Am”.
Di saat aku dilanda rasa kecewa, marah dan terluka aku di pujuk dengan satu perkataan “Rumah kita”
“I will be there in 15 to 20 minute time”
Okey Am tungu
Ya dia selalu menungguku. Malah dia terlalu sabar menantiku selama ini. ♥ ♥ 



online video 

hotfile

zippy share

10 comments:

  1. mak ai.. adik fara taip ke or copy paste ni.. rajin nyer.. hehehehehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong copy paste je..hehe
      terima kasih pada peminat ANH yang tolong sudi
      taipkan..
      jasanya sentiasa dikenang ^_^v

      Delete
  2. ke mana pergi link ep 45? uwaaaa!!...

    ReplyDelete
  3. 45................

    ReplyDelete
  4. npe x juar ag link dia??huhuhu

    ReplyDelete
  5. episode 45 ta de lg ke ?

    ReplyDelete
  6. sis fara hotfile plz..hohoho

    ReplyDelete
  7. kenapa lambat sangat upload ni dik... mak cik tunggu seharian. awak dah mula abaikan tanggungjawab awak. malam ini punya episode jangan lambat nak muat naik dik. sian makcik tunggu lama. mak cik harapkan awak je sbb makcik tak ada astro mustika hd.

    ReplyDelete
  8. sis fara cepat la upload da ta sabar nieeeee...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi memberi komen.please letak nama-jangan pilih anonymous.yang tiada id pilih name/url pastu letak nama.selepas ini jika masih ramai pilih anonymous, admin terpaksa kunci balik ruangan komen ini.Sila beri kerjasama ye.