join admya di FB

Cinta itu Milikku Akasia tv3


Tajuk Asal: Rindu Rania
Slot: Akasia
Channel: tv3
Mula tayangan: 12/11/2012
jumlah episode: 24
Pelakon: Erry Putra,Emma Ma'embong,Fiffy Natasya,Fazreen Rafi,Ana Dahlia

Lagu tema Cinta itu Milikmu

Sinopsis:
 Rania (Emma Maembong)  bercinta dengan Zafril (Fazreen Rafi).Namun begitu, bekas tunang Zafril iaitu Dini (Ana Dahlia) tidak berpuas hati dengan hubungan Zafril dan Rania kerana Dini menganggap bahawa Rania telah merampas cintanya.Selepas mereka berkahwin kemarahan Dini semakin meluap-luap dan telah menimbulkan pelbagai konflik apabila Dini berkahwin dengan abang Rania dan mereka tinggal serumah.

Kemelut bertambah teruk apabila Dini yang mempunyai dua korektor telah merancang pelbagai idea jahat untuk memusnahkan hidup Rania dan Zafril.
Dini mendapat tahu Rania mempunyai seorang abang bernama Ridzuan (Karl Shafek). Dini memulakan permainannya dengan menggunakan Ridzuan sebagai senjata untuk mendekati keluarga Rania. Sikap Ridzuan yang sememangnya pantang melihat perempuan cantik dan seksi telah memudahkan rancangan Dini untuk mendampinginya.

Setelah berjaya menakluk hati Ridzuan akhirnya Dini berkahwin dengan Rizduan. Zafril yang terkejut mendapat tahu bekas tunangnya itu berkahwin dengan abang iparnya, dapat merasakan Dini mempunyai niat tidak baik. Namun dia terpaksa berdiam diri kerana beranggapan itu adalah urusan keluarga isterinya. Begitu juga dengan Rania, dia dapat merasakan kehadiran Dini tidak ikhlas mendampingi abangnya dan mula perhatikan gelagat Dini.

Dini bukan sahaja berjaya memperdaya Ridzuan malah semua ahli keluarga Rania tertipu dengan sikap lemah lembut Dini. Apabila Zafril keseorangan, Dini akan mendekati Zafril dan mengingatkan segala kenangan indah mereka semasa bertunang. Rania yang perasan akan kelakuan Dini itu berasa kurang selesa.

Ketika Rania sedang sarat mengandung, dia dikejutkan dengan khabar yang sangat tidak diduga. Suami yang dicintai telah terkorban dalam nahas kapal terbang semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Kematian Zafril bukan sahaja meruntun hati Rania malah Dini juga terasa kehilangan Zafril dan sesungguhnya hati Dini hancur luluh.

Setelah lama kehilangan orang tersayang, Rania berkahwin dengn Doktor Shafiq (Erry Putra) yang juga doktor peribadi keluarganya. Biarpun telah berkahwin, namun di dalam hati Rania masih bertakhta nama Zafril. Pada suatu hari, Rania telah mendapat sepucuk surat dan sehelai sapu tangan miliknya pemberian Zafril kepadanya. Sapu tangan itu telah dibawa oleh Zafril ketika dia bekerja di luar negara sebelum terbabit di dalam nahas kapal terbang. Rania terkejut dan yakin bahawa Zafril masih hidup.

Ternyata sangkaan Rania benar apabila mendapat tahu Zafril masih hidup. Rania yang amat rindukan Zafril, ingin bersamanya tetapi hasrat itu pasti tidak akan menjadi kenyataan kerana Rania telah menjadi isteri kepada Doktor Syafiq. Apa yang akan terjadi seterusnya? Adakah Doktor Syafiq sanggup melepaskan Rania dan membiarkan isterinya bersama Zafril? Apakah punca yang mengakibatkan Zafril sehingga dianggap sudah meninggal dunia? Adakah kehilangan Zafril mempunyai kaitan dengan Dini atau dengan seseorang yang tidak disangka?

admya- jalan cerita drama sekarang lebih kurang je dengan drama lain. harap diorang twist cerita supaya lebih best.
Inilah suami Rania
 



dr shafik

apa yang dr shafik plan dengan rania ni?

sian,my hubby terbakar kulit dia



gambar sumber: emma dan erry putra

Comments