Adam dan Hawa episode 19


Setelah Ain mengetahui keadaan sebenar dirinya. Dia mula merasakan satu kehidupan yang baru. Tanpa tanggungjawab seorang suami setelah 3 bulan tanpa nafkah zahir dan batin dengan sendirinya akan terjatuhnya talak.

Ini membuatkan Johan makin rapat dengan Ain malah Ain merasakan dia `bebas` dari perkahwinannya.

Setelah berapa lama Ain dan Adam dengan kehid

upan sendiri. Adam tetap merindui Ain dan tahu Ain tetap berkeras. Tanggungjawab sebagai suami Adam tetap jalankan…terutamanya isu nafkah.

Ain sentiasa mengikut perkembangan keluarga. Begitu juga dengan Adam. Ain dapat merasakan Adam kini bersama Dee bila terlihat gambar perkahwinan Kak Zah. Gaya Dee yang manja bersama Adam jelaskan menunjukkan mereka terus bersama.

Ain suka bila ada yang menjaga Adam tapi dalam masa yang sama hatinya sedih..dia sendiri tak pasti apa sebenarnya yang tersentuh di hati..!!

Ain nekad menyambung master di Australia walaupun Johan dan Azie terus memujuknya. Kini Ain sendiri di Australia bila Johan dan Azie balik ke tanah air.

Ain heran maknya tak pernah putus berikan duit belanjanya. Tapi alasan Normah pada Ain langsung tak mendatangkan syak wasangka.

Adam makin resah dalam penantian menunggu Ain. Kini Ain lebih banyak masa bersendirian teringatkan semua kenangan dulu. Mula ada rasa rindu pada Adam…perasaan rindu yang tak mampu membohongi dirinya sendiri..


Watch ep19

Download episode 19

note: sorry admya n adam dan hawa fans..episode 19 lambat upload - (outstation)

Comments

  1. Bile boleh tengok online tak sabar la kalau boleh secepat mungkin

    ReplyDelete
  2. masa johan dan ain ada kt bell tower perth australia,johan bg ape dkt ain?

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...