join admya di FB

Ratu: Sirrun tv9



Sirrun
TV9
Isnin- Selasa
8.30 malam
jumlah episode: 14





Sinopsis:



Kisah Sirrun bermula dengan persahabatan dua insan iaitu Laila (Zarina) dan Surina (Anzalna) sejak umur mereka 5 tahun lagi. Mereka berkawan baik walaupun mempunyai perwatakan yang amat berbeza. Surina seorang yang sungguh cantik dan lemah-lembut. Ketika dia kecil, ibu bapanya tidak membenarkan dia bermain di luar kerana sakit asmanya yang teruk. Kawannya ketika itu hanyalah Laila seorang sahaja. Dia juga begitu rajin belajar di sekolah dan mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan
Hidup Laila pula menjadi amat sukar apabila bapanya, seorang tabligh yang jarang berada di rumah, membuat keputusan untuk berkahwin buat kali ketiga. Laila marah terhadap bapanya dan juga kepada ibunya kerana merelakan perkara ini berlaku. Laila menjadi tidak terurus dan terpaksa berhenti sekolah ketika umurnya 16 tahun untuk menyara ibu dan adik-beradiknya.

Setelah berhenti dari sekolah, Laila berkerja sebagai seorang guru di sebuah Tadika Islam. Di sana, dia telah bertemu dengan Khalid (Hairul Azreen) dan telah jatuh cinta pandang pertama. Laila memperkenalkan Khalid dengan rakan baiknya, telah menjadi marah dan cemburu apabila Khalid jatuh cinta dengan Surina pula. Kerana Khalid, Laila dan Surina bergaduh dan tidak bertegur sapa.



Sepuluh tahun telah berlalu dan Surina kini seorang peguam Syariah berjaya dan isteri kepada seorang jurutera bernama Zaid (Beto Kusyairy). Walaupun berjaya di dalam hidupnya, namun Surina tetap sedih kerana masih belum dikurniakan seorang anak. Pelbagai cara telah mereka lakukan namun semuanya tidak pernah berjaya. Pada suatu hari, Zaid telah bertemu dengan Laila di Kerteh atas urusan kerja dan dengan tidak disangka, mereka pula telah jatuh cinta! Zaid telah pun memberitahu Laila bahawa dia telah berkahwin tetapi kerana beranggapan cinta itu buta, mereka telah berkahwin tanpa Laila mengetahui siapa isteri Zaid yang sebenarnya.


sumber gambar: TV9,Alzana

Comments