Monday, August 27, 2012

Cerekarama Sebelum Kiamat


Sinopsis Sebelum Kiamat

Telemovie Sebelum Kiamat ini berkisar tentang seorang budak bernama Radi  yang dibesarkan oleh ayahnya Osman. Dia didik untuk berdikari dan berhati tabah.Dia tidak tahu sama ada ibunya masih hidup atau tidak kerana bapanya enggan membicarakan tentang ibunya.Suatu hari, Osman meninggal dunia. Berbekal wang simpanan, Radi tekad mencari ibunya.

Radi lakonan Muhammad Naim Daniel Bahari mempunyai karakter tersendiri dan mudah mengalirkan air mata. Bakat lakonan yang dimiliki pelakon cilik ini menarik perhatian ramai.

Sherry Merlis yang membawa watak Salmah sebagai pelacur dalam telemovie itu mengakui, biarpun penampilannya hanya menerusi beberapa babak dalam telemovie itu, namun dia perlu memberi impak besar dengan watak yang diberikan.

Biarpun pertama kali membawakan watak hitam, dia tidak perlu tampilkan sisi gelap wanita itu membuatkan dirinya tidak berdepan banyak masalah.

Pelakon drama Sebelum Kiamat: Muhammad Naim Daniel Bahari, Soffi Jikan, Sherry Merlis, Zamarul Hisham, Liza Rafar,Noorkhiriah A Shapie, Datuk Rahim Razali

Info Sebelum Kiamat
TELEMOVIE: Sebelum Kiamat
PRODUKSI: Enuja Production Sdn Bhd
PENERBIT EKSEKUTIF: Mohd Ismail Hassan Ali, Rahmatun Nisa Abdul Wahab
PENERBIT: Zainuddin Mohd Ismail
PENGARAH: Murali Abdullah



lagu:
Opick - ya Rahman

No comments:

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq