Friday, August 24, 2012

Cerekarama Raya Di bawah Langitmu

Pelakon: Nora Danish,Shanaz Ahmad,Nad Zainal,Ako Mustapha,




Donate utk admin(click je)

Sinopsis:
Annur merupakan gadis yang menjadi igauan hampir setiap anak muda dalam kampung itu. Dia merupakan seorang yang cantik, lembut dan warak. Annur bakal disatukan dengan Farid pada Aidilfitri yang bakal menjelang.

Osman, abang angkat Annur di sekolah yang mahu memperisterikan Annur kecewa dengan berita tersebut. Sikapnya yang panas baran dan kaki pukul membuatkan pinangannya ditolak oleh keluarga Annur. Yazid yang berdendam dengan Osman telah memasang perangkap supaya Annur dengan Osman ditangkap khalwat.

Keluarga Annur menyatukan Osman dengan Annur demi menjaga maruah keluarga mereka. Osman telah berubah selepas berkahwin dan menatang Annur macam minyak yang penuh. Annur semakin bahagia apabila dia disahkan mengandung.

Namun, rumahtangga mereka mula tergugat selepas Osman ditipu oleh rakan kongsinya. Osman kembali kepada tabiat asalnya dan Annur sering dikasari. Mampukah percintaan mereka menemui kebahagian hingga ke akhirnya?


Jangan lupa 25 ogos 2012 tv3 10 malam.

Kesian Annur.




Lagu dalam di bawah langitmu:

4 comments:

  1. sia-sia je kene tembak..kan dah bergelimpangan

    ReplyDelete
  2. watak shanaaz dalam drama sama je..tak jd laki panas baran,kena bunuh dengan isteri..

    ReplyDelete
  3. best drama ni..lakonan nora danish semakin mantap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.dia dah boleh watak berat.
      syabas nora.

      Delete

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq