join admya di FB

Keluarga Iskandar Astro Prima



Keluarga Iskandar
Astro Prima
Setiap Selasa
10 malam
15 Episode

Sinopsis:
Sitkom itu berkisar mengenai Mak Jah (Kismah Johar) seorang ibu yang tegas tetapi penyayang serta nenek yang bertindak menyatukan anak-anak, menantu dan cucunya walaupun terdapat perbezaan di kalangan mereka. Tinggal bersama anak perempuan bongsunya dan anak sulung yang menduda- Aziz.

 Watak:
 Mak Jah/Nenek- Kismah Johari

Mak yang tegas dalam semua aspek tapi sangat menyayangi anak-anaknya. Jika ada anak yang tidak penuhi kemahuannya,mak akan cepat merajuk.

Abang Long/ Aziz Iskandar(Hilal Azman)
Duda anak tiga. Dua orang anak lelaki berada di luar negara. Manakala anak perempuannya berusia 9 tahun tinggal bersamanya.Tinggal bersama maknya atas desakan adik-adiknya yang risau akan rumah maknya yang tiada lelaki."Abang Long selalu beralah dan dia sanggup berkorban tinggal bersama Mak Jah kerana adik-adiknya yang lain mempunyai keluarga sendiri.

Abang Ngah/ Azman Iskandar( Sobri Anuar)
 Pendiam, sukar membantah kata emaknya. Anak kesayangan Mak Jah.Kesilapannya hanya berkahwin dengan  minah mat salleh -Kamariah Abdullah dan tak tamat belajar.Mempunyai dua orang anak lelaki.

Kak Ngah/ Kamariah@ Kay(Susan Lankaster)
"Kay atau Kak Ngah adalah seorang wanita yang sensitif serta hyper dalam kehidupan sehariannya baik sebagai isteri, wanita bekerjaya mahu pun menantu."Selain terpaksa melayan kerenah dua orang anaknya, Kay juga terpaksa melayan ibu mertuanya yang daripada awal lagi tidak begitu merestui perkahwinannya. Oleh kerana itu,dia tidak pernah berkata tidak jika mak mertuanya memanggil untuk datang ke rumah walaupun hatinya tak nak.


"Terdapat satu babak, dia yang sedang sibuk bekerja di luar dan telah diganggu oleh ibu mertuanya di rumah yang memintanya untuk pulang dan membelikan serbuk kunyit dengan segera."Kay terpaksa bersabar dan menurut apa sahaja permintaan ibu mertuanya untuk menjaga serta memikat hati mertuanya," ujarnya lagi.Kay dan suaminyamendapat tahu bahawa anak kandung mereka Om, telah diturunkan kelas walhal anak angkat mereka Salahuddin amat cemerlang dalam mata pelajaran. Insiden ini membuat mereka mempersoalkan baka keturunan masing-masing.

 Achik/ Azura Iskandar/ Kak Teh(Anita Baharom)

Seorang Peguam.Suami bernama Kamal(Azhar Sulaiman).Mempunyai sepasang cahaya mata. . Suka bertanya apa sahaja kepada suaminya.
Keluarga sebenar Anita- Anak-anaknya turut berlakon dalam sitkom sbg anak-anaknya sendiri.
Kamal
Seorang arkitek tapi telah diberhentikan kerja.Namun,dia menyembunyikan perkara tersebut dari Azura."Dia berlagak seperti biasa apabila dia keluar awal pagi dan balik petang kononnya sibuk bekerja. Tak boleh miss sahur sebab ada gastrik. Phobia dengan bunga api kerana tragedi yang menimpanya semasa kecil.. Akhirnya rahsia diketahui oleh abang long dan Azura.

 Alang/Azlan Iskandar (Zain Ruffedge)
Berkahwin dengan janda anak 1- Nur.Takut bersanding dan masih cuba memenangi hati anak tirinya  Jojo yang tidak suka akan kehadiran bapa baru disisi mamanya.
 Uda - Belajar di luar negara dan terus menetap luar negara. Tidak pernah balik lagi sejak pergi ke luar negara.

Acu/ Adibah Iskandar(Hiera Hassan)
Anak bongsu. Agak garang dengan anak-anak buahnya. Sebab tu,abang-abangnya selalu rujuk kepada dia untuk mendisplinkan anak-anak mereka yang degil. Paling memahami dan mengenali sikap ibunya. Sering membuatkan maknya merajuk namun segala hujahnya akhirnya disetujui oleh abang dan kakaknya.

Keluarga Iskandar diarahkan oleh Syed Khairul Fariz Syed Khairuldin. Buat kali pertama juga, sitkom itu dipersembahkan dengan cara terbaru apabila disisipkan elemen 'mockumentari'. Elemen itu memaparkan setiap watak bercerita dan menjelaskan apa yang berlaku kepada keluarga mereka.

Konsep sitkom itu adalah idea penerbit KL Motion, Wan Hasliza Wan Hassan.


Gambar sumber budiey,astro gempak

Memang Best sitkom ini.Tayangan Ulangan Rabu 11 malam,Ahad-1ptg

Comments