Cinta V- Log



Fames betul Wawa sekarang,asyik muka dia je kat tv.hehe
Wawa akan muncul lagi di skrin tv9 dengan Cinta V- log.
Cinta V-log mengisahkan kisah cinta remaja antara Shezz (Alif Aziz) dan Madiha (Wawa Zainal) yang berputik di laman Internet. Shezz dikenali kerana vlognya dipenuhi elemen lawak, persembahan muzik dan nyanyiannya.

Manakala Madiha pula menggunakan vlog sebagai medium untuk mengajak rakan perempuan untuk sama-sama memperbaiki diri menjadi Muslimah yang baik.

Namun, keikhlasannya disalah erti, lebih-lebih lagi Shezz yang menuduh Madihah menggunakan nama dakwah dan Islam untuk mengejar populariti. Berlaku perdebatan hangat antara dua vlogger itu lalu satu pertemuan diatur untuk menjelaskan perbezaan pendapat di antara mereka.

Selepas pertemuan itu, Shezz jatuh cinta pada Madiha lalu menggunakan vlog miliknya untuk memikat Madiha. Madiha yang malu dengan perbuatan Shezz menutup akaun vlognya.

Shezz menyesal pernah memandang rendah pada Madiha kerana setelah kejadian itu, dia melihat semua rakaman video Madiha dan mula menjejaki Madiha untuk memperbaiki hubungan mereka.

Pelakon Cinta V-log: Aliff Aziz, Wawa Zainal, Anne Ngasri dan Zahiril Adzim

Telefilem Cinta V-log akan disiarkan di slot Skrin Di 9, Rabu, jam 8.30 malam, TV9 pada 6 Jun 2012. 



Lagu tema: Kosong - Najwa Latiff
Download





Comments

  1. nk tny ngn nk mntk tlg.. cmner nk dload vde okt tonton ye?? mslh sgt2 skrg.. sy byk trlpas rncgn msakan fvret sy.. hrp2 dpt tlg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna realplayer.real boleh download video.
      tapi player lain tak tahu plak,
      lagi satu cara pergi kat blog yang upload drama-klik link then download
      harap ianya membantu

      Delete
  2. ceritamaster.com banyak citer2 yg baru

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...