join admya di FB

Drama Tiada yang kedua


Update- Tayangan di astro Prima malamni(24/5) jam 10 malam
Judul: Tiada yang kedua
Channel: Astro Citra,
Jadual tayangan:  13/5, 17/5/2012 - 2.30 petang,20/5(8am),23/5(2.45pm)
Pengarah: Pierre Andre
PELAKON: Peirre Andre (Imran), Ayu Raudhah (Shira), Azie Yahya (Aniza), Khatijah Tan (Rahimah), Datuk Jalaluddin Hassan (Mutalib), Dian P. Ramlee (Ainah), Farid Wari (Azlan), Afzan Anak Wayang (Razman), Hadi Tahir (Zarul), Ieka Zulkifli (Julia).
LOKASI: Saufiville Resort, Janda Baik.(cantiknya tempat ni)
blog Sania Yasmin

Sinopsis drama tiada yang kedua:
Tiada Yang Kedua mengisahkan Nur Shahirah Batrisya (Shira) berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti diharapkan. Lelaki yang baru saja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.

Di birai katil mempelai yang dihias indah, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimiliki. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga.

Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan dan Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecewa. Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang hebat dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya.

Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran. Naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun, pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri.


admya-
telefilem ni tak buat promosi ke?tak jumpa pun poster drama ni..^_^

Comments

  1. salam

    best jugak cite ni :) syahdu..

    ReplyDelete
  2. ada sesapa upload cerita nie?

    ReplyDelete
  3. heronye mcm tak sesuai je,,huhu...

    ReplyDelete
  4. Hero heroin x Ada chemistry

    ReplyDelete
  5. Nk pilih hero heroin minta pandangan peminat yg nk tgk tv bukan ikut Suka produser atau Stesyen tv syok2 sendiri in the end org x tgk penonton kecewa

    ReplyDelete
  6. Adoi,,dielah pengarah,dielah hero..sellu cmtu,syok sendiri ke mmg xde pelakon lelaki len kt Malaysia neh..tak semestinye yg hebat2,Kamal Adli ker..Fizo Omar pun not bad..ehh??...demand plak kn..')

    ReplyDelete
    Replies
    1. pierre kata- pelakon yang dia nak tu tak boleh nak join,
      so akhirnya dia yg jadi pelakon utama

      Delete
  7. Boleh plak cmtu kan.Ramai lg pelakon len..emm..klu tengok citer nih pun meby sbb sinopsisnye nmpak best....belum tengok belum tau kn.')

    ReplyDelete
  8. best lah crita ni.....record tgk berulang kali.....xboring......ada sape tahu nk upload crita ni

    ReplyDelete
  9. ulangan mlm ni kat astro prima, yuhuu

    ReplyDelete
  10. best gak citer nie....suka lakonan ayu raudhah

    ReplyDelete
  11. cita ni best...slalu tayang kt astro...credit to penulis n krew filem!

    ReplyDelete
    Replies
    1. credit to penulis?? hang bio betui cik Ayu Nie oii... cuba tengok semula part si shira sembang dng mak dia kat gazebo

      Shira: dia dah bersalin lum?? dulu dia mengandung kan?
      Mak : dah... dah 4 bulan umor anak dia.
      Shira : Shira dulu kawin dari dia kan?

      next part [masa mak dia sembang dng ayah dia]

      Mak : saya risau lah si shira tu, dah 5bln berkahwin, batang hidung suami dia tak pernah nampak...

      cuba pikir.. aku tak paham camner skrip mcm ni boleh lepas kat astro chitra... sah2 tak logik...bodo piang tul



      Delete
    2. Ada bnyk tak logik citer ni. Pasal sepupu hubby dia yg baru kawin tu tba2 dah ada anak? Tak silap Julia kot nama kawan dia tu kata hubby dia taknak tengok n benci tengok anak sendiri... Bila masa dia beranak? Kan si shira tu pregnant dulu??

      Yg paling aku gelak besar n terasa berapa tiadanya general knowledge nya si penulis skrip bila shira bgtau kat makcik tuan rumah tu anak dia dah 4 bulan n next scene shira ckp dng anak dia "esok mama dah kena keja dah" lamaaanya dia cuti bersalin???org gomen pun cuti 3 bulan jer..



      Moral of the story: blajar dulu buat skrip jng syok sendiri.

      Delete
    3. diorang olah novel jadi skrip..lain jadinya

      Delete
    4. Opss sorry tuan punya blog, masuk main redah je dah tu membebel2 tah apa2.

      Tpkan memang hangin tengok citer yg lintang pukang mcm ni dahtu kat Citra pulak. Kalau kat RTM tu boleh dimaafkan.

      Sapa yg tak tengok lg tu google perkataan ni "'malaymoviesfull'

      Delete
  12. sangat teruk...Hero yang paling tidak sesuai...bila part nak panggil nama isteri dia tu..mcm nak baling jak dengan kerusi... time skip yang teruk...cerita yang teruk! fail

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq