join admya di FB

Drama Bayangan Rindu








Judul drama: Bayangan Rindu
Tayangan: Channel Tayangan Hebat 952 Julai
Part 1 Part 2

Sinopsis dari novel:

Kisah cinta remaja antara Iddya dan Baien dari zaman persekolahan ternoktah jua akhirnya. Baein yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara, berkahwin dengan Ivy di sana. Iddya pula kecewa membawa duka lara. Namun hanya sebentar cuma, Iddya berjaya mendapat penggantinya Lutfi yang secara kebetulan menjadi penyelamatnya dari si bujang terlajak yang suka menggangunya di pejabat tempat dia praktikal.

Lutfi berjaya menambat hati Iddya walaupun Lutfi bergelar duda beranak satu. Sedih sungguh babak di mana Lutfi memperkenalkan anaknya kepada Iddya, di tanah perkuburan. Sendu sungguh part ni.

Dalam pada itu, perhubungan Iddya dengan teman-teman sepersekolahan terjalin kembali, terutama dengan Kiew yang selalu memujuk diri Iddya semasa dia merajuk dengan Baein (waktu persekolahan dulu). Mereka semakin akrab. Tidak terlintas di hati Iddya yang Kiew menaruh hati padanya dalam diam. Tetapi Kiew mengetahui hubungan Iddya dan Lutfi, jadi Kiew hanya cuma mendekati Iddya sebagai teman rapat sahaja.

Klimaks apabila, Lutfi diperkenalkan dengan keluarga Iddya, dan didapati bahawa Lutfi merupakan bayi yang disusui ibu Iddya sewaktu mereka sekeluarga menjaganya di Sarawak berpuluh tahun dahulu. Lutfi yang sememangnya masih bayi dan ibunya meninggal sewaktu melahirkannya telah dijaga keluarga Iddya sementara ayahnya kembali ke semenanjung dan membawa ibu tirinya yang baik hati itu. Hati Iddya remuk mengenangkan kekasih hatinya adalah abang susuannya dan mereka terbatas dalam talian kekeluargaan.

Sekali lagi Iddya membawa hati yang lara, menuju ke Perth bagi memujuk hatinya. Saat itu Kiew datang dan menghiburkan dirinya. Rupa-rupanya Kiew = Umar Aisy yang telah lama memeluk Islam. Barulah Iddya tahu yang selama ini Kiew menyimpan rasa terhadapnya demi kasihnya pada Baein mahupun Lutfi.

Pada ketika ini, Baein datang memujuk hatinya untuk rujuk kembali. Tetapi Iddya sudah tidak dapat menerima lagi Baein sungguhpun dialah cinta pertama Iddya.


thanks novelmalay.

admya:
Teringat kak june- rajin pergi bilik dia semata-mata nak pinjam novel...:)

Behind the scenes:





Comments

  1. salam, boleh tolong upload telemovie ni tak ? baru disiarkan pada 20 januari 2013, terim kasih..

    ReplyDelete
  2. salam, hehehehe dah lama dah saya review kat novelmalay.. jangan lupa beli kat http://novel-online.com/index.php?route=product/product&path=25_29&product_id=117

    ReplyDelete
  3. part 1 - 3x tgk, 3x nangis T_T - mmg sedihhhhhhhhhhh
    part 2 - ok, best, tp tak berapa sedih sangat :p

    jangan lupe langgan kat astro box office 952

    ReplyDelete
  4. thanks sis..cter nie sedih sgtt smpi nges teresak..sedih bila part lutfi dan iddya..then lutfi kwen plak gn opismate iddya..suka tgk Zain bwak watak lutfi..suprise iddya psal kerjaya die sbg doktor gigi.. :)

    ReplyDelete
  5. please.. tak boleh download ke cerita ni. nak sangat tengok ulang-ulang pn takpe.. suka sangat cerita ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. download kat sini
      http://www.xesiontube.net/2013/07/box-office-bayangan-rindu-2013.html

      Delete
  6. part 1
    https://www.youtube.com/watch?v=QeQgiuP97EU

    part 2
    https://www.youtube.com/watch?v=VntzuOr9v5A

    ReplyDelete
  7. Pe tajuk lagu mse lutfi nikah kat part 1 eh?

    ReplyDelete
  8. Nak download lagu rindu bayangan.. tapi dalam crite ni sape pnyanyi nya?

    ReplyDelete
  9. Novelnya masih boleh dibeli lagi ?

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq