join admya di FB

Drama Ameera slot samarinda tv3

Drama terbaru Rita Rudaini dan Shamsul Yusoff. Nampaknya Rita Rudaini kembali aktif berlakon. Drama Ameera akan menggantikan drama Mahabbah



Jumlah episode: 25
Skrip oleh: Sharifah Abdul Salem
Arahan: Murali Abdullah
Para Pelakon: Shamsul Yusof, Rita Rudaini. Zarina Zainudin, Sabrina Ali,Faizal Hussein
Lagu tema Ameera

Recap drama Ameera:
Hidup Ameera terasa sunyi tanpa walaupun kehidupannya dilingkari dengan kemewahan. Atas desakan mentua, Ameera mencadangkan suaminya untuk mendapatkan isteri kontrak untuk memberikan zuriat untuk mereka. 
Amer dan Ameera telah berkahwin selama 4 tahun namun belum dikurniakan cahaya mata.Mereka tertekan apabila ibu Amer- Puan Suraya(Jasmin Hamid) mendesak Amer untuk berkahwin dengan Marisha. Ameera mahu Amer menurut kemahuan ibunya walaupun Amer enggan.

Apabila Ameera disahkan tidak boleh hamil, Amer enggan mengahwini Marisha. Ameera mencadangkan agar mereka mengambil anak angkat namun Amer keberatan.Desakan Puan Suraya membuatkan Ameera memberi cadangan kepada Amer untuk mengupah isteri untuk melahirkan anaknya,Amer mengganggap Ameera bergurau hinggalah Zila gadis kampung yang miskin muncul dalam hidup mereka.
Zila mengikut kekasihnya Faruk(Hairi Safwan) yang dikenali sejak sekolah untuk ke bandar mencari pekerjaan. Ibunya sedang sakit dan 3 orang adiknya masih belajar. Zila melarikan diri dan bersembunyi dalam kereta Amer kerana Faruk mahu menjualkannya kepada bapa ayam. Amer yang panik,terus membawa Zila pulang.
Mendengarkan cerita Zila, Ameera menganggap Zila calon yang sesuai untuk Amer, Ameera mengupah Zila sebanyak 360 ribu. Pada mulanya, Zila enggan namun akhirnya dia mengalah demi menampung keluarga.
Amer juga membantah kerana masih menaruh harapan yang Ameera akan mengandung, Ameera merayu dan akhirnya Amer bersetuju.
Amer dan Zila bernikah secara rahsia. Syarat Pernikahan adalah mereka akan bersama hanya untuk satu malam sahaja dan Zila akan diceraikan selepas melahirkan anak.
Pada mulanya Zila tidak kisah namun lama -kelamaan dia jatuh cinta pada Amer.Dia juga semakin cemburu pada Ameera dan juga mahu merampas Amer pada Ameera.
zila dah mula obses dengan Amer.takut pulak tengok scene Zila jadi psiko
Demi zuriat, Ameera memaksa Amer untuk beri perhatian kepada Zila walaupun Amer tidak menyukainya.Ameera mula merasa sunyi tanpa Amer.


Walaupun Zila telah mengandung,kasih sayang Ameer pada Ameera tidak pernah berubah.Ameera pula terpaksa menyamar sebagai wanita pregnant agar tidak diketahui oleh mama Ameer. Suatu hari, Puan Suraya tinggal di rumah Ameer selama beberapa hari.Zila mengambil kesempatan untuk bermanja dengan Puan Suraya.Puan Suraya amat menyayangi dan sangat mengambil berat tentang Zila seolah-olah tahu anak yang dikandung Zila adalah warisnya. Bagaimana perasaan Puan Suraya apabila rahsia mereka terbongkar?

Klimaks drama....

Adakah cadangan Ameera membenarkan Amer mengahwini Zila akan memakan diri dan bagaimana pula nasib Zila selepas melahirkan anak.Berjayakan Zila melepaskan diri daripada cengkaman Faruk?




sumber: tv3

admya-
 memang sah pun- jalan cerita macam filem Hindustan Chori-chori Chupke Chupke. Drama ni memang best..tak sangka gandingan rita-shamsul berjaya..


Sekadar berkongsi(Pengajaran drpd drama Ameera)-


Hukum kahwin Kontrak- Haram
 Kahwin Kontrak atau Nikah Mut'ah haram hukumnya berdasarkan Ijmak atau kesepakatan ummah melainkan Syiah Imamiah. Pernikahannya juga dikira batil. Adapun Nikah Muaqqat (dengan lafaz ketika aqad bahawa pernikahan itu berbentuk sementara waktu sahaja), Majoriti Fuqaha' tidak membezakannya dengan Nikah Mut'ah (bermakna tidak sah juga). Jika ada pihak yang masih mengamalkannya, biasanya terpengaruh dengan dakyah Syiah yang mengatakannya boleh dan kerana hawa nafsu. Pernikahan ini diharamkan di dalam Islam kerana ia bercanggah dengan konsep perkahwinan itu sendiri. Perkahwinan menuntut kasih sayang dan hubungan yang harmoni antara suami isteri, serta tanggungjawab bersama. Adapun perkahwinan yang berbentuk sementara akan menyebabkan tiadanya perasaan sedemikian, dan seolah-olah menghina dan mempermainkan institusi perahwinan yang suci. 
2. Kahwin Misyar(perempuan pinang lelaki) walaupun dibolehkan, ia sama sekali tidak membolehkan seorang isteri bersifat queen control dan sebagainya. Jika ada pihak yang beranggapan maruah suami boleh jatuh, atau isteri tidak lagi menghormati suami kerana nikah misyar, maka pihak tersebut tidak memahami konsep hak-hak suami dan hak-hak isteri. Di dalam Islam, tidak kira apa jua status seorang isteri itu, dia tetap wajib menghormati dan memuliakan suaminya. Jadi nikah misyar dibolehkan, dalam masa yang sama si isteri tetap wajib memuliakan suaminya. Wallahu A'lam  


Yang ni bukan saya cakap tau,pandangan ulama'.
No hurt feeling ok.. 
Apa2pun jom tonton Samarinda Ameera.

Comments

  1. x sabar nk tgk cite ni...lama x tgk rita !!huhu

    ReplyDelete
  2. nampak macam best je drama ni

    ReplyDelete
  3. Rita agak matang d Padang dgn shamsul.sabrina Ali pun x sesuai.

    ReplyDelete
  4. Rita too old for shamsul. Same for Sabrina ali

    ReplyDelete
  5. mcm cite hindustan tu ke ? keke :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan cerita macam ye- chori2 chupke2..tapi tak tahu lagi...
      kita tunggu official punye..

      Delete
  6. A'ah,bace sinopsis dh bleh agak cm cite Cori2 chupke2...apepun all the best..tp klu letak Fahrin Ahmad sesuai sket la utk watak lelaki tu,...emm,tengok ke lah')

    ReplyDelete
  7. walau apa pun....jom kite tonton....dh lama tk tgk rita berlakon....makin cun ajer nmpknya...

    ReplyDelete
  8. episode ameera makin best...seram tengok zila jadi psiko bila Amer tak sukakannya.Happy la dia lepas ni bila dah mengandung

    ReplyDelete
  9. suke dgn drama ameera ni..gandingan sesuai antara rita & syamsul..perbezaan umur tiada ketara langsung antara mereka...mmg sy tgk citer nie mmg ada persamaan dgn filem hindi chori chori chupke chupke... tp ending dier bagus sbb salman ttp x tggalkan isteri dier rani..

    ReplyDelete
  10. asal la adik zila tu asyik nak mengamuk je.

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq