join admya di FB

Cerekarama: Menara Cinta


 Sebuah cinta yang bermula di Paris,namun mampukah Kota Paris menyatukan mereka semula?
Tarikh tayangan: 21/4/2012


Lagu  tema dalam Menara Cinta : 


Sinopsis Menara Cinta:
Atas hasutan mertua, rumahtangga Rizwan dan Sofia berakhir dengan penceraian. Sofia kemudiannya mengikuti kekasih barunya Danial pulang ke England dan bernikah di sana. Sementara itu, hubungan rapat di antara Rizwan dan peguam sarienya, Nur akhirnya berakhir dengan ikatan pertunangan.
Namun ketika hampir dengan majlis perkahwinan mereka, Rizwan dihantar oleh syarikatnya untuk bertugas sebulan di Paris. Takdir Allah SWT, ketika di Paris Rizwan terserempak dengan Sofea. Hakikatnya, hati Rizwan tidak pernah melupakan Sofea kerana wanita itu adalah cinta pertamanya dan mereka bercerai tanpa pergaduhan besar. Tambahan pula, kota Paris merupakan lokasi mereka berbulan madu. Tanpa berfikir panjang Rizwan menikahi semula Sofea.
Sekembali ke Malaysia,Rizwan memohon maaf pada Nur.Namun Nur menyaman Rizwan dan meminta ganti rugi kerana memungkiri janji untuk berkahwin.
Manakala Sofea pula mendapat ugutan daripada Danial akan menyebarkan foto bulan madu mereka.Sofea tertekan apatah lagi dia mendapat tahu dia membawa virus HIV.Cinta Rizwan tetap utuh pada Sofea. Nur pula dapat menerima hakikat bahawa dia bukan jodoh Rizwan.


Pelakon: Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Zulhuzaimy, Nabila Huda, Rosnah Johari

credit to budiey.com






Drama minggu ini, tak berapa best sangat...tapi bolehlah layan..
apa komen korang?

Comments