Wednesday, April 11, 2012

Cerekarama: Landasan Cinta

Tasha Shila dan Sharizal  Jaszle dan Shah Iskandar bergabung lagi dalam Landasan Cinta.

Kisah pilot tampan yang memiliki ramai kekasih namun sorang pun tak berkenan di hatinya hinggalah berlaku satu insiden....

Tarikh tayangan: 14 April 2012



Lagu landasan cinta: Adira (Ilusi)- Download

Sinopsis Landasan Cinta:
Sinopsis: Umar yang sudah menjangkau usia 28 tahun merupakan seorang juruterbang yang tampan dan masih bujang. Sikapnya yang serius dan jarang melemparkan senyuman mengakibatkan dirinya dilabel sebagai seorang yang sombong. Lain pula kisahnya mengenai Nisha yang merupakan seorang gadis yang riang namun seringkali gagal dalam percintaan.


Suatu hari Nisha telah memenangi tiket penerbangan ke Perth. Semasa perjalanannya ke sana, Nisha telah duduk di sebelah pasangan pengantin baru iaitu Shiela dan Hisham. Shiela merupakan seorang yang suka bercakap besar dan lagaknya membuatkan Nisha berasa rimas. Apabila Nisha disoal mengenai statusnya samada sudah berkahwin atau tidak, lantas Nisha memberi alasan bahawa dia adalah kekasih kepada seorang juruterbang. Setelah selamat sampai di Perth, Nisha berasa lega kerana tidak perlu bertemu Shiela lagi. Akan tetapi Nisha tidak bernasib baik apabila Shiela juga menetap di hotel yang sama maka mereka sering bertembung.(Menyibuk betul kak Sheila nie)

credit on image

Semasa Umar ingin menuju ke hotel satu insiden kecil telah berlaku di mana pintu yang dibuka oleh Umar telah terlanggar Nisha. Kemudian berlaku pertengkaran kecil di antara mereka dan tanpa disedari Shiela telah menuju ke arah mereka berdua. Nisha berasa panik dan terus mengakui bahawa Umar ialah bakal suaminya. Tanpa disedari,kedua-dua mula jatuh cinta..Namun Nisha tidak mahu mengakuinya,
Pulang ke Malaysia, Umar akan dijodohkan dengan gadis pilihan emaknya Shima,manakala Nisha bertukar ciri jejaka impiannya dari pilot kepada doktor.
Namun,kalau dah jodoh tak ke mana kan...Nisha akhirnya bersama Umar...


Pelakon: Shahrizal Jaszle, Tasha Shila, Shah Iskandar, Fiza Elite, Lydiawati, Kismah Johar, Fendi Seman, Farid Najib, Wan Shades, Liea Banks, Sharifah Sakinah, Balkisyh Semundur Khan

4 comments:

  1. pelakon2 die kbyakan yg blakon citer Atas nama Cinta..ha3..klaka la pulak,,^_^

    ReplyDelete
  2. haha best best best gler.. "awk mmg suker pilot erkkk...."

    ReplyDelete
  3. kl hamster,hatiku dijangkiti kuman.....he,he

    ReplyDelete

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq