Seorang profesor berdiri di depan kelas philosophy.Tanpa sebarang kata,profesor telah mengeluarkan balang mayonis dan mengisinya dengan bola golf.
Dia kemudian bertanya kepada pelajarnya,adakah balang tersebut telah penuh?jawab pelajarnya: Ya.
Profesor itu mengambil sekotak batu kerikil dan kemudiannya memasukkannya ke dalam balang yang dipenuhi bola golf tersebut.Sekali lagi,beliau bertanya kepada pelajarnya adakah balang tersebut telah penuh?
Pelajarnya menjawab Ya. Tanpa menjelaskan apa-apa,profesor mengambil pula sekotak pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut.Pasir yang dituang memenuhi ruangan antara bola golf dan batu kerikil.Seperti tadi,profesor bertanya lagi kepada para pelajarnya adakah balang tersebut telah penuh?jawab parara pelajar Ya.
Kemudian,profesor juga membawa 2 cawan kopi lalu menuangkannya ke dalam balang yang berisi bola golf,baru dan pasir.Para pelajar ketawa melihat tindakan profesor mereka.
Lalu berkata profesor kaepada para pelajar,sekarang saya mahu kamu semua anggap balang ini sebagai kehidupan kamu.
bola golf mewakili perkara penting dalam kehidupan kamu-Tuhan,ibubapa,adikberadik,keluarga,anak-anak,kesihatan dan semangat kamu. Jika anda kehilangan segalanya namun hanya perkara penting ini ada,hidup anda masih penuh.Batu kerikil bermaksud perkara-perkara lain dalam hidup anda,kerja,rumah,dan pasir mewakili perkara-perkara lain dalam hidup anda iaitu perkara yang kecil.
Jika memasukkan pasir dahulu,anda tidak akan mempunyai ruang untuk bola golf and batu.Begitu juga dengan kehidupan anda.
Jika anda pentingkan perkara-perkara kecil,and tidak mempunyai ruang untuk perkara yang lebih penting untuk hidup anda.
Aamnil perhatian untuk perkara kritikal untuk kebahagian anda.Bawa pasangan ke makan malam,bawa keluarga pergi bercuti,lakukan pemeriksaan kesihatan.Utamakan bola-bola golf iaitu perkara-perkara yang penting dalam hidup anda,yang lain cumalah pasir.
Salah seorang pelajar mengangkat tangan lau bertanya kepada profesor,bagaimana pula dengan 2 cawan kopi?profesor menjawab: saya gembira anda bertanya.Profesor tersenyum...
Sepenuh hidup anda,akan sentiasa anda ruang untuk minum secawan dua kopi bersama rakan-rakan.
Jika anda merasakan hidup and terlalu sibuk,terlalu banyak perkara yangnak handle,ingatlah balang mayonis dan 2 cawan kopi
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq