Wednesday, December 28, 2011

Tentang Dhia: Episod 28 dan 29

Episode 28
Dhia masih bersedih dengan pemergian emaknya. Namun Mummy pula membuat fitnah kononnya Dhia berlaku curang dengan Azmi. Pada mulanya, Zikir tidak percaya dan yakin mummynya saja untuk mencari alasan. Namun, Zikir pula semakin termakan hasutan mummynya sedikit demi sedikit. Sehingga berlaku kemalangan,dan Zikir cedera parah.Bermula dari saat itu,Ku Salmi cuba memisahkan Ziikir dan Dhia.Dhia tidak dibenarkan melawat dan menjaga Zikir.Ku Salmi cuba sedaya upaya menghasut Zikir untuk membenci Dhia.Suatu hari, Dhia berjumpa Azmi dan meluahkan segala kesedihannya,dan ia membuka peluang kepada Ku Salmi untuk memfitnah Dhia.Dhia semakin geram dan marah akan perbuatan ibunya.



Episode 29

Zikir semakin mempercayai  kata-kata mummynya dan mula meragui cinta Dhia,semakin marah dengan "perbuatan" Dhia yang dicanang oleh mummynya.Rancangan Ku Salmi berjaya walaupun Zikir masih mencintai Dhia sepenuh hati.

 Azmi dan Melly menyampaikan khabar gembirakepada Dhia dan Raffi yang mereka bakal bertunang dan kembali bersatu.Ku Salmi mula mengorak langkah untuk merapatkan Rose dan Zikir.Melly dan Azmi akhirnya bertunang. Dhia masih berdegil untuk memberitahu Zikir tentang kanser pangkal rahim yang dideritainya.Melly dan Azmi cuba sedaya upaya untuk memujuk Dhia meneruskan rawatan yang dibiayai oleh ayah angkat Melly Haji Mahfiz.
Lagu : Aku jatuh Cinta- Briptu Norman
Download

No comments:

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq