join admya di FB

Drama terbaru Nora Danish Ariana Mikhail




Judul drama: Ariana Mikhail
Channel: TV9
Waktu siaran: 8:30 malam-9.30 malam
Hari Siaran : isnin dan selasa
Slot: Ratu
Pelakon: Sein Zain, Riezman Kuzaimi, Nora Danish
Lagu tema: sedang apa dan dimana

                                                   


Nora nampak macam gadis luar negara je


Sinopsis: Cinta Muncul dan Hilang di Paris

Mikhail(Sein) telah tamat pengajian pergi bercuti ke Paris bersama teman baiknya Jamil(Riezman) yang merupakan seniornya.Dalam percutian itu,Mikhail ingin mencari teman wanita Perancis tetapi telah bertemu dengan Ariana yang turut bercuti ke Paris sebelum pulang ke Malaysia.Tujuan Ariana adalah mencari idea dan pengalaman tentang hiasan dalam kerana beliau adalah lulusan hiasan dalaman,

Mereka bertemu apabila Ariana cuba menyelamatkan Mikhail daripada dimarahi wanita Perancis  yang cuba dingoratnya disebabkan beliau tidak fasih berbahasa Perancis.Mikhail memarahi Ariana kerana telah "kacau daun".Ariana telah menjelaskan kejadian itu kepada Jamil dan beliau telah memohon maaf bagi pihak Mikhail.

Sejak itu,Ariana tidak menyukai Mikhail kerana sikap sombongnya tidak berterima kasih padanya dan begitu juga dengan Mikhail.Jamil mengajak Ariana untuk makan malam sebagai tanda maaf,namun Mikhail tidak berminat dan mentertawakan Jamil dan mengesyorkannya untuk mengorat Ariana.Jamil memberi pesanan kepada Mikhail agar tidak membenci Ariana dan bersikap sombong takut-takut Mikhail yang jatuh cinta padanya.Akhirnya mereka saling jatuh cinta dan bernikah di Paris. Namun,selepas semalam bergelar suami- isteri,Ariana didapati telah pergi meninggalkan Mikhail.Namun,Ariana telah meninggalkan sekeping surat.Apa isi kandungan surat tersebut.Ke mana Ariana menghilang?


 

Comments