Thursday, November 17, 2011

Kata- kata Hikmah- Motivasi Diri

1. 5 PESANAN BUAT MU WAHAI DIRI

1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.
2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.
3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU.
... 4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI.
5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM & BERLALU PERGI....



2.Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..
...
tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..

maka..

jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM…


3.‎"Orang berjaya, gagal berkali-kali. Orang yang kalah, gagal sekali."

4.rang yang paling cepat dalam minta maaf adalah 'ORANG YANG PALING BERANI'. Orang yang paling cepat memaafkan adalah 'ORANG YANG PALING KUAT' dan orang yang paling cepat melupakan kesalahan orang lain adalah 'ORANG YANG PALING BAHAGIA'."

5."Ada orang mahu MENGUBAH,
Ada orang cuba BERUBAH,
Ada orang TIDAK MAHU BERUBAH
Ada orang benci PERUBAHAN
Dengan 1 PERUBAHAN akan MENGUBAH yang lainnya
Doakan kita sentiasa BERUBAH menjadi lebih baik."


6."Memohon maaf tidak selalunya bermaksud yang anda adalah salah dan orang lain adalah benar tapi ia bermaksud anda lebih mementingkan perhubungan berbanding ego anda"

7.• DELETE semua FILE kebencian & ammarah
• INSTALL anti-virus ego & putus asa
• RESTART kehidupanmu dgn kasih sayang
• REFRESH peribadi kita yg mulia
• DOWNLOAD sifat2 SABAR & TAQWA
• UPLOAD tingkahlaku yg BENAR, JUJUR & IKHLAS
• Jangan meng-'UNDO' pengalaman buruk & sedih
• LOADING semua dgn DOA & USAHA
• COPY & PASTE semua pengajaran & ilmu yg bermanafa'at


8.Tak Faham, Terangkan... ( Bukan Ketawakan )
Tak Betul, Nasihatkan... ( Bukan Diumpatkan )
Tak Tahu, Tunjukkan... ( Bukan Dimarahkan )
Tak Jelas, Jelaskan... ( Bukan Dirumitkan )
Tak Mampu, Usahakan... ( Bukan Dimanjakan )"

9.Jika sebuah telur dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan di dalam telur akan berakhir. Tapi... Jika sebuah telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam, maka kehidupan baru telah LAHIR. HAL-HAL BESAR selalu dimulai DARI DALAM. Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan... Mentari selalu bersinar... Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cubaan, dan jawaban di setiap do'a. Jangan pernah menyerah sahabat, Terus berjuanglah. “ Life is so beautiful.."

10.Terdapat dua jenis rezeki; iaitu rezeki yang mencarimu, dan rezeki yang dicari olehmu. Barangsiapa yang mencari dunia, maka kematian akan mencarinya hingga ia keluar dari dunia. Dan barangsiapa yang mencari akhirat, maka dunia akan mencarinya hingga rezeki yang menjadi bahagiannya di dunia akan sempurna."

3 comments:

  1. Nice kata2..memang amat memotivasikan diri. mohon nak share ye...

    ReplyDelete
  2. Pohon untuk di share...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi memberi komen.please letak nama-jangan pilih anonymous.yang tiada id pilih name/url pastu letak nama.selepas ini jika masih ramai pilih anonymous, admin terpaksa kunci balik ruangan komen ini.Sila beri kerjasama ye.