join admya di FB

5 petua untuk tingkatkan motivasi


 Dalam menempuhi kehidupan, seringkali kita diuji dengan pelbagai mehnah dugaan dan cabaran. Sehinggakan ada yang sampai terduduk dan termenung, malah ada juga yang ‘frust menonggeng’ kerana dalam mindanya ‘overload’ dengan emosi. Tiada semangat dan mula hilang motivasi.
Bagaimana mahu atasi masalah ini ? Saya sebelum ini ada menulis mengenai beberapa tip mengurus stress supaya kita dapat stabilkan minda dan emosi dengan baik. Untuk mencari motivasi, semangat dan inspirasi supaya hidup kita lebih tenang dan gembira. Mungkin saya boleh share beberapa ‘trick’ untuk memudahkan kita mendapat kembali motivasi, semangat dan inspirasi dalam hidup lebih ‘mengegarkan’ setiap hari.
Berikut adalah 5 petua mujarab untuk dapatkan meningkatkan motivasi diri :
  1. Tingkatkan keyakinan diri kita dengan melihat video-video motivasi daripada tokoh² hebat dunia. Saya suka lihat video peninju lagenda dunia Muhammad Ali yang cukup dahsyat. Umur 22 tahun sudah mampu jadi juara World Heavyweight Champion dengan menewaskan gergasi tinju pada masa itu Sonny Liston. Muhammad Ali tidak berhenti setakat itu, ia meneruskan sehingga merangkul 3 kali gelaran dunia walaupun dibantai, ditumbuk dan diasak hampir separuh mati masih mampu untuk bangkit dan menang bergelar juara. Ia suatu yang mustahil tapi beliau telah melakukannya. Hebat dan mengagumkan. Video motivasi beliau mampu memulihkan semangat saya dalam masa singkat… :)
  2. Tingkatkan kuasa minda kita dengan mempraktikkan konsep Quranic Law of Attraction yang jelas harmoni dengan kaedah Islam. Beruntungnya kita sebagai orang Islam ini mempunyai kuasa Doa, Hikmah Syukur dan Sabar (Redha). Saya rasa ketiga-tiga elemen ini mampu menjadikan diri kita sebagai manusia yang hebat dari dalaman dan luaran. Praktikkanya dan sentiasa yakin dengan kuasa Allahu Rabbul Izzah , Pencipta Agung Sekalian Semesta.
  3. Tingkatkan fokus dan disiplin diri dengan perancangan sistematik dengan software atau diary/planner yang sesuai. Saya suka guna Goal Pro untuk mengurus matlamat hidup dalam pelbagai aspek seperti Career/Business, Health, Financial, Education, Family dan sebagainya. Soal disiplin ini mmg penting, ada rutin dan peraturan yang mesti dipatuhi. Walaupun ia agak membosankan maupun strict tp rutin itulah yang akan menjadi salah satu faktor kejayaan masa depan. Kita perlu membuat pengorbanan yang besar dari segi masa, duit, tenaga dan apa jua yang ada pada kita dengan disiplin diri yang baik. Saya kerap gunakan Goal Pro maupun diari/planner biasa utk menjadikan diri saya lebih ‘well-organize’ dan ‘focus’ berbanding mereka yang tidak pernah merancang disiplin mereka dgn baik.
  4. Jumpa mentor, sifu atau advisor (penasihat) maupun sahabat atau family untuk mendapatkan pandangan maupun nasihat yang baik. Cari mereka yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidang tersebut dan analisa pilihan alternatif maupun solusi yang mampu kita laksanakan. Saya banyak bergantung pada mentor saya dalam bisnes antaranya di kalangan para jutawan yang sudah tentu mahir dalam selok belok dan sepak terajang bisnes. Dengan bergaul bersama mentor saya dapat meningkatkan keyakinan diri di samping belajar ‘live’ ttg pengetahuan & pengalaman mereka yang telah berjaya dan hebat. Ia tidak ternilai harganya….. :) priceless..
  5. Cari sumber pencetus inspirasi dalam hidup kita.. sama ada inspirasi cinta isteri/suami, kasih anak dan keluarga maupun ‘passion’ yang ada dalam diri kita untuk membangkitkan kuasa dalaman yang hebat dan dahsyat. Biasanya saya lihat di tempat kerja sama ada di office atau dalam kereta maupun dlm wallet/purse/hp ada gambar org yg disayangi sebagai inspirasi setiap masa. Jika anda tiada pencetus inspirasi, maka saya sarankan kita cari sumber segala inspirasi alam ini iaitu kembali pada Allah SWT… Beristighfar dan berzikir sebanyak yang mungkin, sptmana hadis Nabi ada menyebut :
    Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
    menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya
    dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka. ~ Riwayat
    Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah
    bin Abbas r.a.
Semoga 5 petua mujarab di atas mampu mengembalikan tenaga positif dalam diri kita semua. Apabila emosi distabilkan, fikiran mampu berfikiran positif dan fizikal juga mampu berfungsi dengan optimum. Semua ini cukup penting supaya kita setiap hari sentiasa dalam keadaan bermotivasi tinggi, bersemangat waja dan penuh inspirasi.
Champions aren’t made in gyms. Champions are made from something they have deep inside them: A desire, a dream, a vision. They have to have last-minute stamina, they have to be a little faster, they have to have the skill and the will. But the WILL must be STRONGER than the skill.. ~ Muhammad Ali
Artikel dipetik dari http://www.rahsiaebiz.com

Comments