Banyak Program dan drama yang disajikan sempena Ramadhan ini. Tapi yang pastinya, cerita yang pernah hit di pawagam iaitu Ketika Cinta Bertasbih kini beralih drama pula.Ia merupakan lanjutan daripada KCB2
Drama ini mempunyai 3 musim iaitu:
KCB SPESIAL RAMADHAN - 56 episod
KCB MERAIH REDHO ILAHI
KCB DARI SUJUD KE SUJUD
KCB masih megekalkan pelakon yang sama dalam filem dan tambahan watak-watak baru.
- Kholidi Asadil Alam sebagai Azzam
- Oki Setiana Dewi sebagai Anna
- Dude Harlino sebagai Ust. Ilyas
- Alice Norin sebagai Eliana
- Andi Arsyil Rahman sebagai Furqon
- Meyda Sefira sebagai Husna
- Yasmine Wildblood sebagai Qonita
- Citra Kirana sebagai Puspita / Fina
- Tsania Marwa sebagai Aprilia
Synopsis Ketika Cinta Bertasbih Spesial Ramadhan Musim 1
Azzam dan Anna mengambil alih Pesantren Darul Qur'an sementara Kyai Luthfi Hakim menetap di Masjidil Haram. Konflik bermula apabila Anna disahkan mengidap penyakit yang tidak membolehkannya mengandung.Masalah itu bertambah dengan kedatangan seorang gadis penagih dadah Aprilia yang diminta oleh keluarganya untuk dipulihkan.Azam dan Anna menerima gadis itu tanpa mengetahui dia akan menimbulkan kekacauan di Sekolah mereka.Fitnah hubungan Azam dan Aprilia menular apabila Azam dilihat bersama Aprilia di dalam bilik oleh Anna dan ini menyebabkan Anna hilang kepercayaan terhadap suaminya Azzamidak yang dianggap ingin berkahwin lain disebabkan dia idak mampu memberikan zuriatt.Padahal itu adalah fitnah yang direka oleh Aprilia.
Keadaan semakin kritikal ketika Eliana dan pakciknya datang meminta Azzam mencarikan tempat yang sesuai untuk video klip. Azzam membantu Eliana mencarikan tempat dengan membawa Eliana ke salah sisi terindah dari pinggir Waduk Cengklik, Colomadu, Solo. Itu adalah tempat yang sangat romantis yang sepi, yang biasa menjadi tempat beristirahat Azzam dan Anna. Anna semakin dibakar rasa cemburu. Bahkan Anna sempat menganggap bahwa Azzam lebih buruk dari Furqan suami terdahulunya.
Oleh kerana Anna tidak boleh mengandung,maka dia mengizinkan Azzam untuk mengahwini Ustazah Qonita yang mempunyai hubungan baik dengan adik iparnya Sarah.Walaupun Azam menolak. Akhirnya Azam dan Qanita berkahwin dan ini menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan ibu bapa pelajar hingga mereka sanggup untuk mengeluarkan anak merela daripada sekolah
Selain itu, Konflik hubungan Husna juga menguji keluarga Azam.Husna kecewa kerana Ilyaz telah bertunang dengan gadis lain Fina dan sanggup menerima lamaran Furqan. Namun.perbezaan status menyebabkan ibu Furqan tidak menerima Husna sebagai menantunya.Apakah kesudahan hubungan Husna,Furqon dan Ilyaz?
Jom saksikan di saluran Bintang,Astro
atau bagi yang tak melanggan Pek Indo,saksikan di youtube
Jom saksikan di saluran Bintang,Astro
atau bagi yang tak melanggan Pek Indo,saksikan di youtube
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq