Kpop and Kdrama

 Ombak korea (Hallyu wave)telah membadai bukan sahaja Asia Tenggara tetapi telah dilaporkan melanda Eropah..Siapa sangka drama dan lagu korea yang tak pernah  dengar,ambil tahu dulu,sekarang menjadi bualan hangat remaja sekarang.Fenomena ni memang bertambah parah di kalangan student. Dari dulu sampai sekarang,trend dia tak tukar lagi.

Kalau sebut pasal Kpop mesti ramai tahu Super Junior,Shinee,2am,2pm,SS501,Big Bang dan lain-lain(tak larat nak tulis,banyak sangat)Itu kalau lelaki,kalau perempuan pula ada Wondergirl,SNSD,Kara.
Kalau kdrama kita ada Boys Over Flower,My girl, Princess Hour,Coffee Prince.Tak lupa juga  'endless love'  Winter Sonata,Autumn In My Heart yang berjaya membawa nama Korea dan kegilaan Korea ke merata dunia,sampaikan Pulau Nami popular sebab drama winter sonata.

Ingat lagi time tue, balik class je pergi 'chop'. kerusi kat bilik TV.Siap letak bantal kecik ,buku atau apa-apa je yang menandakan tempat tue kitaorang yang punya.Kalau lambat,alamaknya duduk kat lantai simen yang sejuk dan kena alas suratkabar.

Masa kat 'u' dulu,punyala fanatik sampai ada kumpulan fans.Orang yang penting dalam group nie adalah peminat fanatik sebab dia akan download lagu-lagu Korea,cari photo-photo, video dan semua tentang group Kpop dan pass kat kitaorang.Ye la,time tue takde broadband(old school) macam sekarang. So kami nie,sedut je guna pendrive.Kalau hujung minggu,pergi bilik kawan nie,pastu tengok variety show macam Happy Together, X-man sambil makan-makan,gelak-gelak,memang riuh bilik..Tapi takpe,weekend orang tak ramai,sunyi.Memang rindu moment tue..Time tue,tak ramai lagi yang tahu pasal kpop, tak banyak video yang ada eng subtitles,jadi kitaorang tengok gameshow,video tanpa subtitle.yang peliknya kitaorang faham apa yang diorang cakap.Sebab dah kerap sangat tengok kut(haha.)

Time tue Kpop tengah hangat,- Everlasting boyband Shinhwa, DBSK,Super Junior @suju ,Hyori,BoA
satu-satunya Kpop Boyband yang belum berpisah.
Sebelum ada subgroup SJ KRY,SJ M,SJ T.
Punyala fanatik time sampai jadi moderator forum untuk kumpulan nie.Tapi kpop forum Malaysia nie,panas sekejap je...pastu sepi...terkuburla forum tue..

Sekadar berkongsi, laman-laman web yang boleh dilayari untuk Kpop dan kdrama fan
Soompi Forum (kpop dan kdrama)
mysoju( kalau nak tonton kdrama online)

dramabeans ( kpop dan kdrama information)

dramacrazy( tonton online dan download kdrama)
allkpop  (pasal kpop)
crunchyroll.com kpop dan kdrama
koreandrama


Te Ha Min Gu


Rahsia kejayaan Kpop band- pakej lengkap muka handsome,pandai menari,suara sedap,ada yang pandai berlakon, hargai peminat dan catchy song,,

Saranghae!





 

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...