join admya di FB

Drama Ana lu'lu

Pelakon Utama Ana Lu'lu

Synopsis
Drama ini mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis kampung yang periang dan suka berfesyen dengan warna-warna terang yang tidak padan dengan penampilanny. Ingin mengubah nasib keluarga dan mencari rezeki di bandar, Ana Lu`Lu yang dijayakan Nora Danish terpaksa meninggalkan ibunya, Aini (Zarian Zainuddin) dan adiknya, Maslina (Nuremy Ramli) di kampung.
Keputusannya untuk berhijrah ke Kuala Lumpur telah menemukannya dengan dua jejaka Harris Azhan (Kamal Adli) dan Fadzil (Adey Syafrien). Ia kemudian bakal menimbulkan pelbagai konflik percintaan dan pelbagai masalah dalam hidupnya.

Gaya pengarahan Piere Andre dalam drama ini seperti drama Korea.Kata Piere,minatnya terhadap Drama korean menyebabkan beliau menerapkan elemen-elemen seperti drama Korea.
"Saya memang suka dengan segala teknik penghasilan filem dan drama dari Korea dan saya sudah ikutinya sejak dari dulu lagi. Biarpun begitu, terus-terang saya dah cuba untuk elak dari dipengaruhi dengan teknik penghasilan drama dari sana.
"Tapi tanpa disedari saya memang tidak boleh lari daripadanya kerana industri perfileman Korea adalah antara yang paling berkembang kini. Apa yang pasti, saya telah tertarik dengan teknik cara plot penceritaannya berkembang.

 
Memang Ketara pengaruh drama Korea dalam drama@film arahan Piere contohnya Film 9 September memang adaptasi daripada My Sassy Girl.Nama drama ini pun sama seperti Drama Korea  Princess Lu'Lu. walaupun jalan ceritanya tidak sama,tapi kalau ikutan dua- dua drama ini mengisahkan cinta tiga segi. Tak kisah,janji drama ini best,mesti ramai tonton.Berjayakah Ana Lu' lu mengatasi drama Adamaya?Mari kita saksikan Ana lu'lu dalam Slot Lestari jam 9pm setiap Selasa di TV3


Tagline Ana Lu'lu(credit to tv3)


 
Bak kata pepatah, bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor. Namun, siri drama hebat terbaru yang bakal menemui anda, ANA LU’LU di slot Lestary, pasti mencuit hati anda dengan permainan emosi dan kejutan di dalam pelbagai adegan ’kejar-mengejar’ romantis antara dua jejaka dan seorang puteri jelita. Bakal menyusul selepas berakhirnya Asmara 2, ANA LU’LU pula bersiaran bermula 7 Jun 2011, pada setiap hari Selasa jam 9.00 malam. Drama 13 episod terbitan MIG Production Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Pierre Andre ini dijayakan oleh barisan pelakon popular seperti Nora Danish, Wawa Zainal, Kamal Adli, Adey Syafrien, Sharifah Shakina, Zarina Zainuddin, Mustapha Kamal, Noniswara Baharudin, Watie Elite dan Nuremy Ramli.

Ana Lu’lu (Nora Danish), seorang gadis kampung periang suka berfesyen dengan warna-warna terang yang tidak padan dengan penampilannya. Ana Lu’lu ingin mengubah nasib keluarga dan mencari rezeki di bandar, maka beliau telah meninggalkan ibunya, Aini (Zarina Zainuddin) dan adiknya, Maslina (Nuremy Ramli). Keputusannya untuk berhijrah ke Kuala Lumpur telah menemukan Ana Lu’lu dengan dua jejaka yang akan menimbulkan konflik percintaan dan pelbagai masalah dalam hidupnya nanti.

Ana Lu’lu menumpang di rumah ibu saudaranya, Maria (Watie Elite) dan sepupunya, Meera. Tanpa disangka, Ana Lu’lu pula terpaksa bayar duit sewa bilik kerana sikap Maria dan Meera yang mementingkan diri dan pemalas.

Pada suatu hari, satu insiden menemukan Ana Lu’lu dan Bunga (Wawa Zainal). Kedua-duanya cepat menjadi mesra kerana mereka mempunyai karakter yang hampir serupa memandangkan Bunga juga gemar memakai baju dan mengenakan aksesori yang bercorak bunga. Bunga membawa Ana Lu’lu bekerja bersamanya di sebuah kedai bunga. Ana Lu’lu telah berkenalan dengan Harris Azhan (Kamal Adli) yang tidak pandai memilih bunga. Harris yang merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat menerima cadangan Ana Lu’lu untuk membeli sejambak bunga matahari tanpa ragu-ragu.

Harris mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun bernama Kiki yang mempunyai masalah untuk bercakap dan lebih cenderung untuk mengasingkan diri di dalam biliknya. Pandangan Harris terhadap Ana mula berubah apabila hanya Ana yang mampu membuatkan Kiki bercakap. Harris sering membawa Kiki berjumpa dengan Ana supaya Kiki akan berubah menjadi normal.

Hubungan mereka menjadi intim tetapi Harris teragak-agak untuk melafazkan cinta kepada Ana kerana khuatir keluarganya tidak dapat menerima penampilannya yang ganjil. Tambahan pula, Ana sedang menyulam cinta dengan Fadzil (Adey Syafrien).

Datin Anita (Noniswara Baharudin), ibu Harris mahu menjodohkan Harris dengan Sophie (Sharifah Shakina), seorang pereka fesyen yang cantik lagi bergaya. Malangnya, Sophie bukanlah wanita pilihan Harris. Harris tidak mempunyai sebarang kenalan rapat melainkan ayahnya sendiri, Datuk Hisyam (Mustapha Kamal).

Fadzil hanya mempergunakan Ana Lu’lu untuk kepentingan diri. Setelah rahsia Fadzil terbongkar, hati Ana Lu’lu terguris dan menjadi sangat kecewa lalu membawa diri dan tinggal bersama Bunga. Harris yang prihatin akan masalah yang dihadapi Ana Lu’lu, menawarkan jawatan sebagai kerani di syarikatnya tanpa memberitahu Ana Lu’lu tentang latar belakang dirinya.

Apakah yang akan dilalui oleh Ana Lu’lu di tempat kerja barunya? Bersediakah Ana untuk berdepan dengan kejutan-kejutan yang bakal diketahuinya di kemudian hari? Siapakah sebenarnya Sophie dan sekuat manakah ketabahan Ana Lu’lu dalam mengatasi muslihat licik keluarga Harris yang tidak menyukainya? Hiburkan malam anda dan temui jawapannya di dalam siri drama terbaru, ANA LU’LU menerusi slot Lestary, bakal menemui penonton pada 7 Jun 2011, pada setiap hari Selasa, jam 9.00malam, hanya di TV3.

Comments