join admya di FB

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Ramai memilih lelaki berdasarkan rupa dan kerjaya...Sesuatu yang boleh dilihat pada luaran sahaja..Faktor dalaman adalah penting untuk mengetahui keperibadian seseorang....Di sini saya kongsikan 10 sifat calon suami yang baik...
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.



1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
Buat wanita solehah yang mencari pasangan yang soleh, cubalah anda perhatikan 10 sifat yang dinyatakan di atas pada setiap lelaki yang anda kenal. Jika ada sikap-sikap ini pada mereka. Cubalah untuk menjadi buat hati mereka. Walau bagaimanapun, tidak semestinya mahu ada kesemua sikap di atas, jika terdapat 5-6 sikap itu juga sudah memadai. Manusia boleh berubah. InsyaAllah sifat-sifat baik yang lain akan menyusul dengan usaha dan kesabaran untuk mencapainya.
Artikel ini dipetik daripada sebuah blog... namun saya tidak ingat siapa empunya..saya hanya sekadarkan siarkan semula untuk manfaat semua...
credit kepada penulis blog

Comments

  1. semoga kita semua mendapat suami yang baik dari pelbagai segi..

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq