Monday, January 31, 2011

Tips Interview SPA

Nampaknya post Tips Interview SPA- Pegawai Psikologi mendapat sambutan yang menggalakkan..
Pastinya ramai yang mencari bahan-bahan sebagai persediaan untuk ditemuduga.Sekali lagi saya coretkan kembali sebagai panduan.Alhamdullilah saya telah diterima dan kini bekerja di Kementerian .Panduan ini diperolehi daripada Penemuduga dan rakan-rakan yang senior.

Sebelum Temuduga
1) Peka tentang apa yang berlaku di sekeliling..Biasale student...jarang2 baca suratkhabar..tonton berita dan ambik tahu hal ehwal semasa terutamanya pasal ekonomi dan politik...Jadi pastikan korang membaca suratkhabar ataupun tonton berita agar tidak ketinggalan mengetahui apa yang berlaku...
[+] maslahat umum seperti banjir, tanah runtuh, H1N1, ragut
[+] akta kerajaan melibatkan pembantu rumah, gaji pekerja
[+] pembangunan modal insan seperti kursus lepasan ijazah
[+] kempen kerajaan seperti kempem senyuman, amalan hidup sihat
[+] isu umum antarabangsa seperti kesatuan, NAM, ASEAN
Isu-isu yang berkaitan dengan sentiviti agama dan kaum tidak ditanya kerana tidak mahu ada
ketegangan dalam proses ambilan....


2)Ambil tahu tentang jawatan yang akan ditemuduga
   seperti skop bidang tersebut,siapa Menteri dan Kementerian yang bertanggungjawab.Layari laman web berkaitan

3) Kenali Malaysia
     Soalan yang mudah namun ramai yang gagal menjawab....Soalan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana pengetahuan dan kepekaan anda.Sama seperti NO 1 tapi kekadang soalan ini sentiasa menjerat calon.
Misalnya :- Nama-nama Menteri
                  Nama-nama Tempat- Ibu Negeri

4) Tanyakan kepada Rakan
     Jangan berat mulut untuk tanyakan pada rakan yang pernah menghadiri temuduga SPA sebelumnya.Korang akan dapat lebih banyak tips terutamanya soalan-soalan yang ditanyakan.Walaupun nanti soalannya tak sama tapi korang boleh agak  gambaran  temuduga.

5) Buat Homework
    Buat homework tentang jawatan korang .Jika ia sama seperti bidang yang korang belajar, geledah dan cari nota time blajar- study tentang teori, isu-isu berkaitan

Lazimnya ketika temuduga,ada  DUA orang PENEMUDUGA.Seorang dari JPA dan seorang lagi dari Kementerian yang memerlukan anda.
So ...korang patut bersiap sedia dengan soalan2 mereka.Penemuduga JPA lazimnya bertanyakan soalan-soalan yang general dan Penemuduga Kementerian lebih kepada soalan spesifik dgn jawatan korang.


SEHARI SEBELUM
     1) Gosok baju... siap2 jadi takla mengelabah pagi esok...Pilih baju yang sesuai gitu...
         klik kat sini :- Contoh pakaian untuk temuduga
         Kasut bertutup...

     2) Tinjau tempat temuduga....biasanya dekat dgn rumah korang kan...tak salah tinjau tempat dulu ...esok
          takla sesat dan lambat.
     3) PREPARE DOCUMENT- ini PALING PENTING....
         pastikan semua dokumen ORIGINAL ada dan fotocopy
         Susun mengikut susuatur JPA dalam file...kalau tak nanti korang kena susun semula time daftar

         - Surat Beranak,IC depan, GAMBAR PASSPORT 2 Keping-standard ar tue...letak no IC kat belakang gambar....mana tahu kan gambar tue tercicir kan....

         - Sijil Sekolah  Menengah-  Sijil PMR ,Sijil SPM,Sijil Berhenti Sekolah, Sijil Testimoni,
        -Then baru sijil Universiti...
          Sijil-sijil Koko letak belakang- YG ORI SHJ

          DAN RESUME(sebaik2nya 2 pages je)


HARI TEMUDUGA
Setelah bersiap sedia...hari yang dinanti-nanti kunjung tiba
so datang awal sblm pukul 8 sbb nak daftar
switch handphone ke silent mode atau off kan
Jangan Merokok sblm temuduga...Pastikan TIADA MULUT BERBAU(gosok gigi lepas breakfast)
jap lagi tak pasal2 fail sbb mulut berbau...
Lagi satu- gunting bulu hidung kalau panjang.... memang nampak kelakar tapi jarak dengan penemuduga sangat dekat...so boleh nampak apa yang ada kat muka...
Kesimpulannya KEMAS..


Bila masuk bilik temuduga:-
a) Greeting and Smile - selamat pagi ke assalammualaikum
b) Duduk dalam keadaan tegak dan tangan di  atas paha...Beg letak tepi...Postur dan body language PENTING
c) Sesi mula- biasanya diorang tanya bole pekenalkan diri anda...
    Kalau penemuduga tanya dalam english so answer in english ,kalau tanya dalam malay jawab dengan bahasa Melayu.
d) Relax
e) Confident ketika jawab.JANGAN MELERET-LERET
f) Tamat Temuduga- jangan lupa ucap Terima Kasih..

ALL THE BEST AND GOOD LUCK!

1 comment:

  1. Everything has changed. An interview has become such a confrontational thing. It makes you very defensive. See the link below for more info.

    #interview
    www.ufgop.org

    ReplyDelete

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq