join admya di FB

Janji Shirah TV3





Judul: Janji Shirah
Channel: TV3
Hari Tayangan: Ahad
Lakonan: Nabila Huda,Iqram Dinzly,Aeril Zafril, Fauzi Nawawi, Zarina Zainordin
Mula Tayangan: 13 jan 2013
Jumlah episode: 13

Lagu tema: Pelangi Senja(Stacey)

Sinopsis:
Shirah adalah seorang pelajar kolej tahun akhir dalam jurusan perhubu­ngan awam. Dia sentiasa ceria dengan hidupnya walaupun bukan berasal daripada keluarga berada.
Shirah mempunyai seorang teman lelaki, Luq­man yang me­ngambil jurusan kejuruteraan. Shirah sangat rapat dengan Mira, namun dalam diam, Mira menyimpan perasaan terhadap Luqman dan sudah nekad untuk mendapatkan Luqman dengan caranya sendiri.

Kakak Shirah, Arfah terpaksa bekerja keras demi menyara anak-anaknya iaitu Balqish, Afiq dan Liana kerana sikap suaminya, Zali yang lebih mengutamakan madunya, Nurin yang berasal daripada keluarga kaya.

Arfah berpesan kepada Shirah supaya menjaga anak-anaknya dan jangan memisahkan mereka bertiga sekiranya sesuatu terjadi pada dirinya kelak. Namun, Shirah hanya menganggap Arfah bergurau kerana menganggap dirinya masih muda untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Selepas Arfah mening­gal dunia akibat barah otak, Shirah dibebani tang­gungjawab untuk menjaga anak saudaranya. Oleh kerana janjinya kepada Arfah dan juga sikap lepas tangan Zali yang enggan bertanggungjawab, dia mencari kekuatan untuk menyara hidup tiga beradik itu walaupun masih belum habis belajar.

Credit to cthoney@blogspot


(kalau korang perasan,poster tu salah eja kan..masa diorang publish poster tu diorang tak perasan kut yang salah eja,hihi)nanti kita update poster baru

Nantikan di tv3. Minggu Pertama akan ditayangkan 2 episode serentak

sneekpeak behind the scenes




gambar thanks to nabilahuda



Comments