Pistachio Dayana


Drama Pistachio Dayana
Channel siaran: tv9
Hari siaran: Setiap Khamis
Jam siaran; 8.30-9.30 malam
Ganti drama  Aishiteru
Mula siaran: 8hb Mac
Lagu tema: Cinta Mukabuku- Najwa Latiff


Sinopsis Pistachio Dayana

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Dayana yang .berperwatakan kasar namun sebaliknya pula di alam maya. Menggunakan nama Pistachio Dayana di laman sosial, dia terpikat pada seorang kenalannya yang menggunakan nama samaran Kiwan Peas. Kiwan Peas atau nama sebenarnya Ikhwan merupakan seorang jejaka yang tampan, periang dan berbudi bahasa. Menggunakan iPad yang sering dibawa ke mana sahaja, Ikhwan atau lebih dikenali dengan Ikh seringkali membalas mesej peribadi Dayana di laman sosial. Hendak dijadikan cerita, suatu hari, Dayana keluar berjalan setelah terasa dirinya diasingkan semenjak ayahnya berkahwin lagi setelah kematian ibunya. Dayana singgah di sebuah kedai untuk mencari kacang Pistachio kegemarannya, namun tiada dan terpaksa membeli kacang yang lain atas cadangan pemilik kedai tersebut. Malangnya, kacang yang dimakan membuatkan Dayana mengalami sakit perut dan kebetulan pula dia berada berhampiran restoran milik abangnya, Faris lalu segera ke sana. Sewaktu ke bilik air, Dayana dan Ikhwan bertembung, namun berlaku kejadian yang tidak diingini membuatkan kedua-dua mereka salah faham. Dayana menjerit membuatkan abangnya segeramelihat keadaan yang berlaku. Disebabkan mereka berdua tidak pernah bersua muka, Dayana terus menganggap Ikhwan sebagai orang asing atau pervert yang mengekorinya pulang. Sebaliknya Ikhwan seolah-olah mengetahui Dayana itu ialah Pistachio Dayana dan mula memberi cadangan kepada Dayana supaya mengejarnya. Keadaan mula menjadi kelam-kabut, adakah Dayana dapat menerima Ikhwan sebagai Kiwan Peas atau segera tidak berkawan lagi di laman sosial. Maka jangan terlepas untuk menyaksikan apa berlaku seterusnya dalam Pistachio Dayana pada setiap hari Khamis jam 8.30malam. .

 Inilah Pistachio- Jadi cerita ni pasal gadis kacang??haha
Para Pelakon: Semua pelakon baru,sorang pun tak kenal..hehe

Adey Safren

Nurely Ramli
Shima Anuar





sumber photo: David teo Facebook



Lagu-lagu lain dalam PD:

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...