join admya di FB

Slot Akasia: Lelakimu Yang Dulu




Salam drama.
Akhirnya gandingan serasi Nelydia Senrose dan Shahnaz Ahmad ini kembali di Slot Akasia dalam Drama Adaptasi Novel Lelakimu Yang Dulu.
Jadual tayangan: September 2019(update episode akhir) 



Sinopsis drama:
Mengisahkan tentang hazrul dan daliya yang berpisah disebabkan kesilapan masa silam hazrul yang lalu.

Membawa diri daliya membesarkan anaknya bersama hazrul, baby heidi. Kasih sayang yang melimpah di berikan kepada si anak. Beberapa tahun terpisah, hazrul mendapat tahu tentang kewujudan zuriatnya bersama si isteri.
Lantas rancangan diatur untuk mengambil semula zuriat yang disembunyikan.

Tetapi pabila bertemu semula si isteri, kasih lama yang tersulam mula membuatkan hatinya berbelah bahagi.
Akhirnya daliya dan heidi di bawa tinggal bersama-sama.. Hati daliya masih menuntut jawapan atas apa yang berlaku sehingga membuatkan si suami meringkuk di dalam penjara, namun sikap hazrul yang perahsia itu membuatkan hubungan mereka sedikit berantakan. Ya, hazrul ni penuh dengan rahsia.


________________________________________________________________
Sinopsis novel:
Bertemu, bercinta dan berkahwin. Mudah aturan hidup Hazrul dan Daliya. Tetapi bukan manusia namanya jika hidup tidak diuji. Ketika sedang bahagia, Hazrul ditimpa musibah.

"Tolong beritahu Liya, bukan abang yang lakukan semua tu?" - Daliya

Kebisuan si suami untuk menafikan tuduhan buatkan Daliya kecewa. Dia pergi membawa hati yang lara.

Pertemuan semula selepas dua tahun membongkar rahsia yang selama ini Daliya simpan. Rupanya, mereka ada zuriat. Heidi Isyraf bin Hazrul Izzuddin itu buktinya. Bagi Hazrul, Daliya isteri yang tidak setia. Meninggalkannya saat dia kehilangan segalanya.

"I nak jumpa anak I!" - Hazrul

"Lepas apa yang you buat, you masih nak mengaku yang Heidi tu anak you?" - Daliya

Daliya bukan lagi perempuan lemah seperti dulu. Dia tak mungkin akur pada kehendak Hazrul yang masih bergelar suaminya.

Hazrul pula, bukan lelaki yang mudah mengalah. Si anak dijadikan alasan untuk memerangkap Daliya agar kembali padanya. Dan kuasa yang dimiliki Hazrul buatkan Daliya tidak punya pilihan.

"I promise, apa yang kita buat ni adalah untuk Heidi. Only for him." - Hazrul

"Tapi tak bermakna kita akan berkongsi bilik yang sama, kan?" - Daliya

"Come on, Daliya. You kembali sebagai isteri I, bukan housemate. So, we're sharing this room." - Hazrul

Setelah apa yang terjadi, apakah tiada sisa cinta di hati mereka? Benarkah segalanya dilakukan hanya kerana si anak?
 


Para pelakon lain yang membintangi drama ni adalah Redza Rosli,Reen Rahim, Nadia Brian, Ungku Haris, Afiz Muiz, Ezzaty Abdullah, Datuk Jalaludin, Dian P. Ramlee, Rosnah Jalil

Lagu tema: 
Hafiz Suip dan Adira- Takdir Tercipta











Download episode:



admya:

Filem gandingan mereka - Jebat
follow admya di facebook
nanti admya update lagi ye

Comments