join admya di FB

Drama Adaptasi Novel Senafas Rindu




Adaptasi novel Damya Hanna. Update Download Drama



Sinopsis novel:
Tegarkah dia berdepan dengan kenyataan andai diri masih dihimpit kenangan lalu? Ke mana jua langkahnya dibawa, kisah duka yang pernah terpalit itu, amat sukar diluputkan daripada ingatan. Tanpa kata-kata perpisahan, Shafika kabur daripada pandangan mata. Lantaran itu, jiwa Fariz terus lumpuh tak keruan.

Bertahun lamanya memendam rasa, kemunculan Vivianna menarik perhatian. Pertemuan pertama yang terjadi bagaikan dirancang, namun hakikatnya ada rahsia yang tersingkap. Fariz tidak mampu mengelak andai itu sejarah yang bakal terukir dalam episod kehidupannya. Shafika adalah kenangan dan kehadiran Vivianna adakala mencuit hati lelakinya. Apakan daya, perbezaan adat dan agama menyekat diri untuk berangan-angan tinggi.

Di saat kemelut melanda diri dengan kebetulan yang tercipta, ada senafas rindu yang bertamu dengan kehadiran Siti Nur AinFariz pasti... sinar buatnya akan terserlah andai mereka tabah menghadapi dugaan.

Antara ShafikaVivianna dan Siti Nur Ain... Fariz hanya mampu memilih satu. Namun, akan ada hati yang pasti terluka dengan keputusannya. Dia sekadar berserah.


Perpisahan terjadi jua, bila Siti Nur Ain pergi tanpa berita. Fariz mamar dalam dunianya. Setelah diserahkan cinta untuk Siti Nur Ain dirinya ditinggalkan lagi. Puas dijejaki namun tidak berhasil.

Akhirnya, Siti Nur Ain ditemui dalam keadaan yang tidak di duga. Wanita yang dulunya lincah bergerak kini terkaku di kerusi roda. Bagaikan tak percaya. Namun di kuatkan semangat bahawa itulah cinta hatinya. Siti Nur Ain harus diyakini bahawa dirinya amat memerlukan wanita itu sebagai pelengkap dirinya. Akhirnya, bahagia miliknya jua. Siti Nur Ain pasrah menerima Fariz kembali dalam hidupnya. Sesungguhnya ada senafas rindu yang mengalir dalam hatinya untuk lelaki bernama Fariz.


para pelakon:

  • Shafiq Kyle - Fariz
  • Elizabeth Tan - Siti Nur Ain
  • Wan sharmila
  • Zarina
  • Arash Mohd


pertemuan pertama 













Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq