Bila Aidil Ada Fitri





Mak Milah sibuk menjahit baju raya, Nak tahu bila saya rasa bahagia?-  Fitri
Mak Milah jalan ke Penang naik feri, rahsia bahagianya Ada Adil Ada Fitri - Aidil.

Mulai 14 Mei 2018
Tiap Isnin- Rabu( 9MALAM)
Astro Oasis


Sinopsis:

Loveablelah sangat! Hanya Fitri Syafia saja yang berani mengunci tuan rumah di luar rumah. Siapa yang tak bengang? Aidil Harith memang bengang, tapi pertemuan yang tak dijangka antara Fitri Syafia dengan Aidil Harith membuatkan hari-hari yang mendatang meriah seperti suasana Hari Raya Aidilfitri! Permintaan Datin Mariam yang merupakan mom Aidil untuk menjadikan Fitri sebagai PA selama sebulan menambahkan lagi perisa kepada hubungan ceria kedua-duanya. 

"Encik Aidil yang tak adil! Muka ketat macam cicak tersepit di celah pintu!" - Fitri

Ada ke patut samakan muka kacak Aidil dengan cicak? Fitri ni memang suka buat hati Aidil huru-hara!

"Budak kecik! Mulut macam popcorn!" - Aidil

Fitri tak kisah, sebab memang mulut dia macam tu. Dia boleh tersengih dan lagi seronok menyakat Aidil. Dah macam hobi, tapi kalau sekali Aidil senyum, terus Fitri lemah lutut.

"Aidil, Fitri... macam hari raya Aidilfitri. Tak ada korang, tak rayalah." - Ayman

Tiba-tiba ada lelaki lain yang lebih cepat menghantar rombongan meminang Fitri pada 1 Syawal. Masihkah ada peluang untuk Aidil dan Fitri bersatu seperti Hari Raya Aidilfitri?

Nantikan kesudahan drama Bila Aidil Ada Fitri pada 14 Mei nanti setiap Isnin - Rabu 9 malam




Para pelakon utama









Fitri tu manis kan Bonda? Amar rasa Amar dah jumpa calon Isteri


Aku bukan bencikan kau.. tapi aku tak boleh sembuh dari luka yang kau buat pada aku!" - Kapten Aidil 💔

#baaf



follow admya di facebook

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...