Episode 28 Lafazkan Kalimah Cintamu



Tengku Aqilah menerima dugaan berat. Pekhabaran doktor tentang penyakit dan kehamilannya menyebabkan jiwa gundah gulana. Takdir apa yang menanti dirinya.


Tengku Aqilah memandang lemah fail-fail yang bertimbun di atas mejanya, hari ni merupakan hari pertama dia mula bekerja selepas seminggu sakit sebaik sahaja kembali dari ekspedisi mendaki gunung. Sesekali dia memegang dadanya.
Elok dia mula membuka fail biru pintu biliknya diketuk. Farhana sudah menjengukkan kepalanya.
“Masuklah Ana…” panggilnya.
Farhana melangkah masuk ke dalam bilik bosnya itu sambil memegang fail di tangan.
“Kau dah sihat ke? Menyesal pulak aku buat ekspedisi daki gunung tu. Dahlah hubungan kau dengan Ku Ryan makin teruk jadinya. Lepas tu kau sakit pulak, sorrulah Qila, aku betul-betul…” Farhana bagaikan kehilangan kata-kata.
Tengku Aqilah sudah mencebikkan bibirnya.
“Woi perempuan, simpan sedih kau tu boleh tak? Jangan cakap lagi hal aku dengan Ryan. Benda ni semua tak ada kena-mengena dengan kau ataupun Azrul. Segalanya dah tersuratlah Ana, tak payah pening kepalalah. Pasal aku sakit tu normallah. Dah jatuh macam cempedak busuk mana tak sakit satu badan, tapi aku dah check darah 2 hari lepas, insya-Allah aku belum nak mati lagi.” Sempat pula Tengku Aqilah berlawak.
Farhana sudah tersengih.
“Memandangkah kau belum lagi nak mati, fail ni laki kau suruh siapkan sekarang jugak sebab dia kata petang ni dia ada meeting.”
Farhana terus meletakkan fail hitam itu di depan Tengku Aqilah.
“Tau aje dia aku dah masuk. Tak boleh ke dia bagi aku siapkan dulu kerja aku ni,” bebel Tengku Aqilah.
“Kau tahu kerja kau aje. Kau tahu tak, selama kau cuti seminggu, Ku Ryan aku tengok sampaikan tak boleh nak angkat muka sibut menyiapkan kerja-kerja kau, attend meeting untuk department kau lagi. Kau dah balik ni kau buat aje kerja jangan nak bising. Ehh, Qila kau tahu tak group kita dapat nombor satu masa persembahan hari tu. Apa lagi pergi Balilah kita,” beritahu Farhana ceria.
Tengku Aqilah yang sudah mula menaip di komputer ribanya hanya mengangguk.
“Eloklah tu. Kau pergilah, tapi better kau tunggu lepas Si Din kahwin bukannya lama lagi, boleh dia bawak isteri dia honeymoon guna tiket aku.”
Farhana sudah berkerut mendengar jawapan sahabatnya itu. “Alah, tak bestlah kalau kau tak ikut.”
Tengku Aqilah berhenti menaip, wajah Farhana dipandang.
“Aku bukan tak nak ikut, tapi buat masa terdekat ni aku betul-betul rasa tak sihat. Aku pun tak tahu kenapa, Masa cuti kalau bole aku nak rehat aje kat rumah,” balas Tengku Aqilah lalu menyambung semula kerjanya.
“Yalah tu. Macam aku tak tahu, percutian tu kan ditanggung sepenuhnya oleh Ku Ryan mana kau nak pergi,” jawab Farhana pula.
Tengku Aqilah hanya tersenyum.
“Okey Ana, kejap lagi aku nak keluar nak ambil result darah. Ku Ryan meeting petang kan, aku sempat lagi siapkan bila balik nanti, aku pun bukannya pergi lama,” beritahu Tengku Aqilah dengan matanya masih tidak berkalih dari komputer.
Farhana terus berlalu. Perlahan-lahan pintu bilik bosnya ditutup.
Tengku Aqilah melangkah lemah keluar dari hospital. Kalau ikutkan hati ingin sahaja dia meraung dan menjerit di kala ini. Namun, air matanya serasa kering pula untuk dititikan. Dia terus membawa kakinya melangkah dan terus melangkah tanpa arah tujuan. Fikirannya jauh menerawang, kata-kata Doktor Husna masih lagi terngiang-ngiang di telinganya seperti satu rakaman.
“Tengku Aqilah ni anak Pak Engku Hisham kan?” Ramah Doktor Husna bertanya.
Tengku Aqilah sudah tersenyum.
“Doktor kenal papa saya? Ehh, by the way panggil aje saya Qila. Saya tak biasa panggil nama formal sangat,” bicara Tengku Aqilah pula.
Doktor Husna sudah mengangguk.
“Yes, saya kenal Pak Engku Hisham sebab suami saya kan doktor peribadi Pak Engku,” terang Doktor Husna pula.
Tengku Aqilah sudah tersenyum lebar.
“Laa… doktor ni wife Doktor Saiful rupanya. So macam mana doktor, boleh saya tahu resultnya? Sebenarnya saya ni sihat, tapi latelu ni lebih kurang hampir 4 bulan jugaklah, saya kerap deman. Tapi yang paling teruk sejak jatuh masa daki gunung hari tu. Dada saya dakit betullah doktor. Sakitnya rasa macam ada tulang yang patah aje,” jelas Tengku Aqilah pula.
Doktor Husna sudah mengerutkan dahinya.
“Qila baru balik dari daki gunung? Ya Allah awak betul-betul ambik risiko. Nasib baik tak ada apa-apa pada baby masa awak jatuh tu. Awak ni Qila macam tak boleh tunggu lepad bersalin kalau minat sangat dengan aktiviti lasak sekali pun,” tegur Doktor Husna.
Namun teguran Doktor Husan itu telah menyebabkan mulut Tengku Aqilah terlopong jadinya. Matanya masih tidak berkalih memandang wajah doktor itu untuk memastikan kesahihan kata-kata Doktor Husna tadi.
“Ah… se… sekejap doktor. Maksud doktor, saya pregnant? Ta… tapi…”
Tengku Aqilah jadi buntu seketika, dia sendiri tidak tahu apa yang hendak dituturkan. Kali ini Doktor Husna pula yang terbeliak mata mendengarnya.
“Ya Allah! Jadi Qila tak tahu yang Qila dah mengandung nearly 4 months? Tak kan Qila tak rasa sebarang perubahan pada badan?” soal Doktor Husna dengan gaya pelik.
Tengku Aqilah menggeleng perlahan.
“Entah, kalau rasa tu macam ada. Yalah suddenly perut rasa buncit semacam. Lepas tu cepat penat, sakit kepala, tapi saya tak jangkalah pulak, sebab for your information doktor, saya ni ada masalah dengan kiratan haid masa anak dara lagi. Sekadar lewat 3, 4 bulan tu normal aje doktor, sebab tu saya memang tak terfikir langsung ke arah itu. Tapi sebagai manusia siapa kita pulak nak melawan ketentuan-Nya. Okey jadi itulah keputusan darah saya ya? Emm… nasib baik saya check darah kalau tidak tau-tau aje sakit nak bersalin, tak ke haru jadinya,” gurau Tengku Aqilah, ceria.
Doktor Husna turut ketawa dibuatnya. Namun tawanya itu cuma seketika. Dia mendekatkan kerusinya rapat ke meja, tangan Tengku Aqilah yang bersilang di atas meja dipegang.
“Qila, saya ada perkara kedua yang tidak kurang pentingnya untuk saya berittahu Qila. Tapi saya harap sangat Qila sabar ya, sebagai orang Islam kita kena percaya pada qada dan qadar Allah ya dik.” Lembut bicara Doktor Husna.
Jantung Tengku Aqilah mula berdegup tidak sekata. Bibirnya diketap bagaikan mencari kekuatan. Hatinya berat mengatakan Doktor Husna akan menyampaikan berita yang buruk padanya.
“Qila tahu kan, 2 hari lepas selain ambil darah, kita juga jalankan ujian mammogram dan juga ujian imbasan. Mesti Qila ada rasa ketulan di dada kan?”
Tengku Aqilah mengangguk lemah, dia sudah tidak mampu bersuara.
“Kami dapati, Qila positif kancer payudara.” Penuh hati-hati Doktor Husna menyebutnya.
Bibir Tengku Aqilah sudah terketar. Badannya sedikit menggigil. Doktor Husna mengusap lembut tangan pesakitnya. Dia faham, memang sukar untuk sesiapa jua menerima berita begini. Namun pembunh nombor satu yang sentiasa menyerang kaum Hawa ini tidak pernah akan berhenti, kerana itu sebagai kaun Hawa kesedaran mengenai kanser payudra perlu ada.
Tengku Aqilah masih terkaku.
“Tapi Qila jangan risau. Qila masih di peringkat awal lagi. Percayalah dik, semua barah boleh disembuhkan jika disingkir sepenuhnya pada peringkat awal. Sebab tu saya nasihatkan Qila jalani pembedahan, sebolehnya secepat mungkin sebab kanser payudara ni jika dibiarkan akan merebak ke kelejar limfa dan bahagian badan yang lain macam tulang, paru-paru dan hati.”
Tengku Aqilah meraup wajahnay dengan nafasnya ditarik sedalam-dalamnya.
“Apa puncanya doktor?” Bergetar suara Tengku Aqilah bertanya.
Doktor Husna menghela nafasnya perlahan sebelum menjawab. “Banyak factor antaranya risiko keturunan. Mungkin sebelum ni ada ahli keluarga yang menghidap penyakit yang sama. Lambat mandapat anak pun antara puncanya, tak menyusukan anak, haid pertama awal dan menopause lewar or maybe hormone replacement therapy, iaitu pengambilan rawatan penggantian hormone. Qila tak perlu risau sangat ya, insya-Allah saya percaya Qila akan sembuh,” ujar Doktor Husna lembut. Dalam masa yang sama sempat lagi dia meniupkan semangat pada Tengku Aqilah.
“Tapi saya tak nak jalani pembedahan dalam waktu terdekat ni. Saya tak nak ambil risiko pada baby dalam kandungan ni.” Lemah suara Tengku Aqilah.
Doktor Husnah mengangguk.
“Saya faham Qila, tapi kalau boleh Qila tak boleh tangguh terlalu lama untuk menjalani pembedahan. Macam nilah, sekarang Qila nak masuk 4 bulan, once kandungan Qila genap 7, maknanya 3 bulan dari sekarang kita akan lahirkan baby ni secara pembedahan dan sekali gus membuang ketulan tu. Kita kana melakukan pembedahan mastektomi.”
“Maksud doktor?” soal Tengku Aqilah cemas.
“Mastektomi bermakna membuang keseluruhan payudara dik. Tapi itu lebih baik dari membiarkan sel barah tu merebak kan, sebab tu kalau boleh kita cepat jalankan pembedahan agar kita hanya perlu membuang sebelah sahaja. Selepas tu akan disokong dengan rawatan sampingan, iaitu kemoterapi dan disusuli dengan ujian radioterapi pula,” jelas Doktor Husna panjang lebar.
Telefon bimbit Tengku Aqilah yang tidak berhenti berbunyi itu menyedarkan Tengku Aqilah dari lamunan yang panjang. Di kala itu baru Tengku Aqilah sedar yang dia sedang duduk di perhentian teksi. Dia sendiri tidak pasti berapa lama dia sudah berada di situ.
Telefon bimbit yang masih lagi berbunyi itu dijawab. Suara Farhana terus bergema di talian.
“Assalammualaikum…” Sempat juga Farhana memberi salam, itulah yang sebaiknya.
“Waalaikummusalam,” jawab Tengku Aqilah perlahan.
“Kau pergi mana ni Qila? Lamanya kau ambik keputusan ujian darah. Kau tahu tak dah pukul berapa sekarang? Nak dekat pukul 3. Ku Ryan dah mengamuk, report dia tak siap lagi kejap ladi dia ada meeting. Kau ni sukalah cari pasal dengan dia,” marah Farhana.
Tengku Aqilah hanya mengeluh perlahan.
“Kejap lagi aku masuk ofis. Okeylah Ana, aku nak tahan teksi.” Mendatar sahaja suara Tengku Aqilah. Terus talian dimatikan.
Setiba di pejabat Tengku Aqilah terus ke bilik solat. Dia menunaikan kewajipan yang fardhu dulu. Hampir-hampir dia terbabas waktu solat tadi, gara-gara begitu terkejut dengan berita yang baru diterima itu.
Usai bersolat, Tengku Aqilah terus menapak ke biliknya. Dia tidak menyapa sesiapa pun. Selama ini mulutnya cukup ramah menegur staf-staf terutama sekali Farhana yang duduk di depan biliknya. Farhana perasan akan perubahan sahabatnya tapi dia merumuskan Tengku Aqilah pastinya risaukan report yang masih belum lagi siap itu.
Ikutkan hati, dia ingin pulang saja, kepalanya begitu sakit sekali. Wajah papanya terlayar di ruang mata.
Fikirannya mula bercelaru. Perlu ke dia memberitahu papanya mengenai penyakitnya itu? Bagaimana pula penerimaan papanya nanti? Pasti papanya akan kembali bersedih dan sekali gus ingatan pada arwah mamanya akan terimbau semula.
Tidak, tidak… dia tidak mahu memberitahu papanya. Tengku Aqilah khuatir jika beritanya ini akan menyebabkan papanya jatuh sakit. Sejak mereka sekeluarga bersatu, begitu jelas riak kebahagiaan di wajah papanya, Tengku Aqilah tidak akan memusnahkan kebahagiaan papanya semudah itu. Tidak, sama sekali. Bagaimana pula dengan suaminya, perlu ke suaminya itu tahu? Jika bukan tentang penyakitnya, tentang anak yang sedang dikandung ini?
Tengku Aqilah begitu buntu di saat ini. Dalam kecelaruan itu, pintu biliknya dibuka. Tengku Ryan Ameer melangkah masuk dengan wajah yang serius.
“Saya nak report tu dah siap ke belum?” Tegas suranya.
Tengku Aqilah menggeleng perlahan. “Tengah buat…” Lemah suaranya.
Rupanya jawapan Tengku Aqilah itu mengundang kemarahan Tengku Ryan Ameer. Kepalanya digelengkan.
“Senangnya awak jawab tengah buat? Saya tahulah tadi awak pergi ambil ujian darah tapi sebelum pergi tak boleh ke awak siapkan report tu dulu? Lepas tu bila pergi berjam-jam pulak, awak tak ada rasa tanggungjawab ke Qila? Awak ingat saya ni robot ke? Tak tahu letih, tak tahu penat? Semua kerja orang saya nak kena byat. Kalau berterusan macam ni matlah! Dahlah baru bercuti seminggu, first day masuk kerja pun boleh buat kerja sambil lewa aje!” marah Tengku Ryan Ameer sambil berekak pinggang.
Hati Tengku Aqilah menjadi sayu sekali. Suaminya tidak langsung bertanya mengenai kesihatannya. Bertanyakan keputusan darahnya, lagilah jauh sekali. Kini, Tengku Aqilah tidak ragu-ragu hendak membuat keputusan. Ya, keputusannya Tengku Ryan Ameer tidak perlu tahu apa pun perkara berkaitan dengan dirinya.
“Saya bukan sengaja tak datang ofis seminggu tu, saya sakit. Tak apa bagi saya 20 minit nanti saya bagi report tu.” perlahan suara Tengku Aqilah.
Hati Tengku Ryan Ameer tidak terkesan bila isterinya memberitahu mengenai dirinya yang sakit, terdengar dia mendengus. “Saya malas nak bergaduh dengan awak. Senang macam nilah, awak fikir masak-masak hari ni, kalau asyik nak MC aje, kerja pun tak jalankan?
So kalau awak rasa kesihatan awak memang tak mengizinkan awak untuk memegang jawatan seakrang ni, tak mampu untuk buat kerja, saya cadangkan awak berhenti. Jadi awak boleh rehat secukupnya di rumah. Senang saya cari orang lain yang betul-betul boleh ringankan beban saya.” Tanpa menunggu lama, Tengku Ryan Ameer terus keluar dari bilik itu dengan hempasan pintu yang kuat.
Tengku Aqilah menekup mulutnya menahan tangisan yang pecah bila-bila masa. Bibirnya sudah menggigil. Perlahan-lahan dia meraba perutnya. Hanya anaknya ini yang akan menjadi penguat untuk dia terus berjuang melawan penyakitnya dan sebagai kekuatan untuk dia nekad meninggalkan lelaki yang semakin membenci dirinya itu.

Kuatlah bersama mama sayang… Kuatlah Bersama mama, tangisnya.


Download ep 28

follow admya di facebook

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...