join admya di FB

Episode 29 Lafazkan Kalimah Cintamu

Minggu akhir 




Update download ep 29
Tengku Ryan Ameer merasa kepalanya begitu berat sekali. Sesekali dia terbatuk, namun dia menggagahkan juga untuk turun ke bawah kerana mendengar bunyi bising di dapur.


Perlahan-lahan dia menuruni anak tangga, sampa di bawah dia melihat rumahnya tersusun rapi dan kemas. Di atas meja juga telah siap hidangan makan tengah hari. Maklumlah dia pun terjaga pukul 2 petang. Sejak kehilangan isterinya dia sudah tidak tahu istilah nikmat tidur. Masa bila matanya terlelap dia sendiri tidak sedar. Elok tangannya mengangkat tudung saji, jantungnya sudah berdegup kencang. Bukan ke ini makanan kesukaannya dan setahu dia hanya isterinya yang tahu akan kesukaannya itu.
Tengku Ryan Ameer laju melangkah ke dapur.
“Sayang, Qila dah balik sayang? Qila kat mana sayang? Qila… Qila…” Tengku Ryan Ameer pantas menuju ke bilik yang terletak berdekatan dengan dapur kerana dia tahu setiap kali datang isterinya akan menggosok bajunya di dalam bilik itu. Dia terus menerpa ke bilik itu.
“Sayang…”
Namun perkataan itu mati di situ bila dia melihat Kak Midah sedang tersenyum memandangnya.
“Eloklah Ku Ryan dah bangun, siap menggosok ni Kak Midah nak balik. Wak dah lama tunggu kat luar, nanti Ku Ryan makan ya. Kesian Kak Midah tengok susut betuk Ku Ryan sekarang. Wak kata dah seminggu Ku Ryan deman, tu yang Kak Midah masakkan. Hari-hari makan kat luar tak selera juga,” ramah Kak Midah bercerita.
Tengku Ryan Ameer masih kaku di muka pintu.
“Tapi mungkin tak sama dengan masakan Qila. Hari tu pernah sekali Kak Midah jumpa Qila. Masa tu dia duduk kat luar pagar tu, kan Ku Ryan tak nak jumpa dia masa tu, sempatlah berbual. Dia ada pesan mintak Kak Midah sesekali masakkan untuk Ku Ryan. Dia yang beritahu makanan yang Ku Ryan suka. Wak kata, Ku Ryan ada beritahu Qila pergi US ya, bila dia balik? Dah lama rasa dia pergi kan, ada nak dekat 3 bulan rasanya. Qila pergi sana buat apa Ku Ryan?” soal Kak Midah dengan cerianya tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya.
Tengku Ryan Ameer masihtidak bersuara. Serba salah pula Kak Midah jadinya takut dianggap menjaga tepi kain orang pula.
“Maaflah Ku Ryan, Kak Midah ni busy bodylah pulak. Ku Ryan jangan salah faham pula. Bukan apa selama ni, kalau Kak Midah datang, Ku Ryan tak pernah keluar ari bilik. Ini rasanya baru dapat berjumpa, itu yang terlebih peramah jadinya,” tambah Kak Midah lagi.
Tengku Ryan Ameer hanya tersenyum hambar.
“Tak apa kak, saya tak kisah. Qila ada urusan kerja, tu yang lama dia kat sana,” dalih Tengku Ryan Ameer.
Kak Midah yang menutup suis seterika, mengangguk.
“Yak e, tapi beranilah Ku Ryan bagi bini cantik-cantik macam tu pergi jauh-jauh, sambar dek mat saleh kang, susah. Ehh, Kak Midah balik dululah Ku Ryan. Hari pun dah gelap macam nak hujan ni. Minggu depan Kak Midah datang lagi. Assalammualaikum…” Usai memberi salam Kak Midah terus bergegas keluar ikut pintu dapur.
“Waalaikummusalam…” Lemah Tengku Ryan Ameer menjawabnya.
Dengan tubuh yang longlai dia menuju ke ruang tamu. Foto isterinya yang disangkut di sekeliling dinding ruang tamu itu dipandang. Jam tangan pemberian isterinya sebagai hadiah hari jadinya itu dikucup sepuas-puasnya. Sejak pemergian isterinya jam ini tidak pernah tanggal dari tangannya melainkan keadaan yang betul-betul perlu sahaja.
“Baliklah sayang, baliklah… Mana abang nak cari Qila lagi. Mana abang nak cari Qila? Abang dah upah kawan abang yang kerja di US cari sayang tapi setakat ni dia tak jumpa lagi Qila. Qila mana sayang? Kenapa Qila tergamak tinggalkan abang? Kasih abang tak pernah padam pada Qila selama ni. Abang memang bersalah pada Qila, tapi kenapa Qila tak beri abang peluang? Kenapa Qila pergi tinggalkan abang macam tu aje? Ya Allah, temukanlah isteriku… Aku dah tak sanggup menanggung rindu. Ya Allah… Baliklah Qila, baliklah sayang…” Tengku Ryan Ameer merintih sendiri di sofa.
Sejak pemergian isterinya, rasanya air mata seperti menjadi sahabatnya, mudah sungguh mengalir.
Biarlah jika satu dunia akan mentertawakannya sebagai seorang lelaki yang lemah, dia tidak mempedulikannya. Selain dari sujud di tikar sejadah mengadu pada yang Maha Esa, air mata sebagai pelepas rasa kerinduan yang begitu sarat bersarang dalam jiwanya di kala ini.
Wajahnya yang basah diraup berkali-kali. Sedar diri masih belum menunaikan kewajipan sebagai hamba-Nya yang kudus. Tengku Ryan Ameer terus bangkit dari sofa. Perlahan-lahan dia mendaki anak tangga.
Elok dia melihat kain sejadah, loceng rumahnya berbunyi. Tengku Ryan Ameer menjengok dari tingkap biliknya. Kereta Shafiq berada di luar pekarangan rumahnya.
Tengku Ryan Ameer hanya menanti di muka pintu. Huluran tangan Shafiq dan Azrul disambut.
“Sihat Ryan?” tanya Azrul Botak.
Tengku Ryan Ameer mengangkat bahunya.
“Macam nilah Rul. Mari masuk Rul, Fiq…” ajaknya.
Shafiq dan Azrul Botak sudah melabuhkan punggung di atas sofa. Berpusing kepala mereka berdua melihat fota Tengku Aqilah yang tergantung di sekeliling ruang tamu itu.
“Minum air tin ajelah ya. Ehh, kalau korang nak makan, makanan dah ada atas meja tapi pembantu aku masakkan,” pelawa Tengku Ryan Ameer yang muncul dari dapur bersama tiga tin air Pepsi.
“We all memang plan nak makan dengan kau, tu yang bawak lauk ni,” jelas Azrul Botak.
Tengku Ryan Ameer sudah mengangkat keningnya.
“Sejak bila pulak korang ni pandai masak?” tanyanya. Shafiq tersengih mendengarnya.
“Mana ada kitaorang masak. Kami ni baru balik dari kampung jadi makanan ni kami bawa khas dari kampunglah ni. Kau bukan tak faham Ryan, ada hamba Allah tu kalau tak dapat jumpa mak we dia angau jadinya. Itu yang minggu-minggu balik kampung,” usik Shafiq.
Azrul Botak sudah mencebikkan bibirnya.
“Kau tengoklah tu mengata orang bukan main pandai, yang dia tu bukan nak tengok buah hati dia jugak ke? Alasan nak tengok Pak Engku konon, macam aku tak tau menyelam sambil minum air, tapi tak apa dah tak lama. Ryan kau tahu next week Shafiq nikah, nanti kita balik kampung sama ya,” beritahu Azrul Botak.
Tengku Ryan Ameer hanya mendiamkan diri sahaja.
“Kau macam mana, masih tak sihat lagi ke?” soal Shafiq perlahan.
Tengku Ryan Ameer memandang sayu wajah Shafiq.
“Aku akan terus macam ni aje Fiq. Macam mana aku nak sihat kalau jiwa aku terus-terusan sakit. Aku cemburu tengok korang sebenarnya. Korang masih berpeluang untuk berjumpa dengan orang yang korang sayang, tapi aku, entah bilalah aku dapat jumpa isteri aku. Aku ingat aku nak pergi USlah aku nak cari dia sendiri. Kau balik kampung tak ada berita ke pasal Qila Fiq, Rul? Dia ada hubungi keluarga dia atau Ana tak? Dia macam mana, sihat ke?”
Azrul Botak dan Shafiq sudah berpandangan sesama sendiri. Ikutkan hati ingin sahaja mereka memberitahu Tengku Ryan Ameer perkara yang sebenarnya. Kesian sungguh mereka melihat keadaan Tengku Ryan Ameer itu, tapi apakan daya demi permintaan Tengku Aqilah mereka terpaksa mendiamkan sahaja.
Azrul Botak menghela nafas perlahan, wajah sahabatnya dipandang.
“Dia ada call, dia sihat Ryan. Tapi nombor dia berubah-ubah. Rasanya dia memang tak nak sesiapa tahu di mana dia berada,” bohong Azrul Botak.
“Tapi aku tak setuju cadangn kau nak pergi US tu. US tu terlampau luas Ryan. Bukan semudah itu kau dapat cari dia. Macam nilah minggu depan aku nikah, kita doa sama-sama moga kau akan dipertemukan dengan Qila nanti. Kau jadi pengapit aku ya, pengapit masa nikah ajelah. Kami tak buat majlis persandingan, Tasha tak nak. Dia sedih adiknya tak ada agaknya.
Aku tak kisah, aku faham perasaan mereka sekeluarga. So aku harap kau sudi jadi pengapit aku. Aku pun tak ada keluarga Ryan. Selama ni aku hanya menumpang kasih dari arwah Pak Engku aje. Jadi aku dah anggap kau seperti saudara kandung aku sendiri, kau ikut aku ya,” pujuk Shafiq lembut.
Mata Tengku Ryan Ameer sudah berkca-kaca, dia mula terbatuk, teruk juga kedengarannya. Azrul Botak terus menarik kawannya bangun.
“Mari makan. Kau rasa lauk dari kampung ni mesti kau rasa segar nanti.”
Tengku Ryan Ameer hanya menurut sahaja. Shafiq mengekori dari belakang. Ketiga-tiga mereka sudah menghadap hidangan. Azrul Botak sempat lagi memasukkan lauk ayam masak merah dan tomyam ke dalam mangkuk.
“Nah, ambik ayam masak merah ni. Kau kan favourite lauk ni. Makanlah Ryan, sikit pun jadilah. Manalah tahu Qila balik masa Si Fiq ni nikah nanti, terus dia reject tengok kau kusut-masai macam ni. Badan kau tu sikit lagi nak sama saiz dengan aku aje, makanlah,” pujuk Azrul Botak.
Tengku Ryan Ameer tiada pilihan dia menggagahkan juga untuk memasukkan makanan ke dalam mulutnya. Semasa dia mengunyah ayam masak merah itu, Tengku Ryan Ameer seperti sedang berfikiran sesuatu, berkerut wajahnya.
Shafiq yang sedang menjamu selera itu terus bertanya, “Kenapa Ryan pedas ke lauk tu?”
Tengku Ryan Ameer menggeleng.
“Macam masakan isteri aku aje Fiq. Bila dia tahu aku suka makan lauk ayam masak merah, dia memang betul-betul belajar masak lauk ni. Alangkah bahagianya jika ini betul-betul masakan isteri aku kan.” Sendu suara Tengku Ryan Ameer.
Azrul Botak sudah melirik pada Shafiq. Memang tepat tekaan Tengku Ryan Ameer itu, memang Tengku Aqilah yang memasaknya tadi. Dalam dirinya yang tidak sihat itu, dia tetap berkeras mahu membekalkan makanan pada suaminya. Apatah lagi bila Shafiq memberitahu suaminya sudah seminggu deman.
Ya Allah, Kau satukanlah mereka Ya Allah, satukanlah mereka… doa Shafiq dalam hati.
Tengku Ryan Ameer sesekali terbatuk. Hampir 2 minggu demangnya masih belum berapa kebah. Doktor yang merawatnya ada menyatakan, demannya melarat berkemungkinan disebabkan jiwanya yang tertekan. Jiwa siapa yang tidak tertekan jika isteri hilang entah ke mana. Hari demi hari Tengku Ryan Ameer merasa harapannya untuk bertemu isterinya semakin nipis. Dan hari demi hari dia menanggung rindu yang begitu mengasak jiwanya.
Kalendar yang terdapat tulisan tangan Tengku Aqilah dipandang. Tadi dia masuk sekejap ke dalam bilik isterinya yang didiami oleh Shafiq sekarang untuk mengambil fail yang Shafiq tinggalkan sebelum pergi mesyuarat tadi. Terus dia terpandangkan calendar itu. Sebenarnya bukan calendar itu yang menarik hatinya tapi tulisan isterinya itu yang menyebabkan calendar itu kini berada di atas mejanya.
Tengku Ryan Ameer membalikkan calendar itu ke 3 bulan lepas. Tertera di situ, birthday my hubby, moga akan bertaut kembali kasih kami… muah… muah… I love you sayang…
Tulisan isterinya itu diusap perlahan. Rasa sebak mula memagut jiwanya. Dalam Tengku Ryan Ameer melayan perasaannya, pintu biliknya diketuk. Dia berdehem sedikit sebelum menyuruh masuk. Triple J musuh utama Farhana masuk dengan lenggok manjanya. Senyuman yang sehabis menggoda dihadiahkan pada bosnya yang tampan itu. Bajunya yang sendat dikenakan pula dengan skirt pendek, silap hari bulan, terliur kaum adam melihatnya. Namunm entah mengapa Tengku Ryan Ameer hanya memandang setiausaha Tengku Natasha itu seperti manusia yang tiada berperasaan sahaja.
“Yes, ada apa?” tanya Tengku Ryan Ameer bersahaja.
Triple J masih lagi tersenyum. Dia tidak duduk di kerusi yang disediakan, sebaliknya dia berdiri begitu hampir dengan kerusi Tengku Ryan Ameer.
“Ku Ryan, Jamie nak invite Ku Ryan datang birthday party Jamie malam ni?” manja suaranya.
Tengku Ryan Ameer sudah mengerutkan dahinya.
“Oh, birthday you hari ni? Happy birthday…” ucap Tengku Ryan Ameer. Suaranya masih lagi mendatar sahaja.
Triple J sudah melenggok manja. Gedik betul perempuan ni.
“Sebab tulah Jamie harap sangat Ku Ryan datang rumah Jamie malam ni, nak celebrate sama-sama.”
Tengku Ryan Ameer masih tidak menjawab. Dia leka memandang kalendar isterinya. Satu halaman demi satu halaman dibuka, selesai baru dia mengangkat wajahnya.
“Kalau Azrul atau Shafiq nak pergi nanti saya ikutlah. Okey, tak ada apa-apa lagi kan?” Tengku Ryan Ameer terus menfokuskan matanya pada fail di atas meja.
Triple J sudah menarik muka, pastinya kecewa dengan jawapan Tengku Ryan Ameer itu. Dia berdehem sedikit.
“Ku Ryan…” panggilnya manja.
Tengku Ryan Ameer mengangkat semula wajahnya.
“Jamie tak jemput Azrul dan Shafiq, party ni untuk yang betul-betul rapat aje macam Ku Ryan.” Lembut dia menuturkannya.
Tengku Ryan Ameer menghela nafasnya perlahan.
“Awak tinggal dengan family ke?”
Triple J pantas menggeleng.
“Tak, rumah sewa. Famili Jamie kat Johor, kalau Ku Ryan nak berkenalan nanti Jamie boleh bawak tapi sebelum tu Ku Ryan kenalah kenal Jamie dulu,” bisiknya perlahan sambil merenung Tengku Ryan Ameer dengan gaya yang begitu menggoda.
Tengku Ryan Ameer menyandar di kerusi. Wajah Triple J dipandang.
“Berapa kali awak sambut birthday dalam setahun Cik Jamilah?”
Tersentak Triple J mendengarnya. Apatah lagi bila Tengku Ryan Ameer memanggil sebahagian dari nama penuhnya.
“Hari ni memang birthday Jamielah…” Triple J terus jua berdalih.
“Awak tahu tak, satu perangai isteri saya ni, dia terlalu prihatin dengan semua staf dia. Birthday siapa yang dia tak catat dalam kalendar dia, sampaikan pak cik guard kat bawah tu pun ada dan dia sendiri akan personally belikan hadiah. Bukan birthday awak 3 bulan yang lepas ke, 2 minggu sebelum birthday saya dan awak pun dah dapat hadiah dari isteri saya kan?”
Wajah Triple J sudah pucat, bibirnya diketap erat.
“Jamilah, kalau hari ni birthday awak, sekali pun awak tak menjemput saya datang ke party awak dengan niat yang ikhlas, masa awak melangkah masuk tadi apa sebenar niat awak? Awak tahu status diri saya tak?”
Triple J mengangguk.
“Ku Ryan bos saya,” jawabnya perlahan.
Tengku Ryan Ameer tersenyum sinis mendengarnya.
“Bukan kedudukan saya tapi status saya. Saya ni suami orang, awak sendiri kenal isteri saya. Macam mana awak boleh terfikir nak ambil kesempatan di kala isteri saya tak ada? Awak nampak muka saya ni macam lelaki jahat sangat ke? Shafiq atau Azrul yang bujang tu awak tak nak pulak pergi menggoda tapi saya yang dah berbini ni yang awak nak kacau.
Memang betullah saya nampak macam muka lelaki hidung belang kan tapi awak jangan salah faham pulak, bukan saya menggalakkan awak pergi menggoda mereka sebab mereka tu pun dah berpunya. Macam nilah, saya tak rasa selesa lagi bekerja di bawah satu bumbung dengan awak. So saya bagi awak satu saja pilihan…”
Triple J makin resah mendengarnya. Air mata mula membasahi pipinya.
“Ku Ryan saya mintak maaf. Saya janji saya tak akan buat lagi, saya tak akan ulangi lagi. Saya betul-betul janji Ku Ryan… Tolonglah, bagi saya peluang Ku Ryan. Saya perlu kerja, keluarga saya bergantung dengan saya, adik-adik saya ramai. Tolonglah Ku Ryan…” rayu Triple J mula teresak.
“Kalau awak dah tahu keluarga awak bergantung dengan awak, mengapa awak boleh terniat nak mencampurkan rezeki yang selama ini awak beri pada keluarga awak dengan duit yang halal, tiba-tiba awak nak menambahkan rezeki awak tu dengan cara duit yang haram?
Sebaik awak keluar dari pintu tu nanti awak betulkan nawaitu awak dan mulai esok jangan datang ke pejabat saya dengan cara berpakaian macam ni. Awak boleh balik sekarang, dah lewat pun.” Serius suara Tengku Ryan Amer.
Triple J sempat lagi mengesat air matanya sebelum melangkah. Di pertengahan jalan dia menoleh pada bosnya.
“Terima kasih Ku Ryan. Cik Qila adalah perempuan yang paling bertuah kerana memiliki Ku Ryan sebagai suaminay…” Sehabis menuturkannya, Triple J terus melangkah keluar.
Tengku Ryan Ameer sedikit terkedu mendengar ayat terakhir yang diucapkan oleh Triple J.
“Bertuahkah Qila memilik aku sebagai suaminya? Kalau dia bertuah kenapa dia pergi tinggalkan aku? Tidak, tidak… Qila tidak bertuah mendapat aku sebagai suaminya. Dia tak bertuah langsung dapat suami macam aku. Suami yang gagal untuk memberikan kebahagiaan pada dia, suami yang gagal menjalankan tanggungjawabnya.
Sebaliknya aku yang bertuah memiliki dia sebagai isteriku. Aku benar-benar bertuah dapat menjadi suaminya. Qila… abang terlalu rindukan Qila sayang. Abang terlalu rindukan Qila…”
Dalam kelekaan Tengku Ryan Ameer berbisik sendiri dengan kepalanya disandarkan pada kerusi kulitnya, dia bolehkan terlelap.
Pintu biliknya diketuk, Tengku Ryan Ameer terus membuka matanya. Bagaikan hendak tercabut jantungnya melihat Tengku Aqilah muncul di pintu. Muram sungguh wajah isterinya itu. Bergegas, Tengku Ryan Ameer bangun mendapatkan isterinya. Tanpa sempat isterinya bersuara Tengku Ryan Ameer terus mendakap tubuh perempuan yang amat dirindui dan dicintai itu sekuat hati.
“Syukur Alhamdulillah, sayang dah balik… Abang rindu sangat dengan sayang. Qila janji, Qila janji sayang. Qila tak akan tinggalkan abang lagi ya? Abang sayang Qila, abang nak minta maaf, abang…”
Namun Tengku Ryan Amer tidak sempat menghabiskan ayatnya bila Tengku Aqilah telah merenggangkan pelukannya. Tengku Aqilah masih tidak bersuara. Hanya kepalanya digelengkan perlahan.
“Sayan nak pergi mana tu? QIla, Qila… jangan tinggalkan abang. Qila tunggu abang sayang… Qila…”
Tengku Ryan Ameer panik bila isterinya sudah berlari meninggalkan biliknya tanpa memberi dia peluang untuk menjelaskan segalanya. Baju kurung putih yang dipakai isterinya berkibar ditiup angin. Tengku Ryan Ameer terus mengejar isterinya.
“Qila… Qila… tunggu abang sayang. Jangan buat abang macam ni. Tolonglah, jangan tinggalkan abang lagi… Qila… Qila…” panggilnya.
Namun isterinya tidak mengendahkan panggilannya itu. Tengku Ryan Ameer terus juga mengejar isterinya hingga ke tempat letak kereta. Namun langkahnya terhenti sebaik melihat ada kereta yang meluru dengan laju kea rah isterinya.
“Qila! Qila! Kereta Qila!”
Namun jeritannya itu tetap tidak dipedulikan. Tengku Aqilah terus juga berlalu pergi, apalagi isterinya terus terhumban dirempuh oleh kereta itu.
“Aqilah!!!” Tengku Ryan Ameer menjerit sekuat hati. Namun jeritannya seperti tersekat di kerongkong.
Tubuh isterinya yang dipenuhi darah itu dipangku. Pipi isterinya dicium berkali-kali. Tengku Aqilah membuka mata sedikit, mulutnya bergerak-gerak bagaikan ingin menuturkan sesuatu namun dia tidak berdaya. Darah membuak keluar dari mulutnya. Akhirnya Tengku Aqilah terkulai kaku.
“Aqilah!!!”
“Ryan, Ryan, Ryan…”
Tengku Ryan Ameer terus terjaga bila merasa pipinya ditepuk. Peluh membasahi dahinya. Badannya menggigil, mulutnya sedikit terketar. Wajah Shafiq yang sedang merenungnya dipandang bingung.
“Fiq, isteri aku Fiq. Qila Fiq, Qila dah tak ada Fiq. Dia dah tinggalkan aku Fiq. Dia dah tinggalkan aku selamanya Fiq…” Tengku Ryan Ameer mengongoi seperti kanak-kanak.
Shafiq menepuk lembut bahu Tengku Ryan Ameer.
“Istighfar Ryan… Ingat Allah. Ingat Allah Ryan. Aku rasa kau bermimpi tadi. Kau meracau-racau panggil nama Qila. Macam mana kau boleh terlelap maghrib-maghrib kat ofis ni? Nasib baik aku tergerak hati nak jenguk kau. Badan kau panas ni, mari aku hantar balik.”
Tengku Ryan Ameer terus-terusan menggeleng.
“Aku nak jumpa Qila Fiq. Aku rasa macam isteri aku sedang sakit Fiq. Dia panggil aku Fiq, dia perlukan aku Fiq. Bawaklah aku jumpa isteri aku Fiq… Mana isteri aku, tolonglah Fiq…” Serak suara Tengku Ryan Ameer. Sesekali dia teresak.
Shafiq mengangguk.
“Aku janji kau akan berjumpa jugak dengan isteri kau. Esok kita balik kampung ya, aku yakin Qila ada di kampung masa aku menikah nanti. Kau akan jumpa isteri kau Ryan. Kau akan jumpa isteri kau. Mari Ryan kita balik dulu,” pujuk Shafiq lembut.
Tengku Ryan Ameer hanya menurut tanpa kata.
“Bang, bang, abang…” racau Tengku Aqilah.
Tengku Hisham merapati telinga anaknya.
“Qila, Qila… buka mata sayang. Buka mata, anak papa kena kuat. Qila kena kuat…” Begitu susah Tengku Aqilahhendak membuka matanya. Akhirnya pandangan Tengku Aqilah semakin jelas. Wajah papanya di sebelah dipandang.
“Pa, Qila mengigau lagi ya. Qila tak habis-habis menyusahkan papa,” ucapnya lemah.
Tengku Hisham menggeleng.
“Tak nak, tak, Qila tak pernah menyusahkan papa. Papa cuma risaukan badan Qila panas. Kalau berterusan kita pergi hospital ya nak,” usul papanya.
Tengku Aqilah tidak menjawab. Dia memandang kakaknya yang sudah duduk di sebelahnya, begitu juga Farhana yang duduk di sebelah kirinya. Dia dapat merasakan tangan sahabatnya itu tidak henti-henti membasahkan kain di kepalanya.
“Kak jangan banyak nangis. Esok majlis bersejarah dalam hidup akak. Qila nak tengok senyuman Kak Tasha aje.”
Tengku Natasha mengelap pelupuk matanya, wajah pucat adiknya dipandang kasih.
“Dik, adik rindukan Ryan ke? Adik nak jumpa Ryan?” bisik Tengku Natasha perlahan di telinga adiknya.
Tengku Aqilah sempat lagi tersenyum walau tiada serinya lagi.
“Tak kak, tak… Cuma tadi Qila bermimpi, agaknya baby ni yang rindukan papanya. Qila nak tidur dulu ya kaka, Qila nak rehat…” Perlahan-lahan matanya ditutup.
Farhana pantas mengelap air matanya yang tidak silu mengalir. Wajah Tengku Aqilah yang begitu tenang itu dipandang, lama.
Ya Allah, kalau boleh Kau pindahkan sebahagian dari penderitaan sahabat aku ni. Kau pindahkanlah pada aku Ya Allah. Aku reda menerimanya…. Aku reda Ya Allah. Kuatlah sahabatku, kuatlah… Aku tak sanggup kehilanganmu, aku tak sanggup, rintih hati Farhana.

download ep 29


follow admya di facebook

Comments