Episode 17 Lafazkan Kalimah Cintamu

Episode: 17



Tengku Aqilah yang sudah memakai selipar Bata, berjalan terhincut-hincut mendapatkan meja makan yang kosong di bahaguan luar Restoran Macha Ali Basha itu. Tengku Aqilah menarik nafas lega sebaik punggungnya mencecah kerusi.
Payung ceti yang dipinjam dari Kak Wan, siapa lagi kalau bukan tea lady yang dah merampas balik jawatannya, disangkut di tepi meja. Ini semua gara-gara si Farhana yang tidak sudi langsung menyedekahkan bahunya untuk dipaut oleh Tengku Aqilah, katanya tak payah ikut nanti dia belikan sahaja makanan.
Tengku Aqilah terus menolak idea kawannya itu, maklumlah kalau pasal makan sesaat pun tidak boleh dilewatkan. Jadi payung Kak Wan itulah dijadikan sebagai tempat berpaut. Shafiq sudah menggeleng.
“Qila, why not kita pergi klinik aje. Saya tengok teruk bengkak kat kaki awak tu,” ujar Shafiq yang menarik kerusi bertentangan dengan Tengku Aqilah.
Farhana pula sedang mengambil makanan untuk dirinya dan sahabat baiknya itu. Shafiq hanya memesan mi goreng, katanya tak berselera nak makan nasi. Apalah Shafiq ni tak tahu nikmat makan, getus Tengku Aqilah di dalam hati. Mana tidaknya, gara-gara Shafiq sekadar memesan mi goreng.
Farhana terus berbisik rapat di telinga Tengku Aqilah supaya membayar makanan sendiri kali ini. Yalah tak kan setiap kali keluar makan awyik Shafiq sahaja yang kena membayarnya, memanglah Si Shafiq tu tak kisah tapi Farhana dah jadi malu pula. Sakit hati Tengku Aqilah dengan sifat malu Farhana yang dirasakan tidak bertempat itu. Biasalah Si Aqilah bab-bab makan ni memang tak ada toleransi, tetapi atas sifat kedekut yang maha hebat dia hanya menghulurkan RM2 pada Farhana tadi. Dah sah-sah air aku jadi mangsa ni. Itulah yang diperkatakan oleh Farhana di dalam hati.
Dalam mereka bertiga asyik menjamu selera, sebenarnya jika ditengok pada lauk di dalam pinggan Tengku Aqilah, tak ada mana seleranya, sayur dengan telur asin. Azrul Botak muncul di tepi meja Tengku Aqilah dengan memegang pinggan.
“Hai, boleh join, meja semua penuhlah.”
Farhana sudah membuka mulutnya seluas yang mungkin untuk menjawab namun pantas dikacau oleh sahabatnya.
“Sure… sure joinlah. Meja ni pun berlebih kerusi,” pelawa Tengku Aqilah ramah.
Namun keramahannya itu menggundang api kemarahan dalam diri Farhana apatah lagi bila Azrul Botak sudah menarik kerusi di sebelahnya. Ikutkan hati mahu saja dia menerajang Si Azrul Botak biar sampai terperosok di tepi kaunter bayaran Si Macha tu, tapi bila memikirkan sifat-sifat kewanitaan yang begitu tinggi dan terpuji dalam dirinya, Farhana hanya memberi reaksi melalu jelingan matanya sahaja. Tetapi bagi Azrul Botak adalah sebaliknya, jelingan Farhana itu begitu mendebarkan dadanya yang kerempeng itu.
Eh, sejak bila pula Azrul Botak menjadikan Farhana gadis idaman dia, desis Tengku Aqilah di dalam hati. Love is blind…
Sedang Tengku Aqilah leka menggaulkan telur asin dengan sayurnya, Tengku Ryan Ameer pula menyertai mereka dengan membawa pinggan makanan, yang mana di dalamnya penih dengan pelbagai jenis lauk dan yang tak tahan itu di piring yang berasingan ada lima ekor udang galah. Bulat mata Tengku Aqilah melihat udang galah itu. Suaminya yang sudah menarik kerusi di sebelahnya pun tidak dipedulikan. Berkali-kali dia menelan air liurnya dan babak yang paling poyo bila dia melemparkan senyuman pada suaminya.
Tengku Ryan Ameer turut membalasnya. “Qila diet ke? Macam tak ada ambik lauk aje. Nah, ambik udang galah ni. Tak payah nak diet-diet, nanti sakit kan susah.” Tengku Ryan Ameer sudah menunjukkan sikat prihatinnya, terus seekor udang galah diletakkan ke dalam pinggan isterinya.
“Eh, tak payahlah. Saya bukannya suka sangat makanan berkolesterol macam ni. Tak apa… tak apa…” Tengku Aqilah sudah membuat jual mahalnya, walau hakikatnya sudu di tangan sudah terlanjak-lanjak hendak mencekup udang itu.
Farhana yang melihat sudah membuka muka meluatnya, dalam masa yang sama Tengku Ryan Ameer sudah meletakkan udang galah it uke setiap pinggan mereka yang lain. Akibat keterujaan dan begitu sekali hendak menjada imejnya, Tengku Aqilah telah bersuara lagi, “Sama masa di US dulu, hari-hari makan udang ni, sampai dah tak lalu, sebab tu bila balik sini saya prefer makan makanan yang simple aje, macam telur asin ni. Tapi dah awak belanja saya kenalah makan jugak kan.”
Tengku Ryan Ameer yang sedang menyudu makanan hanya tersenyum mendengarnya. Azrul Botak sudah mengangguk. Shafiq macam tak wujud saja, begitu leka dengan makanannya.
Namun tidak pada Farhana. Isyh… isyh poyo betul perempuan ni, dengus hatinya. Elok saja ekor udang baru hendak memberi salam di mulut Tengku Aqilah yang sudah terbuka luas itu, Farhana terus bersuara, “Betul tu Ku Ryan, Si Qila ni hari-hari e-meil kat saya, dia kata betapa dia dah tak larat asyik nak makan udang aje. Sekarang ni jangankan nak bau udang, sebut udang pun dia dah tak boleh. Kau bagi ajelah kat aku Qila, nanti kalau kau makan takut mudarat pulak. Lagipun aku kat Malaysia ni jarang makan udang, yalahkan selama ni aku sorang aje yang tahu makan udang.”
Tengku Ryan Ameer terus terhenti makan. Wajah isterinya dipandang.
“Betul ke? Eh, sorrylah saya tak tahu pulak awak memang dah tak boleh makan udang. Tak apa, tak apa, awak bagi aje pada Ana.”
Tengku Aqilah terus mengatup mulutnya, udang yang sudah tercucuk pada garpu itu diletak atas pinggan semula. Tengku Ryan Ameer yang diburu rasa bersalah it uterus mengambil udang di pinggan Tengku Aqilah lalu dipindahkan ke pinggan Farhana.
Yes! Jerit hati Farhana.
Tengku Aqilah sudah mengukirkan senyuman seluas mungkin, kalau boleh nak senyum sampai ke belakang kepala. Wajah sahabat yang teramatlah baik itu dipandang.
“Terima kasih ya Ana, sebab memahami diri aku. Budi kau tak kan aku lupakan sampai bila-bila,” gumamnya perlahan.
Farhana sudah mengenyitkan matanya. Maksud kenyitan itu adalah lain kali janganlah poyo lagi. Rupanya, kegeraman dan kebengangan Tengku Aqilah tidak terhenti sekata di situ saja, perlahan-lahan dia mengambil paying ceti di sebelahnya lalu paying itu digerakkan ke bawah meja untuk mencari sasarannya, siapa lagi Si Analah. Dalam masa yang sama Farhana bagaikan dapat menangkap niat jahat pada raut wajah Tengku Aqilah itu, apatah lagi bila dia melihat payung ceti sudah tidak tersangkut di sebelah peminjamnya.
Farhana apa lagi, terus merapatkan bukaan kakinya dan menghimpit dirinya sedikit pada Shafiq yang begitu berselera mengunyah udang galah itu. Tengku Aqilah yang begitu yakin dengan sasarannya, terus menujak payung dengan kuat pada paha manusia yang disangka Farhana dan inilah hasilnya.
“Oii, aku cinta anak gajah!!” latah Azrul Botak.
Meja makan itu menjadi sepi tiba-tiba. Semua mata terarah pada Azrul Botak termasuklah penjenayahnya. Tengku Ryan Ameer sudah menggeleng.
“Sejak bila kau ni melatah Rul?” soalnya dalam suara yang menahan tawa.
“Sejak dia bercinta dengan anak gajah kan Ana kan?” sampuk penjenayah tidak sedar diri itu.
Tidak sempat seminit gamat meja makan itu dengan tawa tiga orang sahaja. Tengku Ryan Ameer, Tengku Aqilah selaku penjenayah yang dikehendaki dan Shafiq. Dalam tawa yang masih bersisa, Shafiq mengelap peluh yang meleleh di dahinya dengan tangan. Farhana di sebelah sempat lagi menjeling pada tangan Shafiq yang berminyak itu.
Aku dah agak, lebih banyak minyak yang meleleh dari peluh, yang mentari di ufuk timur ni pun tak macho langsung. Ada ke boleh melatah, yang aku tak suka tu sebut anak gajahlah pulak. Ini semua kerja Si Qila, aku pijak kaki tu kang mahu pengsan 20 hari, guman Farhana di dalam hati.
Azrul Botak tidak pula marah bila digelak sebegitu sebaliknya dia sudah tersengih-sengih mengalahkan kerang busuk 5 hari. Dia mendekatkan sedikit mukanya untuk berbisik di telinga Farhana, “Kalau ya pun awak nak usik saya, janganlah ganas sangat.”
Loya tekak Farhana mendengarnya. Dia terus mengambil gelas minumannya, kosong. Hampeh punay perempuan, sempat lagi dia belasah fresh orange aku, desis Farhana. Dengan muncung yang panjang sedepa, Farhana terus menghabiskan air sejuk kepunyaan penjenayah antarabangsa itu. Tengku Aqilah hanya membuat muka 55 sen sahaja.
“Okeylah Rul, we shall make amove. Okey semua, saya kena pergi dulu ada meeting pukul 2.00. Ahh… Qila, petang nanti kita balik sama ya, awak tunggu saya tau.” Tanpa bertangguh Tengku Ryan Ameer terus bergerak.
Tengku Aqilah sudah tersengih sebaik melihat jelingan maut yang Farhana hadiahkan pada Azrul Botak sebaik dia memberi isyarat telefon di telinga capangnya.
“Hisy sakit hatilah makan hari ni, tak selera aku!” bentak Farhana.
Tengku Aqilah sudah mengangkat keningnya. “Hai, dah dapat makan dua ekor udang galah pun masih tak selera lagi? Kau jangan ikut selera anak gajah Ana, nanti diri sendiri yang merana,” usik Tengku Aqilah.
Farhana sudah menjegilkan matanya pada sahabatnya yang macam ada tanda-tanda nak jadi musuhnya itu.
“Dahlah jom kita balik ofis,” Shafiq yang mendiamkan diri sendir tadi bersuara.
Elok Tengku Aqilah handak bangun, dia merasa sakit yang teramat pada buku kakinya terutama di bahagian kaki kanan. Dia menyeringai.
Shafiq yang perasan terus bertanya,” Kenapa Qila?”
Tengku Aqilah sudah melelapkan mata dengan sebelah tangannya memegang kaki kanannya itu.
“Sakit sangatlah kaki ni. Adui… tak berhenti berdenyut,” jawab Tengku Awilah perlahan. Jelas kerutan di wajahnya menahan kesakitan.
Farhana yang sudah bergerak terus berpatah balik.
“Itulah balasan untuk orang yang busuk hati, dengki dan sakit hati tengok aku makan dua ekor udang galah, habis semua orang nak dirodoknya dengan payung,” marah Farhana dengan mata yang dijegilkan.
“Kau ni Ana, kan aku tengah sakit ni. Bukannya kau nak tolong, sempat lagi buat aksi ngeri bagai, main jegil-jel mata,” balas Tengku Aqilah pula.
Kalau dibiarkan mereka berdua bertelingkah mahu sampai Subuh esok pun tak selesai, terus Shafiq menyampuk, “Dah-dah lah tu. Okey, macam ni saya nak pergi ambik kereta dlu. Awak Ana, tolong papah Si Qila kat tepi jalan tu.”
Farhana sudah ternganga mendengarnya.
“Tak kanlah saya pulak nak papah, Si Qila ni kalau awak nak tahu nama aje kurus tapi berat tulang. Entah macam mana tulang dinasour boleh duduk dalam badan dia, aku pun takt ahu,” bebel Farhana.
Shafiq sudah mendengus, “Dah tu tak kan saya pulak nak papah? Dia tu bini orang,” jawab Shafiq.
“Betul… betul, apalah kau ni Ana. Aku ni bini orang, kalau tak, aku pun tak kisah Shafiq papah, kan Shafiq?” Tengku Aqilah sudah membuat sewelnya.
Shafiq terasa segan jadinya. Hanya kepalanya digangguk perlahan sebelum dia berlalu pergi. Farhana makin meluat dibuatnya, kembang-kempis hidungnya menahan geram.
“Laa… tak payahlah masa ni nak practice gerakan hidung. Kang terseliuh lubang hidung tu macam mana? Kembang aje tak boleh kuncup-kuncup. Cepatlah papah aku, insan yang sedang menderita dan perlukan bantuan ini,” Tengku Aqilah sudah menghulurkan tangannya.
Farhana dengan muka yang dah habis benggang terus membantu sahabatnya itu bangun.
“Woi Qila, kau tampunglah jugak badan kau pada payung tu. Berat mengalahkan anak badak kau ni,” gerutu Farhana yang sudah terhuyung-huyung memapah Tengku Aqilah yang berpaut pada bahunya itu.
Sebaik sampai di tepi jalan, Farhana terus terduduk di bahu jalan dengan nafas yang termengah-mengah. Mulutnya sudah ternganga bagaikan orang yang kehilangan oksigen sahaja.
“Eha Ana, yang kita tunggu tepi jalan ni, nak pergi mana? Oh, kau nak ajak aku shopping waktu keja ya? Tak ada, tak ada… aku seorang bos yang berdedikasi…”
Farhana sudah melepaskan nafasnya sekuat yang boleh. Tengku Aqilah yang duduk disebelahnya, dijeling geram.
“Tengkorak ayamlah kau punya dedikasi, kau ingat aku nak ajak kau pergi shopping, lepas tu aku kenalah papah kau satu shopping complex tu? Silap-silap kaki kau baik, bahu aku pulak yang bengkak, kalau bengkak aje tak apa jugak, kala jadi Si Bongkok Tanjung Puteri macam mana? Mengarut aje bercakap, tanya soalan entah apa-apa, nak bawak kau pergi klinik, tahu tak?” marah Farhana.
Tengku Aqilah sudah mengeruthkan dahinya.
“Kenapalah aku dapat kawan yang kejam macam kau? Tergamak kau seksa aku Ana. Kau kan tahu aku takut makan ubat. Kalau aku tahu kau nak bawak aku pergi klinik aku balik aje ke ofis sendiri,” bidas Tengku Aqilah pula.
Farhana sudah mencebikkan bibirnya.
“Nak balik konon. Pergilah, tu kau nampak bangunan tu, pergi balik! Jangankan nak berjalan nak merangkak pun tak boleh, banyak pulak cakap. Isyh, manalah pulak Si Shafiq ni, dia ambik kereta ke dia tambah minyak rambut kat kepala dia.” Dalam Farhana membebel, Lamborghini Gallardo Spyder warna silver berhenti di sebelah mereka.
“Aku macam biasa tengok kereta ni Ana,” ujar Tengku Aqilah.
Farhana sudah membuat muka bosannya. “Ya Allah, cukuplah kaki kau aje bengkak Qila, janganlah otak kau pun bengkak. Itu kan kereta laki kau.”
Tengku Aqilah terus tersentak mendengarnya, mulutnya sedikit ternganga.
Tengku Ryan Ameer sudah keluar dari keretanya, begitu juga dengan Si Azrul Botak, seperti biasa matanya tidak lekang memandang gadis pujaannya.
“Kenapa ni Qila? Buat apa duduk tepi jalan ni?” soal Tengku Ryan Ameer sedikit cemas.
Tengku Aqilah mengeluh, “Saja ambik angin. Ehh, awak tak payahlah nak join sekali. Pergilah cepat, kata ada meeting kan?” Sakit telinga Farhana mendengar jawapan loyar buruk Tengku Aqilah itu, pantas dia menyampuk, “Kau jangan merepek boleh tak Qila. Si Qila ni Ku Ryan dah tak boleh nak berjalan, tengok tu dah bengkak dua-dua belah kaki dia, yang sebelah kanan tu lagi teruk kalahkan kaki anak badak.”
“Kau ni Ana, dari tadi asyik anak badak aje, sebut anak lain tak boleh, beruang ke, kambing ke, kerbau ke?” sanggah Tengku Aqilah.
“Boleh tapi setakat ni itu spesies yang paling besat yang aku firkirkan,” jawab Farhana, tak nak mengalah.
“Oh, kalau kau cakap pasal spesies paling besar baik kau bandingkan dengan kaki anak gajah, lagi besar apa.”
“Aku pantang betullah sebut anak-anak gajah ni. Heii…” gumam Farhana terus bangun dengan munjung sedepa.
Azrul Botak sudah menggaru kepalanya yang licin. Peliklah orang perempuan ni, pasal anak badak, anak gajah, pun jadi nak gaduh. Tapi aku suak anak gajah, comel desisnya sendiri. Dalam waktu yang sama matanya tidak berkelip memandang buah hatinya. Tengku Ryan Ameer di sebelah hanya mampu tersenyum.
“Dah-dah jom pergi klinik,” Tengku Ryan Ameer sudah menghulurkan tangannya pada Tengku Aqilah untuk membantunya bangun.
“Eh, tak apa. Kitaorang tengah tunggu Shafiq, dia pergi ambik kereta sekejap.” Pantas Tengku Aqilah menolak. Berubah muka Tengku Ryan Ameer bila nama Shafiq disebut.
“Ana, awak call Shafiq cakap kat dia tak payah datang. Saya bawak Qila pergi klinik.” Serius suara Tengku Ryan Ameer.
Farhana terus menghantar SMS, sorrulah nak call, kredit tinggal RM2 saja. Farhana sudah tersenyum sebaik melihat wajah kecu sahabatnya itu, sempat lagi keningnya diangkat sebaik mata mereka bertatapan. Sakit sungguh hati Tengku Aqilah dibuatnya.
Tengku Ryan Ameer sudah menarik tangan isterinya, dalam Tengku Aqilah berjuang untuk bangun, Farhana menyumbangkan suara dan ideanya.
“Ku Ryan, why not kendong aje dia. Kaki dia tak boleh nak pijak tu. Isyh tak sampai hatilah tengok kau Qila menanggung sakit macam ni.” Sehabis mungkin Farhana menyebakkan suaranya.
“Eh, dia pulak yang over, aku okeylah. Aku sakit si…” Belum selesai perkataan yang seterusnya dilontarkan, Tengku Aqilah merasa tubuhnya seperti melayang. Mana tidaknya tubuh Tengku Aqilah sudah dikendong oleh suaminya.
Azrul Botak pantas membuka pintu, tiada ayat yang terkeluar dari kerongkong Tengku Aqilah, hanya mulutnya yang terlopong. Farhana sudah menyengih melihatnya, Tengku Aqilah pantas mengatup mulutnya dengan wajah yang merah padam. Namun kekeruhan di wajahnya cuma sementara, matanya sudah mengerling pada Azrul Botak. Sebaik tangan Tengku Ryan Ameer hendak menutup pintu kereta, pantas Tengku Aqilah menghalang.
“Emm… macam mana dengan meeting awak nanti? Tak kan nak cancel macam tu aje?”
Tengku Ryan Ameer terus menepuk dahinya.
“Yalah, bolehkan lupa pulak. Macam ni, meeting petang ni tak adalah penting sangat pun so aku rasa kau boleh cover akulah Rul. Kita pun dah discuss pagi tadi kan?”
Azrul Botak sudah mengangguk. Dia terus mengambil fail di belakang kereta dan membawanya keluar.
“Qila, kat klinik nanti kau jangan menjerit pulak kalau kena suntik tau. Lebih baik Ku Ryan pergi sekarang nanti dibiarkan bahaya pulak. Dulu arwah nenek saya kena macam Si Qila nilah, lambat pergi klinik, jadi melarat. Doktor bagi kata due aje, nak potong atau pakai kaki palsu.”
Tengku Aqilah sudah mengetapkan giginya. Bulat matanya memandang Farhana. Nasib baiklah kakinya teramatlah sakit kalau tidak dah lama tumit kakinya masuk ke dalam mulut Farhana yang celopar itu.
Azrul Botak seperti sedang memikirkan sesuatu.
“Macam mana agaknya arwah nenek awak tu buat pilihan ya, mesti dia tertekan.”
Farhana sudah memandang lelaki yang baru 2 minggu menggilainya itu dengan pandangan yang menyampah sangat. Azrul Botak yang perasan akan pandangan bakal kekasihnya boleh lagi bersuara, “Tapi bila fikir balik, dia macam tak ada pilihan aje.”
Farhana sudah menggeleng. Sejak bilalah dia ni jadi bebal ya, desis hatinya.
Elok tangan Tengku Ryan Ameer hendak menutup pintu, Tengku Aqilah sekali lagi menghalangnya.
“Haa… why not you bawak Ana pergi meeting tu Rul, sebab saya baru lantik dia jadi PA saya, so rasanya inilah masa yang sesuai sangat-sangat buat sahabat baik saya ni nak belajar, awak okey kan Ku Ryan?” Tengku Aqilah memberikan ideanya pula yang lebih kurang boleh menyusutkan 30 kg badan Si Ana.
Tengku Ryan Ameer terus mengangguk.
“Good idea, okey Ana, awak ikut Azrul nanti,” ujar Tengku Ryan Ameer sambil menutup pintu kereta.
“Terima kasih Aqilah, terima kasih. Saya suka sangat idea awak tu Tengku Aqilah.”
Tengku Aqilah turut membalas senyuman itu. Cermin mata diturunkan. “Rul lepas meeting, bawak Ana pergi semua outlet kita di KL ni, since outlet kita tutup pukul 10.00 malam kan. Tak perlu terkejar-kejar balik, nanti you all ganti dengan cuti aje. Eh, tapi jangan lupa hantar Ana balik. You tahulah, dah malam-malam naik bas seorang diri ni bahaya. Oh ya Ana, nanti kau tolong pulangkan balik payung ceti pada Kak Wan ya. Okey bye Ana,” Tengku Aqilah terus menaikkan ibu jarinya sebelum kereta suaminya meluncur pergi.
Ya Allah kenapa kau bengkak kakinya saja? Kan elok mulutnya sekali bengkak biar setahun dia tak payah bercakap? Jerit Farhana di dalam hatinya.
Sabar ajelah…
Tengku Ryan Ameer dapat melihat keresahan di wajah isterinya itu. Sekejap dia mengalihkan punggungnya ke kanan dan sekejap lagi dia bergerak ke kiri pula. Kesian pula Tengku Ryan Ameer melihatnya.
“Sakit sangat ke kena inject di punggung tu?” Tengku Ryan Ameer bersuara.
Tengku Aqilah sudah membuat muka bosannya.
“Tak, sedap! Apalah punya soalan. Dah kena cucuk kat punggung mestilah sakit. Doktor tu leceh betullah, saya suruh dia cucuk kat tangan ni, tapi dia tak nak. Tempat keramat tulah jugak yang di nak pilih, tapi nasib baik doktor perempuan kalau lelaki, berani dia buat dah sah-sah saya yang cucuk punggung dia. Isyh lambat lagi ke nak sampai rumah,” bebel Tengku Aqilah.
“Kejap lagi sampailah. Petang-petang macam ni jalan jam. Tadi awak tak nak beli roti.” Suaminya bergurau.
Tengku Aqilah sudah menjuihkan bibirnya. “Idea lapuk, macam aku nak gelak,” gumamnya sendiri.
Tengku Aqilah terus menyandarkan kepalanya di kerusi. Kebisuan mereka selama 5 minit itu diganggu dengan bunyi seperti kerbau terkencing. Ngilu pula ari-ari Tengku Aqilah rasanya. Dia terus menoleh.
Tengku Ryan Ameer sedang menjawab panggilan.
“Tak apa, I tak kisah, bila you nak balik? Okeylah, I tengah drive ni, okey… okey bye.”
Tengku Aqilah pantas memandang ke luar sebaik suaminya menoleh ke arahnya. “Tasha call,” beritahu Tengku Ryan Ameer perlahan.
Tengku Aqilah terus memandang suaminya, dahinya dikerutkan, “Dia kat mana, kenapa dia tak balik?” tanya Tengku Aqilah pula.
Tengku Ryan Ameer sudah menaikkan keningnya.
“London…”
Tengku Aqilah terkejut mendengarnya. Wajah suaminya dipandang tanpa berkelip.
Tengku Ryan Ameer terus mengangguk, “Ya… London. Kenapa tak percaya? Semalam dia pergi.”
Tengku Aqilah sudah mencebikkan bibirnya.
“Bestnya, merajuk aje pergi overseas. Tak payah bawak kain baju pun, mesti nanti beli semua kat sana. Kalau saya, wajib bawak beg hijau pucuk pisang tu. Yalah kan, itu aje baju yang saya ada, tapi itu dulu sekarang ada banyaklah jugak, ehsan papa. Ohh, tu yang awak tanya bila nak balik ya, rindulah tu,” ujar Tengku Aqilah selamba.
Tengku Ryan Ameer sudah mengerutkan dahinya.
“Rindu? Eiii tak kuasalah nak rindu dengan dia. Kalau dengan awak tu lainlah. Alaha saya tanya sekadar berbahasa dengan kakak ipar, tak kan itu pun salah. Sebab tu bila dia tanya saya, tak apa ke dia pergi London, tu yang saya cakap saya tak kisah, hak dialah. Tapi kalau awak berani nak pergi tanpa izin saya, sampai lubang cacing saya cari awak, sebab awak tu milik saya. Ehh, tadi cara awak bercakap macam ada nada cemburulah. Awak dah sukakan saya ya,” usik Tengku Ryan Ameer yang sudah tersengih-sengih.
Tengku Aqilah menjongketkan hidungnya.
“Hei awak, jangan perasan boleh tak? Awak hangan ingat sebab awak dah bawak saya pergi klinik dan menyebabkan punggung saya kena cucuk, maka saya sudah teramat suka pada awak tau. Bab-bab jiwa ni, kita cerita lepas raya tahun depan boleh tak? Sekarang saya nak tidur.” Serius suara Tengku Aqilah.
“Tak payah dah sampai rumah pun,” jawab Tengku Ryan Ameer perlahan.
Tengku Aqilah terus memandang ke luar. Dia melihat papanya sedang bersantai di taman dengan ditemani, Kak Kembong.
“Isyh papa ni, kang tak pasal-pasal jadi gossip pulak dengan Kak Bong,” omel Tengku Aqilah.
Tengku Ryan Ameer sudah tergelak mendengarnya, macam-macam kerenah bininya itu. Terus pipi gebu isterinya dicubit.
“Hei, sakitlah!” marah Tengku Aqilah.
“Biarkan, mulut tu laser sangat. Lain kali ambik insurans dulu kalau nak bercakap,” usik suaminya yang sudah membuka pintu kereta di tempat duduknya.
“Dah ada, sebab tulah mulut boleh laser macam ni.”
“Ada aje nak menjawab ya, berdosa tau melawan suami,” balas Tengku Ryan Ameer.
Kali ini Tengku Aqilah tidak melawan. Bab-bab dosa ni siapa yang tak takut beb…
Tengku Ryan Ameer sudah membongkok, dia ingin mengendong isterinya, namun pantas ditepis oleh Tengku Aqilah.
Apa ni, dah-dah lah tu. Tadi tepi jalan dah kena angkat, kat klinik pun kena ni dah sampai rumah pun nak kendong lagi? Lebihlah pulak,” tegur Tengku Aqilah.
Tengku Ryan Ameer sudah berpeluk tubuh, kepalanya dianggukkan.
“Okey, tak nak tak apa. Lagipun saya buka suka-suka nak angkat awak, tak terfikir pun nak ambik kesempatan. Okeylah, kalau awak boleh jalan sendiri, jalanlah.” Tengku Ryan Ameer sudah memberikan laluan buat isterinya yang perasan macam bagus itu.
Tengku Aqilah sudah menurunkan kakinya perlahan-lahan ke bawah. “Adui… Adui… Macam mana nak jalan ni, nak pijak pun sakit. Doktor ni salah cucuk ubat kot.” Tengku Aqilah mengadu sakit, dia sudah menyeringi. Teruk sungguh melihat kerutan di wajahnya.
Tengku Ryan Ameer begitu kesian melihatnya namun apakan daya isterinya tidak memerlukan pertolongan dia.
“Tak apalah, awak tunggu sini, saya panggilkan Kak Bong, rasanya dia larat angkat awak.”
Tengku Aqilah menjengukkan kepalanya sedikit keluar. Dia dapat melihat Kak Kembong sedang menuju ke arahnya sambil mendorong kerusi roda papanya. Wajah papanya memanglah nampak cemas tapi wajah Kak Kembong macam askar nak bertempur dengan komunis sahaja. Melihat Kak Kembong yang semakin hamper, Tengku Ryan Ameer sudah ingin bergerak ke tepi untuk memberi laluan namun sepantas itu tangan Tengku Aqilah menggenggam tangan suaminya. Tersentak Tengku Ryan Ameer seketika.
“Angkat saya, please… saya tak nak Kak Bong, nanti bukan kaki aje bengkak tulang pun boleh patah riuk, please…” Tengku Aqilah memujuk.
Tengku Ryan Ameer sempat lagi melemparkan senyuman pada isterinya. Kalau tadi sepanjang dirinya dikendong oleh suaminya dia hanya mengeraskan badan, tapi di kal aini sungguh berbeza, leher suaminya dipait mesra dan Tengku Ryan Ameer dapat merasakannya. Makin mekar senyuman di bibirnya.
“Ya Allah kenapa ni Qila?” soal papanya cemas.
“Tak ada apa pa, gara-gara pakai kasut tumit tinggi, terpelocok, tu yang bengkak kai. Qila okey papa, jangan risau…” Tengku Aqilah yang berada di dalam dukungan suaminya sempat lagi menenangkan papanya.
“Kalau aku, tak adalah risaukan kau sangat. Aku lebih kesiankan Ku Ryan, merah padam muka dia angkat kau, mesti kau ni berat sangat kan? Tak apalah Ku Ryan, mesti Ku Ryan dah penat mengangkat dia dari tadi, biar aku yang angkat dia pulak.”
Namun kebaikan Kak Kembong itu tidak langsung menyenyuh hati Tengku Aqilah, makin erat lehet suaminya dipaut, tapi kepalanya dilentokkan ke dada suaminya lagi. Tengku Ryan Ameer sudah tergelak melihat keadaan isterinya itu.
“Tak apalah Kak Bong, masa nilah isteri nak bermanja dengan suami,” balas Tengku Ryan Ameer lembut.
Kak Kembong sudah menjuihkan bibirnya.
“Yalah, aku ni tak tahu bab-baba cinta.” Tengku Hisham yang menjadi pendengar turut tergelak sama.
Tengku Hisham perlahan-lahan menolak pintu bilik anak bongsunya. Dari muka pintu dia melihat anaknya sudah memakai baju tidur satin warna merah jambu sepasang dengan seluar hanya terbaring di atas katilnya.
“Qila, macam mana kaki tu, ada kurang tak?” tegur papanya sambil mendekatkan kerusi rodanya di tepi katil anaknya.
Tengku Aqilah menggerakkan badannya dan perlahan-lahan tubuhnya disandarkan pada kepala katil.
“Okeylah pa. Tak adalah berdenyut sangat macam tadi,” jawab Tengku Aqilah pula.
“Memanglah tak teru denyutnya tapi masih berdenyut kan? Itulah pasal suruh makan ubat tak nak, Engku tengok ubat atas meja tu, dari aku tolong dia pakai baju tadi, aku dah suruh dia makan ubat, tapi dia degil,” bebel Kak Kembong yang muncul bersama dulang makanan di tangan.
Tengku Aqilah sudah menjuihkan bibirnya. Bulat matanya memandang kakak angkatnya itu, tapi tidak pula dia terasa berani melawan. Tengku Hisham sudah tersenyum mendengarnya.
“Qila masih tak berubah, dari kecik sampailah dah besar masih lagi takut makan ubat. Papa ingat lagi masa dulu, kalau tak menyorok bawah katil, lari ke tengah bendang, puaslah Mak Kiah mengejar dia…”
Tengku Aqilah menjadi sebak mendengar kata-kata papanya. Rupanya dulu walau papanya membenci dirinya namun dalam diam papanya masih mengikuti perkembangan dirinya.
Tengku Hisham yang perasan akan perubahan waah anaknya, menepuk lembut paha anak bongsunya.
“Alangkah ruginya papa selam ani QIla. Papa dah sia-siakan banyak sangat masa untuk bersamamu nak dan sekarang papa nak tebus segalanya. Tak ada perkara yang lebih penting dalam hidup papa melainkan kebahagiaanmu nak.”
Tengku Aqilah sudah tersenyum. Tangan papanya digenggam.
“Qila tak nak fikir yang lepas pa, yang penting sekarang ni Qila bahagia sangat. Papa adalah segala-galanya pada QIla. Oh ya, papa tahu tak Kak Tasha ada di London sekarang?”
Soalan Tengku Aqilah hanya dibalas dengan anggukan.
Melihat pada air muka papanya yang tidak berminat untuk bercerita mengenai kakaknya, Natasha, Tengku Aqilah terus membuka topik yang lain.
“Papa dah makan?” soalnya.
Tengku Hisham yang seperti terleka seketika terus mengangkat wajahnya.
“Belum, papa ingat nak makan dengan Qila.”
“Oh, Engku nak makan dengan Qila ke? Kalau macam tu nanti aku buat hidangan yang lain, dalam mangkuk ni bubur aje Engku,” sampuk Kak Kembong yang sedari tadi menjadi pemerhati skesta dua beranak itu.
Tengku Aqilah sudah mengerutkan dahinya.
“Bubur? Biar betul Kak Bong ni, Qila bukannya sakit mulut ke sakit tekak ke yang nak bagi makan bubur. Qila sakit kakilah Kak Bong,” protes Tengku Aqilah.
“Mana aku tahu, tu kau tanya sendiri laki kau. Dia yang suruh aku masak bubur untuk kau. Aku nak turun nak ambik makanan untuk Pak Engku.” Selamba Kak Kembong menjawabnya lalu terus melangkah keluar.
Tengku Ryan Ameer yang baru masuk ke bilik itu dengan hanya memakai t-shirt lengan pendek warna biru dengan seluar track suit hitam, pelik apabila namanya disebut Kak Kembong. “Ada masalah ke?” soalnya lalu terus melabuhkan punggung di sebelah isterinya.
“Memang masalah, bila orang yang sihat disuruh makan bubur,” balas Tengku Aqilah dengan suara yang geram.
“Oh, ya ke. Bila sihatnya? Jadi tak payahlah Kak Bong bawak naik makanan, jomlah kita turun makan. Dah sihat kan?” usik Tengku Ryan Ameer yang sudah tersenyum memandang bapa mentuanya.
Tengku Hisham sudah tersengih. Tengku Aqilah sudah merengus, terus sebiji penampar disedekahkan pada bahu suaminya.
“Dah tak ada kerja ke nak mengusik orang. Memanglah kaki ni sakit tapi mulut okey aje boleh makan lagi. Jadi tak payahlah terlebih baik hati suruh Kak Bong masakkan bubur. Isyh tensionlah macam ni pa,” bebel Tengku Aqilah sambil menghadiahkan jelingan maut buat suaminya yang seudah tergelak itu.
“Kalau rasa nak makan yang sedap-sedap, kena makan ubat biar cepat baik kaki itu. Ini tidak, tengok ubat tu dah jadi perhiasan pulak atas meja,” tegur suaminya.
Tengku Aqilah terus menutup mulutnya sebaik nama ubat disebut. “Tak apalah tak makan sedap-sedap pun tak kisah janji tak makan ubat. Tadi dah ken suntik dahlah, ubatlah jugak tu.”
Tengku Ryan Ameeer sudah menggeleng. Dia sudah memandang Tengku Hisham. “Macam mana ni pa? Nak ikat ke tangan dengan kaki dia?”
Pertanyaan menantunya terus dijawab dengna anggukan oleh papanya. Terbeliak mata Tengku Aqilah dibuatnya.
“Pa!!!” jerit Tengku Aqilah.
Terus berderai tawa Tengku Ryan Ameer dan papanya. Tengku Aqilah makin sakit hati jadinya bila menyedari dirinya dipermainkan oleh suami dan papanya itu. Tanpa bertangguh dia terus berbaring semula dan terus menyelubungkan mukanya. Merajuklah kononnya tu.
Tengku Ryan Ameer sempat lagi mencuit pipi isterinya di dalam kelubung itu. Namun pantas ditepis oleh Tengku Aqilah.
“Merajuk, macam budak-budak,” usik papanya.
Tengku Hisham hanya tersenyum melihat rajuk anaknya itu.
“Pa… apa kata malam ni kita makan pizza nak? Papa nak pizza apa nanti Ryan order.”
“Emmm... okey jugak idea Ryan tu. Papa pun dah lama tak makan pizza. Ryan tanya sekali pada Bong dengan Tuti, kita makan ramai-ramai kat taman,” balas Tengku Hisham dengan ceria, dalam masa yang sama dia sudah mengenyitkan matanya.
Tengku Ryan Ameer sudah mengangguk.
“Jom pa kita keluar, Ryan nak order sekarang.”
Tengku Ryan Ameer terus mendorong kerusi roda bapa mentuanya dan taktik mereka teramatlah menjadi bila perempuan yang berkelubung itu telah keluar dari kelubungnya dan bersuara, “Nak join…”
Tengku Ryan Ameer berpaling, “Ubat?” soalnya.
“Kunyah sekali dengan pizza,” balasnya selamba dan dengan muka yang memang tak tahu malu dia sudah menghulurkan tangannya minta dikendong oleh suaminya.
Tengku Ryan Ameer terus mengangkat kening pada papanya sebelum dia mendapatkan isterinya yang tercinta. Tengku Hisham tersenyum bahagia.
Tengku Aqilah sudah mengerang, berkerut wajahnya menahan sakit. Merecik peluh di dahinya. Dalam cahaya lampu yang suram dia terus memandang pada pintu biliknya yang sedikit renggang.
Inilah bahanannya kalai jadi manusia bodoh sombong. Elok-elok laki aku nak meneman aku tadi, tak kasi. Masa dia renggangkan pintu bilik tu tadi pun aku marah. Adui… macam mana ni? Nak call aku bukan tau nombor dia. Sakitnya kaki aku ni, jangan-jangan betul tak macam yang Si Ana cakap, kaki aku ni silap-silap kena… Ya Allah takutnya, Ya Allah… ampunilah aku yang menipu tadi. Aku tak makan pun uabt, aku buang sebenarnya. Adui… adui… sakitnya.
Tengku Aqilah sudah gelisah seperti lembu betina yang baru dilanggar oleh Vespa saja.
Dalam dia mengerang kesakitan, pintu biliknya ditolak dari luar. Tengku Ryan Ameer pantas mendapatkan isterinya. “QIla, kenapa ni? Kaki berdenyut balik ke?”
Tengku Ryan Ameer mengusap lembut rambut isterinya. Tengku Aqilah sudah tidak dapat menahan perasaannya. “Sakit… Kaki ni sakit sangat, saya takut kaki ni kena potong…” Sebaik menghabiskan ayatnya, air mata Tengku Aqilah terus terburai keluar. Alahai manjanya…
Tengku Ryan Ameer pantas menenangkan isterinya. Terus isterinya dipeluk dan Tengku Aqilah hanya terkaku bila dipeluk sebegitu.
“Dah sayang, dah… Apa yang Qila cakap ni, tak ada sebab kaki tu nak kena potong. Ini mesti teringat apa yang Si Ana cakap kan? Dah-dah, tahu tak kenapa kaki ni sakit?” Lembut Tengku Ryan Ameer berbicara di telinga isterinya. Bergetar jantung Tengku Aqilah mendengar ucapan sayang yang dilafazkan oleh suaminya tadi.
Perlahan-lahan Tengku Aqilah mengangguk. “Tak makan ubat… tapi macam mana boleh tahu?” Sebak suara Tengku Aqilah membuat pengakuan.
Tengku Ryan Ameer mencium uban-uban isterinya.
“Sebab, masa kecil dulu saya pun buat yang sama setiap kali arwah papa suruh makan ubat. Depan dia macam makan sebenarnya, ubat tak telan pun. Tap itu masa keciklah, bila dah besar, kita sendiri dah boleh berfikir baik dan buruknya, sebab tu abang tahu Qila tak makan ubat tadi.”
Tengku Aqilah pantas menrenggangkan pelukan. Wajah suaminya dipandang tanpa berkelip.
“Kenapa tak percaya?” soal suaminya lagi.
“Awak tersalah sebut kea tau sengaja sebut?” Tengku Aqilah bertanya perlahan.
Tengku Ryan Ameer sudah tersenyum. Dia dapat mengagak apa yang dimaksudkan oleh Tengku Aqilah. Pasti panggilan abang yang digunakan tadi menjadi isunya.
“Kita mulakan hidup baru sayang. Abang betul-betul sayangkan Qila. Abang nak bina hidup baru dengan Qila, bagi abang peluang sayang,” bisik Tengku Ryan Ameer.
Mala mini Tengku Aqilah begitu tersentuh mendengarnya, namund dia masih tidak mampu untuk memberikan komen apa-apa.
“Sayan nak makan ubat, boleh ambikkan?”
Tengku Ryan Ameer melemparkan senyuman, wajahnya masih beriak tenang. Dia terus bangun dan mengambil ubat di dalam beg plastik putih. Tengku Ryan Ameer kembali bersama bekas ubat yang di dalamnya terdapat tiga biji pil dan air botol mineral 1.5 liter bersama dengan sebuah gelas. Ubat dihulurkan pada isterinya. Tengku Aqilah sudah memegang gelas berisi air dan sebiji ubat yang masuk ke dalam kerongkongnya akan ditolak dengan dua gelas air. Kiranya tiga biji ubat habislah satu botol air mineral itu.
Tengku Ryan Ameer sudah menggeleng melihat isterinya yang sudah kembung dengan air itu. Dia meletak botol mineral yang kosong bersama dengan gelas di atas meja berdekatan katil. Kemudian dia duduk di tepi kaki isterinya yang sudah berbaring dan Tengku Ryan Ameer membuka penutup ‘Flanil Analgesic Cream’ yang diambil di atas meja tadi. Perlahan-lahan krim itu disapu di kedua-dua belah kaki isterinya, selesai dia membetulkan selimut isterinya. Tengku Ryan Ameer merenung kasih isterinya.
“Tidurlah sayang, abang biarkan pintu terbuka sikit ya. Manalah tahu Qila nak ke bilik air nanti, senang sikit dengar. Abang tidur di sofa luar aje, kalau ada apa-apa panggil tau,” ujar Tengku Ryan Ameer sambil membetulkan anak rambut isterinya yang menutupi mata.
Tengku Aqilah merasa pelupuk matanya panas. Hatinya begitu terharu dengan perhatian dan layanan yang diberikan oleh suaminya. Perlukah dia terus-terusan menutup pintu hatinya? Adakah kerana dia takut untuk dilukai atau sebenarnya lebih kepada mengikut kata egonya sendiri. Lama dia menatap wajah suaminya, kata-kata Farhana bagaikan terngiang-ngiang di telinga.
“… bagi ajelah dia peluang dulu untuk membuktikan kata-kata dia. Kau pun dalam masa yang sama cuba kenali diri dia pulak. Tak kenal maka tak cinta. Sama-sama belajarlah menerima satu sama lain.”
Tengku Ryan Ameer yang menyedari isterinya mengelamun, menepul lembut lengan isterinya sebelum berlalu pergi, namun langkahnya terhenti bila tangannya dipegang oleh isterinya.
Sebaik pandangan mata mereka bertembung, pantas Tengku Aqilah melepaskan pegangannya dan dengan wajah yang sehabis selamba dia bersuara, “Emm, sebenarnya awak boleh tidur aje dalam bilik ni tapi kat sofa tu ajelah. Yalahkan sebab awak kata nak tidur di sofa luar so macam tak ada beza pun, sofa jugak kan? Lagipun senang sikit saya nak mintak tolong awak papah ke bilik air, maklumlah dah terlebih minum air tadi, tapi kalau awak tak selesa tak apalah. Awak tidurlah mana-mana yang awak suka, saya okey aje,” ujar Tengku Aqilah dengan suara yang dialun setenang mungkin.
Tengku Ryan Ameer sudah memandang isterinya, “Betul? Qila tak kisah man pun abang nak tidur?”
Tengku Aqilah pantas mengangguk. Tengku Ryan Ameer terus tersenyum.
“Kalau macam tu abang nak tidur sini boleh?” Tengku Ryan Ameer sudah menunjukkan di sebelah Tengku Aqilah.
“Oh… sebelah ni, se… sebelah saya ni? Oh… okey… okey… tidurlah… tidurlah jangan malu-malu buat macam katil sendiri. Adui, ni bukan sakit kaki aje dah ni, sakit kepalalah pulak. Macam mana aku boleh tersalah cakap. Padan muka malam-malam buta macam ni terlebih peramahlah lagi.” Ayat-ayat yang terakhir itu Tengku Aqilah lebih membebel pada dirinya sendiri.
Namun senyuman masih tidak lokek disedekahkan pada suaminya yang sudah berbaring di sebelah.
“Kenapa Qila tak tidur lagi? Nak abang ambik apa-apa ke?” soal suaminya.
Seram sejuk pulak Tengku Aqilah jadinya dengan perubahan mendadak bahasa suaminya itu.
“Emm, pasal panggilan tu, boleh tak saya panggil bila dah sedia nanti. Bagi saya practice lidah saya dulu ya?” Perlahan Tengku Aqilah menuturkannya.
Tengku Ryan Ameer sudah tersenyum mendengarnya, dia sempat lagi membetulkan bantal kepalanya.
“Abang tak paska dan tak suruh pun Qila panggil. Abang tak kisah, panggilah apa yang Qila nak panggil, abang aje yang rasa selesa nak sebut begitu. Cuma satu aje yang abang nak Qila tahu, abang akan terus menunggu sampai hati Qila terbuka untuk abang. Abang akan tunggu walau sampai seribu tahun sekali pun. Dahlah tidur, hari dah lewat ni,” bisik Tengku Ryan Ameer lembut sebelum dia melelapkan mata.
Emm, ayat jiwanglah pulak. Ya sangatlah tu, sanggup tunggu sampai seribu tahun. Masa tu aku dah tinggal tengkorak aje. Sempat lagi Tengku Aqilah mengomel dalam hati. Tak romantic langsunglah perempuan ni. Tanpa berlengah dia terus menyelubung dirinya. Hai ingatkan dah boleh terima, rupanya takut-takut berani…



follow admya di facebook

Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...