Ep 25 Lafazkan Kalimah Cintamu





Kak Kembong sudah menggaru-garu kepalanya mendengar rancangan adik angkatnya itu. Suara Tengku Aqilah sudah begitu serak sekali kedengaran.
Klip rambut gambar ‘love’ sebesar penumbuk itu yang terlekap di tengah kepala dipegang perlahan. Hadiah dari Tengku Aqilah sempena hari jadinya yang ke ehem… ehemm tahun. Biasalah perempuan, umur sentiasa menjadi rahsia.
Tuti yang turut dilantik menjadi ahli jawatan kuasanya, sudah kembang-kempis hidungnya cuba memahami cerita anak majikannya itu.
“So, macam mana Kak Bong? Okey tak idea tu?” tanya Tengku Aqilah selepas kurang 10 minit sesi penerangan dibuat dalam keadaan yang berselubung. Jelas wajahnya menahan kesejukan.
“Okey tu, okey tapi aku ni nampak aje sebenarnya keras Qila, tapi dalaman aku ayu-ayu manja macam tu. Memanglah aku ni pun biasa menipu tapi ada golongan tertentu saja yang aku sanggup buat. Itu pun tipu-tipu lemah gemalai aje, tak adalah macam penyangak betul-betul.
Tapi dengan orang tua-tua, aku tak sanggup nak menipulah Qila. Kau nak suruh aku tipu Pak Engku tu? Bagaikan terkunci mulut aku untuk berkata-kata. Bab-bab nak menipu ni suruh ajelah Si Tut, aku ni kira macam penanggah sudahlah.” Kak Kembong masih sukar untuk memberikan persetujuaannya.
Tuti sudah terperanjat mendengarnya.
“Kok Tuti disuruh berbohong! Mau bohongi siapa sih? Tuti ngakk ngerti ceritanya?” Tuti pula menyoal dengan bendulnya.
Tengku Aqilah terus menekan kepalanya yang semakin berdenyut dirasakannya. Kak Kembong yang duduk di sebelah Tengku Aqilah sudah membeliakkan matanya.
“Ngak ngerti, ngak ngerut! Aku tengok terlopong mulut kau mendengar cerita Si Qila tu apa bendanya? Kau ni kan Tut, isyh…” marah Kak Kembong.
Tuti yang duduk di atas permaidani sudah menarik mukanya.
“Dengarnya dengar, tapi pengertiannya itu yang kurang. Cik Qila, ngapa sih perlu bohong-bohongan, bilangan yang benar saja dong…”
Tengku Aqilah sudah mengeluh.
Kak Kembong pula bolehkan menyokong. “Yalah Qila, tak payah tipu-tipulah. Cerita aje yang betul. Aku percaya Pak Engku faham punya.”
Tengku Aqilah sudah mengangkat kedua-dua belah tangannya.
“Okey… okey kita pendekkan story, tugas Kak Bong cuma perlu pergi beritahu papa yang Qila deman. Itu bukan bohong okey? Kak Bong snediri tengok keadaan Qila yang dah nazak ni kan? Suruh papa call Doktor Saiful. Awak Tut, cantikkan ajelah jalan cerita, tak reti nak bercakap kau angguk sudahlah, yang selebih tu biar Qila yang buat.
Tapi tahun depan klip rambut sebesar biji saga pun belum tentu boleh dapat tau. Birthday awak bulan depan kan Tut? Saya beritahu awal-awal, hadiahnya tempe aje. Itu pun dua keeping sahaja. Okey sahabat-sahabat muslimahku, sila jalankan tugas anda.” Tengku Aqilah terus melelapkan matanya.
Kak Kembong dan Tuti sudah berpandangan sesame sendiri dengan bibir masing-masing dijuihkan. Merajuklah Si Qila tu!
Tengku Hisham yang baru selesai sembahyang Isyak itu, terperanjat bila dimaklumkan oleh Kak Kembong mengenai kesihatan Tengku Aqilah.
“Ya Allah, panas sangat ke badan dia? Macam ni Bong awak telefon Doktor Saiful ya, saya nak pergi tengok dia. Hati saya memang dah tak sedap dari pagi tadi masa tengok dia pergi kerja. Muka dia pucat, kesian anak aku.” Risau suara Tengku Hisham. Tanpa berlengah dia terus menolak kerusi rodanya menuju ke bilik anak kesayangan itu.
“Qila, pananya badan. Sabar ya nak, kejap lagi Doktor Saiful sampai…”
Tengku Aqilah membuka matanya perlahan, memang di kala ini dia betul-betul tidak larat langsung hendak mengangkat kepalanya, wajah papanya direnung sayu.
“Pa, kepala Qila sakit sangat pa. Kalau dalam waktu terdekat ni, Tuhan menjemput Qila pergi, Qila akan bawa sekali dosa yang begitu besar pa, dosa Qila pada suami. Macam mana lagi Qila nak dapatkan kemaafan Ryan pa, apa lagi Qila perlu buat pa? Qila tak akan tenang selagi tak dapat kemaafan dari Ryan pa. Kalau jadi apa-apa pada Qila papa tolong sampaikan ya pada Ryan, katakana pada dia Qila minta maaf sangat-sangat.” Lemah suara Tengku Aqilah. Air mata mengalir tanpa henti di pelupuk matanya.
Kak Kembong yang mulanya menyangka Tengku Aqilah sedang berlakon, mula merasa tidak sedap hati. Kak Kembong akui yang adik angkatnya itu memang benar-benar sakit. Cuma tadi dia meminta jasa baik Kak Kembong untuk membuka mulut pada papanya meminta Tengku Hisham agar menelefon Tengku Ryan Ameer datang ke rumah ini kerana dia begitu berharap untuk berjumpa suaminya.
Hati Tengku Aqilah begitu yakin yang Tengku Ryan Ameer pasti akan menjawab panggilan insan yang amat dihormati dan disayanginya itu. Itu sahaja niatnya, tidak ada sebarang pembohongan pun yang sebenarnya diatur. Perasaan simpati makin membuak-buak pada adik angkatnya itu. Apatah lagi bila tadi Tengku Aqilah menceritakan bagaimana dia sudah berusaha memujuk suaminya namun hampa belaka. Segala usahanya itu langsung tidak menampakkan hasilnya.
Pada Tengku Aqilah hanya ini sahaja caranya. Memang tadi dia boleh mengikut Farhana dan Azrul Botak pergi berjumpa suaminya tapi hati Tengku Aqilah berat mengatakan, kehadirannya sama sekali tidak akan dialu-alukan oleh suaminya itu dan tidak mustahil selepas ini mungkin Tengku Ryan Ameer akan betul-betul pergi jauh dari dirinya. Tengku Aqilah tidak sanggup kehilangan suaminya kerana itu dia percaya hanya papanya yang boleh membantunya di saat ini, insya-Allah dengan izin yang Maha Esa.
Memang di depan semua orang dia menunjukkan sifat gila-gila dan ceria namun dalamannya hanya Allah yang tahu betapa teruknya tekanan jiwa yang ditanggung dan mala mini sudah tidak mampu untuk bertahan lagi dan inilah kesudahannya, terkaku di atas katil. Tubuh Tengku Aqilah akhirnya mengalah jua.
“Engku, kanapa tak Engku telefon aje Ku Ryan? Suruh dia datang sekejap jumpa Qila. Kesian pulak tengok Si Qila ni, merana betul jiwa dia. Buatlah sesuatu Engku, nanti takut jadi apa-apa pada Si Qila. Masa tu menyesal pun tak guna.” Kak Kembong yang sedari tadi mendiamkan diri akhirnya bersuara.
Tengku Aqilah membuka matanya perlahan. Redup matanya memandang kakak angkatnya, perlahan-lahan matanya dikelip sebagai ucapan terima kasih. Makin sebak hati Kak Kembong dibuatnya. Kak Kembong terus berlalu dari bilik itu, manakala Tengku Hisham masih lagi merenung lantai. Dia seperti sedang memikirkan cadangan pembantunya itu. Tangan kanan anaknya yang sejuk itu masih erat dalam genggamannya.
Sebaik Doktor Saiful balik, Kak Kembong terus masuk semula ke bilik Tengku Aqilah membawa semangkuk bubur. Menurut kata Tengku Hisham, Doktor Saiful memberitahu gara-gara suhu badan yang terlampau panas tekak Tengku Aqilah telah dengan teruk. Sebab itu majikannya itu meminta dia memasakkan sahaja bubur buat anaknya. Tengku Hisham masih setia di sebelah Tengku Aqilah.
“Qila, bangun nak. Kak Bong bawak bubur ni. Makan sikit nak, Qila tak makan lagi dari balik tadi, bangun nak…”
Susah sungguh Tengku Aqilah hendak membuka matanya. Berkerut wajahnya setiap kali hendak menelan air liur. Tengku Hisham sudah menyuakan sudu di bibir anaknya namun Tengku Aqilah terus menggeleng.
“Tak nak pa, Qila tak larat nak telan. Kak Bong tolong check phone Qila, manalah tau suami Qula ada call ke atau SMS ke masa Qila tertidur tadi.” Lemah suara Tengku Aqilah.
Kak Kembong dengan raut wajah serba salah pergi memeriksa telefon bimbit Tengku Aqilah yang diletak di atas meja solek. Bibirnya diketap, wajah Tengku Hisham dipandang dan Tengku Hisham fakan akan maksud pandangan itu.
Tengku Hisham mengusap lembut tangan anaknya.
“Qila rehat ya nak. Papa keluar sekejap, nanti papa datang balik. Anak papa kuat kan? Papa tahu anak papa kuat.” Sebelum dia menolak kerusi rodanya sempat lagi Tengku Hisham mengelap pelupuk matanya.
“Bong, temankan Qila ya?”
Kak Kembong hanya mengangguk.
Tengku Hisham sudah menghilang di sebalik pintu lalu dia masuk ke dalam biliknya. Telefon bimbit di atas meja bacaannya diambil. Wajah pucat anak bongsunya terlayar di ruagan mata. Jika tidak kerana anaknya yang sakit secara mendadak Tengku Hisham sama sekali tidak langsung terfikir hendak menganggu menantunya. Dia faham hati dan perasaan Tengku Ryan Ameer di kala ini.
Jika dia berada di tempat menantunya, tidak mustahil dia juga akan mengambil tindakan yang sama, kerana itu berkali-kali dia telah menasihatkan Tengku Aqilah agar jangan mencari ataupun mengganggu ketenangan Tengku Ryan Ameer dalam masa terdekat ini. Namun maklumat yang diberitahu oleh Kembong tadi, jelas yang anak bongsunya itu tetap berdegil dan inilah akibatnya sekarang. Tengku Aqilah mengalami tekanan jiwa hingga menjejaskan kesihatannya.
Malahan tadi juga Doktor Saiful ada memberitahunya, deman panas Tengku Aqilah agak sukar untuk dipulihkan sepenuhnya jika jiwanya terus-terusan tertekan. Namun, Tengku Hisham tidak pula menyalahkan anaknya seratus peratus kerana ingkar dengan nasihatnya. Tengku Hisham faham, selagi Tengku Aqilah tidak mendapat kemaafan suaminya dia akan terus diburu rasa dosa dan bersalah yang teramat sangat.
Akhirnya, nombor telefon Tengku Ryan Ameer didail. Lama dia menanti hingga tlaian termati sendiri. Tengku Hisham terus memejamkan matanya. Jika Tengku Ryan Ameer juga ingin menjauhkan diri dari dirinya, bagaimana lagi cara untuk dia membantu memulihkan semula anaknya. Jelas kerisauan di wajah tuanya. Tengku Hisham mencuba lagi, namun masih tiada sebarang jawapan.
“Ya Allah, tolonglah aku Ya Allah. Kau kuatkanlah anak aku. Janganlah terjadi perkara yang buruk pada dirinya, dia masih muda Ya Allah. Dia tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa Ya Allah. Dia hanya terlalu mengikut perasaannya. Kau Maha Mengetahui akan segalanya, bantulah hamba-Mu, Ya Allah…”
Begitu sekali dalamnya kasih seorang bapa. Mulut Tengku Hisham tidak berhenti mendoakan kesejahteraan anaknya.
Tengku Ryan Ameer yang baru selesai solat Isyak terus turun ke ruang tamu bawah untuk menonton televisyen. Tadi Azrul Botak dan Farhana ada datang ke rumahnya atas urusan kerja. Pada mulanya dia agak terkejut juga melihat kehadiran Farhana itu, kerana sangkanya Tengku Aqilah akan ikut serta, namun sangkaannya meleset sama sekali bila mendapati Tengku Aqilah tidak ada bersama mereka.
Menurut kata Farhana, Tengku Aqilah sudah mengetahui cerita yang sebenarnya tapi dia tidak mahu turut serta atas factor kesihatan yang tidak mengizinkan. Farhana memberitahu isterinya itu mengadu sakit kepala dan ingin segera pulang ke rumah.
Entah mengapa, hatinya menjadi risau tiba-tiba, tapi mengapa dia perlu risau sedangkan selama 30 hari ini, kesetiaan isterinya yang sanggup berpanas dan berhujan di depan pintu pagar rumahnay semata-mata hendak menunggu kepulangannya, tidak langsung menyentuh hati lelakinya itu.
Tengku Ryan Amer melepaskan nafasnya perlahan. Akhirnya dia membuat kesimpulan, Tengku Aqilah masih lagi berada di bawah tanggungjawabnya dan jika Tengku Aqilah sakit sebagai suami dia perlu mengambi tahu.
Perlahan dia melabuhkan punggungnya di atas sofa, telefon bimbitnya di atas meja diambil. Pelik juga bila malam ini dia tidak mendapat SMS ataupun panggilan dari isterinya seperti selalu.
Telefon bimbitnya diperiksa, mungkin Tengku Aqilah ada menelefon atau menghantar SMS tadi cuma dia yang tidak mendengarnya kerana berada di tingkat atas. Memang benar tekaannya ada ‘missed call’ sebentar tadi. Tengku Ryan Ameer terus memeriksa nama pemanggilnya, namun wajahnya terus berubah bila melihat nama bapa mentuanya yang tertera. Perasaan risau terus menyerbu, tanpa bertangguh dia terus mendail nombor itu.
Tengku Hisham yang baru bercadang hendak meninggalkan biliknya terus berpusing mendapatkan telefonnya yang berbunyi. Rasa kesyukuran terus dipanjatkan pada Yang Maha Esa. Bila dia melihat nama pemanggilnya, terus dia menjawab dan sempat dia memberi salam, Tengku Ryan Ameer mendahuluinya.
“Assalammualaikum pa… Papa sihat? Maaf pa tadi Ryan ada kat tingkat atas itu yang tak dengar papa call.” Sopan Tengku Ryan Ameer mengatur bicara.
Senyuman sudah terukir di bibir Tengku Hisham.
“Waalaikummusalam nak. Papa sihat Alhamdulillah. Ryan macam mana sihat ke?” soal Tengku Hisham seperti biasa dengan sikap kebapaannya.
Tengku Ryan Ameer terus menjawab, “Alhamdulillah sihat pa…”
Talian senyap seketika. Tengku Hisham sedang mengumpul semangatnya. Nafasnya ditarik dalam-dalam, akhirnya dia meneruskan bicara.
“Ryan, papa mintak maaf kalau papa dah gnaggu privacy Ryan waktu ni. Papa tahu Ryan kalau boleh tidak mahu diganggu, papa faham tu nak, papa faham. Tapi malam ni papa terpaksa telefon Ryan jugak, papa dah tak ada siapa-siapa lagi dalam hidup papa Ryan, Natasha dah pilih jalan hidup dia sendiri, papa ni dah tak ada langsung dalam hati dia. Sekarang yang papa ada hanya Aqilah…”
Belum sempat Tengku Hisham mengatur ayat seterusnya, Tengku Ryan Ameer terus memotong. “Pa, Ryan minta maaf. Ryan tak niat nak berkurang ajar dengan papa tapi kalau papa mintak untuk Ryan terima Qila dalam waktu terdekat ni, Ryan betul-betul minta maaf, Ryan tak boleh pa. Hati ni masih belum boleh menerimanya pa…” Lembut suara Tengku Ryan Ameer.
Tengku Hisham sudah memejamkan matanya, kepalanya dianggukkan.
“Papa tahu Ryan, papa tahu… dan papa telefon ni bukan papa nak mintak Ryan kembali pada Qila. Papa cuma nak mintak belas ehsan Ryan untuk berjumpa Qila, sekejap pun jadilah nak. Beri dia peluang untuk meminta maaf pada suaminya dan kalau tak keterlaluan permintaan papa ni, maafkanlah dia nak, papa rayu pada Ryan, maafkan dia nak. Kesian papa tengok dia Ryan.
Sebenarnya apa jua yang berlaku pada anak-anak papa, atas kegagalan papa mendidik mereka. Natasha terlalu dimanjakan sempaikan dia sudah tidak tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Aqilah, 23 tahun dia mendidik dirinya sendiri, dia tidak tahu makna kasih sayang seorang papa sebelum ini, dia membesar sendiri Ryan, sebab tu bila dia berhadapan masalah yang melibatkan hati dan perasaan dia tidak mampu untuk mengawal dirinya, dia menjadi begitu emosi.
Dia tiba-tiba jadi hilang arah untuk menilai yang mana kaca yang mana permata. Dia masih naïf dalam perkara macam ni, tapi sekurang-kurangnya dia mengakui kesilapannya. Dia benar-benar menyesal atas sikap buruknya pada Ryan. Dia benar-benar mengharapkan kemaafan Ryan, kemaafan suaminya…”
Tengku Hisham sempat menarik nafasnya sebelum menyambung lagi.
“Qila sakit Ryan, dia sakit… Dia yang minta papa sampaikan kemaafan ini pada Ryan. Dia takut jika apa-apa terjadi pada dirinya, dia tak nak berjumpa dengan Tuhan sebagai seorang isteri derhaka. Kalau Ryan tak nak tengok muka dia lagi, papa rayu sekali lagi Ryan, katakanlah yang Ryan dah maafkan dia, agar papa boleh sampaikan pada dia nanti. Lepas tu Ryan lepaskanlah Aqilah dengan cara yang baik ya nak?”
Tengku Ryan Amer agak tersentak mendengar pengakhiran ayat yang diucapkan oleh bapa mentuanya. Tengku Hisham sudah teresak, dia begitu sebak ketika ini. Rasa simpatinya pada Tengku Aqilah begitu melimpah ruah, anak bongsunya itu baru hendak merasai nikmat kebahagiaan namum dalam sekelip mata direntap begitu sahaja oleh perbuatan tak berperikemanusiaan darah dagingnya sendiri.
“Maafkan papa Qila… Maafkan papa nak, sebab mengabaikan diri Qila selama ini…”
Tengku Ryan Ameer dapat mendengar, suara Tengku Hisham yang terus-terusan menyalahkan diri sendiri.
“Pa, papa ingat Allah pa… Sabar banyak-banyak. Insya-Allah Ryan yakin tak ada apa-apa yang akan berlaku pada Qila. Papa sampaikan pada dia Ryan dah maafkan segala kesalahan dia, katakana padanya dia tak ada apa-apa dosa dengan Ryan.” Lembut Tengku Ryan Ameer menuturkannya.
Tengku Hisham mengelap air matanya, bibirnya diketap. “Terima kasih nak, terima kasih… Papa nak pergi jenguk QIla, nanti papa sampaikan pada dia, Assalammualaikum…” Selesai memberi salam Tengku Hisham terus mematikan talian.
Tengku Ryan Ameer meraup wajahnya. Dia tidak sangka pula Tengku Aqilah tertekan sehingga sebegitu sekali.
Adakah kata kemaafan yang baru diucapkan pada bapa mentuanya tadi benar-benar ikhlas lahir dari lubuk hatinya?
Tengku Ryan Ameer mengangguk-angguk perlahan. Ya dia memang ikhlas memaafkan isterinya, dari hari Tengku Aqilah tercegat di depan pintu pagarnya lagi, hatinya sudah memaafkan isterinya itu. Cuma masalahnya kata-kata isterinya tempoh hari telah menawarkan sedikit demi sedikit rasa kasihnya. Kerana itu dia memerlukan masa untuk menilai kembali hati dan perasaannya pada isterinya itu.
Dan adakah kasihnya masih sedalam dulu?
Tengku Ryan Ameer muncul di muka pintu di kala Kak Kembong baru hendak menelefon ambulans.
“Kenapa Kak Bong, nampak cemas semacam aje?”
Terkejut badak sumbu Kak Kembong dibuatnya, bila Tengku Ryan Ameer tiba-tiba menegurnya. Dadanya diusap berkali-kali.
“Ya Allah, Ku Ryan rupanya. Isyh… isyh… jangan buat selalu-selalu macam ni. Jalan aku nanti ke tanah perkuburan Ku Ryan. Ehh… macam mana masuknya, panjat pagar ke?” Sempat lagi Kak Kembong menggalas sikap kewartawannya di saat-saat genting begini.
“Saya memang penghuni rumah ni Kak Bong, bukannya saya pergi 5 tahun. Semua kunci saya ada. Kenapa Kak Bong nak telefon ambulans pulak? Qila terus sangat ke?” Suara Tengku Ryan Ameer mula cemas.
Kak Kembong sudah mengangkat sedikit keningnya. Risau jugak pasal bini dia ya. Ada harapan berbaik ni, detik Kak Kembong dalam hati. Apalah Kak Bong ni dia pulak yang lebih-lebih.
“Sepatutnya tak adalah teruk sangat, tapi sebab dia tak nak makan tu yang badan dia jadi makin lemah. Sebab tu Engku suruh telefon ambulans nak bawak pergi hospital, dah tak ada pilihan kena masuk air ajelah…”
Belum sempat Kak Kembong meletakkan noktah pada ayatnya, Tengku Ryan Ameer sudah berlari naik ke atas, terus pintu bilik isterinya dibuka.
Sebaik melangkah masuk dia melihat Tengku Hisham yang sedang berbisik di telinga Tengku Aqilah sudah menangis teresak-esak. Pantas dia memegang bahu bapa mentuanya. Tengku Hisham terus mengangkat mukanya, dia bagaikan tidak percaya melihat Tengku Ryan Ameer sudah pun berada dalam bilik anaknya itu. Tengku Ryan Ameer sempat lagi mencium tangan papa mentuanya sebelum dia melabuhkan punggungnya di sebelah Tengku Aqilah yang masih lagi terpejam rapat matanya. Bibirnya nampak pucak, wajahnya begitu lesu sekali.
Tengku Ryan Ameer meraba dahi isterinya.
“Panas pa…” Cemas suaranya.
Tengku Hisham mengangguk.
“Tu yang papa risau. Tadi Doktor Saiful dah beri suntikan, patutnya sekarang ni dia dah mula kebah. Tadi lepas papa sampaikan yang Ryan dah maafkan dia, dia cuma senyum lepas tu dia dah tak nak buka mata dia lagi. Setitis air pun tak masuk lagi ke mulut dia. Manalah dia tak jadi lemah macam ni.
Masa Ryan masuk tadi papa tengah pujuk dia makan, sikit pun jadilah. Dia cuma cakap sekarang ni dia dah tenang dan dia dah sedia nak pergi berjumpa arwah mama dia. Papa tak sangka sampai jadi macam ni sekali, bawak dia pergi hospital ajelah Ryan,” ujar Tengku Hisham dalam esakan.
Tengku Ryan Ameer merapatkan bibirnya pada telinga isterinya.
“Sayang, ni abang, buka mata sayang, buka mata…” Sayu suara Tengku Ryan Ameer.
“Qila, buka mata nak, Ryan dah datang. Suami Qila dah datang. Buka mata nak,” pujuk Tengku Hisham pula.
Tengku Aqilah yang masih dalam keadaan separuh sedar itu membuka matanya perlahan-lahan, bibirnya sudah terketar. Lama dia merenung wajah suaminya. Akhirnya dengan tangan yang sedikit menggigil dia meraba pipi suaminya perlahan.

Tengku Ryan Ameer dapat merasakan betapa sejuknya tangan itu. Terus dia menggeggamnya. Tangan isterinya dicium berkali-kali.
“Abang dah maafkan Qila ke?” Begitu lemah suara Tengku Aqilah.
Tengku Ryan Ameer mengangguk-angguk.
“Ya, abang dah maafkan Qila. Abang dah maafkan Qila sayang. Qila makan ya?” Lembut Tengku Ryan Ameer memujuk isterinya.
Air mata mengalir perlahan dari pelupuk mata Tengku Aqilah. “Abang janji jangan tinggalkan Qila lagi. Abang janji ya?” pinta Tengku Aqilah dengan matanya redup memandang wajah suaminya.
“Abang janji, tapi Qila juga kena janji untuk dengar cakap abang,” balas suaminya lembut.
Tengku Aqilah mengangguk perlahan.
“Sekarang abang nak Qila buka mulut, makan bubur ni sayang.”
Tengku Ryan Ameer sudah menyuakan sudu pada mulut isterinya. Demi kasih pada suaminya Tengku Aqilah menggagahkan juga untuk menghabiskan bubur yang disuap oleh suaminya itu. Bibirnya yang pucat itu kini tidak lekang dengan senyuman. Papanya di sebelah dipandang sayang.
“Terima kasih pa, terima kasih…” Perlahan Tengku Aqilah menuturkannya.
Tengku Hisham mengusap-ngusap lembut tangan anaknya. Dalam masa yang sama dia sudah memandang menantunya dengan pandangan yang mengungkapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga. Tengku Ryan Ameer hanya mengangguk perlahan.
Syukur Alhamdulillah dengan jagaan sepenuhnya dari suami tercinta, Tengku Aqilah kini pulih kembali. Wajahnya sudah kembali ceria. Pagi-pagi lagi dia sudah bersiap. Suaminya yang baru keluar dari bilik air itu dipandang kasih. Tengku Ryan Ameer sedikit pelik melihat isterinya yang sudah bersiap pag-pagi buta hendak pergi bekerja.
“Dah sihat ke nak pergi kerja ni?” soal suaminya.
Tengku Ryan Ameer yang sedang menyarung kemeja itu terhenti bila Tengku Aqilah sudah mendakapnya erat.
“Qila sayang abang, kalau boleh Qila nak abang sentiasa ada di sisi Qila setiap saat, sebab tu Qila tak sabar-sabar nak pergi kerja supaya Qila akan sentiasa dekat dengan abang. Kalau Qila terus duduk di rumah abang tahu tak, Qila rasa jarum jam ni lambat sangat bergerak nak tunggu abang balik.” Manja suara Tengku Aqilah.
Wajahnya diangkat bila dia tidak mendengar sebarang komen dari suaminya dan yang paling dia terasa bila suaminya tidak membalas kembali pelukannya. Sebaliknya Tengku Ryan Ameer sudah merengangkan pelukan isterinya bagi membolehkan dia memakai baju.
Namun, Tengku Aqilah cepat-cepat memujuk hatinya, mungkin suaminya agak penat kebelakangan ini. Maklumlah selama sebulan dia menghilangkan diri, fail-fail di atas mejanya sudah membukit, sekali pandang dah macam banjaran Titiwangsa sahaja.
Tengku Hisham sudah menunggu di meja makan.
“Assalammualaikum pa…” Tengku Aqilah memberi salam, pipi papaya dicium.
Tengku Ryan Ameer hanya tersenyum pada bapa mentuanya.
“Waalaikummusalam, Qila betul ke dah okey, nak pergi ofis ni?” soal Tengku Hisham.
Tengku Aqilah yang sedang menuang air Milo ke dalam cawan suaminya, tersenyum ceria, “Okey dah pa. Kesian abang kena buat kerja sorang-sorang kat ofis tu kan bang kan?”
Tengku Ryan Ameer hanya tersenyum hambar. Wajahnya tidak ceria seperti selalu. Tengku Aqilah perasan yang papanya sudah mengerling sekilas pada suaminya itu. Tengku Aqilah pantas menukar topik.
“Papa tahu tak, pagi Ni Qila goreng mi. Sedap tak pa? Laa… yang abang abang roti aje tu buat apa? Makanlah mi ni bang, penat tau Qila bangun pagi-pagi buta.”
Tengku Hisham yang sedang merasa mi goreng itu sudah mengangguk.
“Not bad, tak sangka anak papa ni dah pandai masak ya. Nanti dah tinggal sendiri tak adalah Ryan nak kena makan Maggi lagi,” usik Tengku Hisham.
Tengku Ryan Ameer hanya membalas dengan senyuman sahaja. Pantas dia menolak mi yang hendak diletakkan Tengku Aqilah ke dalam pinggannya.
“Tak apa, tak apa, abang tak nak makan berat pagi-pagi, thanks.”
Tengku Hisham dapat melihat riak kekecewaan di wajah anaknya. Namun Tengku Ryan Ameer tidak pula mempedulikannya.
“So, Ryan kena pergi ofis sekarang pa. Qila nak ikut sekali kea tau nak pergi lambat sikit?”
Tengku Aqilah sudah tersenyum.
“Of courselah Qila nak ikut. Habis tu dah siap macam ni tak akan nak buat catwalk depan papa kot.”
Namunn gurauan isterinya itu tidak langsung mencuit hatinya. Tengku Ryan Ameer terus bangun. Tangan bapa mentuanya dicium dan terus dia berlalu pergi. Tengku Aqilah terus mencium pipi papanya dengan wajah yang sehabis ceria.
“Sorry pa, Ryan ada problem agaknya. Tu yang moody semacam.”
Tengku Hisham hanya tersenyum mendengar.
Tengku Aqilah mengetuk pintu bilik suaminya, namun hatinya terusik kembali bila Tengku Ryan Ameer tidak langsung memandang wajahnya. Matanya difokuskan pada fail di atas meja dengan begitu tekun sekali. Tengku Aqilah berdehem sedikit.
“Ehem… bang, air Horlick,” pelawanya.
Tengku Ryan Ameer terus mengangkat wajahnya.
“Mana Kak Wan, kenapa Qila yang buat?” Serius sahaja suaranya.
Tengku Aqilah masih tidak lokek mengukirkan senyuman pada suaminya.
“Qila dah beritahu Kak Wan mulai hari ni, Qila akan sediakan air abang. Abangkan selalu cakap air Horlick yang Qila bancuh sedap. Lagipun menambahkan lagi pahala membuat air untuk suami apalah salahnya,” ujar Tengku Aqilah manja.
Tengku Ryan Ameer tidak membalas. Dia kembali memfokuskan pada kerjanya. Tengku Aqilah agak terperanjat melihatnya namun dia cuba menyedapkan hatinya dengan teori yang sama. Suaminya begitu tertekan dengan kerja yang terlalu banyak.
“Bang, kalau abang rasa ada mana-mana fail yang Qila boleh tolong buatkan, abang bagilah Qila separuh. Qila puh dah lama rehat kat rumah. Tenaga baru caj aje, tak ada masalah nak buat kerja banyak pun,” Tengku Aqilah menawarkan dirinya untuk membantu.
Tengku Ryan Ameer hanya menggeleng.
“Tak apa, abang boleh buat lagi. Qila pergilah buat kerja.” Mendatar sahaja suara suaminya. Dia hanya memandang isterinya sekilas sebelum menyambung semula kerjanya.
Tengku Aqilah terus melangkah keluar dari bilik suaminya dengan hati yang sedikit terluka.
Tengku Aqilah sendiri begitu sibut dengan kerjanya, sedar-sedar jam sudah menunjukkan pukul 1.30 petang. Dahinya ditepuk, baru dia teringat yang Farhana bercuti hari ini sebab itu sahabatnya itu tidak masuk ke dalam biliknya mengajak makan tengah hari bersama. Satu keluhan dilepaskan, pantas dia menutup komputer ribanya.
Tengku Aqilah terus keluar dari bilik, namun semasa melintasi bilik suaminya langkah Tengku Aqilah terhenti. Dia membuka pintu bilik suaminya, memang tepat tekaannya suaminya itu masih lagi sibuk dengan kerjanya, terus dia menghampiri suaminya.
“Bang, dah lunch hour ni. Berhentilah dulu, kita pergi makan jom.” Tengku Aqilah sudah memegang tangan suaminya namun sepantas itu juga Tengku Ryan Ameer menarik kembali. Berubah wajah Tengku Aqilah jadinya.
“Qila, pergilah makan. Abang nak siapkan sikit lagi kerja ni. Nanti bila lapar abang pergi makan sendiri.”
Tengku Aqilah terus menggeleng, pelik juga dia dengan manusia yang kategori bekerja tahap melampau ini.
“Okeylah, Qila pergi makan dulu, nanti Qila belikan abang makanan ya?”
Melihat Tengku Ryan Ameer yang masih leka menaip itu Tengku Aqilah terus mengatur langkah keluar dari bilik suaminya dengan wajah yang sedikit tegang dan Tengku Ryan Ameer perasan akan perubahan wajah isterinya itu.
Apalah masalah Si Ryan ni? Tak ada angin, tak ada rebut, tiba-tiba berubah. Ingatkan dah berbaik hari tu, macam panjang saja lagi ceritanya…
Tengku Aqilah sudah menggeliat di atas kerusinya. Badannya sudah terasa letih, terus dia bangun menuju ke pantry dan sebaik pintu ditolak. Dia begitu terkejut melihat Kak Wan sedang menjamu selera di kala jaarum jam tepat menunjukkan pukul 6.30 petang.
“Lambat makan Kak Wan? Tak balik lagi?” Ramah Tengku Aqilah bertanya sambil membasuh mugnya di singki.
Kak Wan sudah tersengih sambil mengunyah udang galah. Tengku Aqilah menjengukkan sedikit wajahnya melihat makanan di dalam bekas polisterine itu.
“Hujan kat luar tu. Suami Kak Wan ni ada motor aje. Dah hujan macam ni terpaksalah berteduh kat mana-mana dulu. Lagipun esok kan hari Sabtu tak kerja, tak apalah sampai rumah lambat sikit pun. Tadi Kak Wan kemas bilik Ku Ryan dapat rezeki, dia bagi Kak Wan makanan ni. Dia kata dia tak lalu nak makan,” terang Kak Wan bersahaja.
Tengku Aqilah sebaik mungkin cuba mengawal riak wajahnya, dalam waktu yang sama dia bolehkan terpandang air Horlick di tepi meja.
“Air Horlick siapa tu?” Walaupun Tengku Aqilah sudah dapat mengagak tapi dia inginkan jua kepastian.
Kak Wan yang tidak memahami situasi yang berlaki terus menjawab seikhlasnya.
“Air kat bilik Ku Ryanlah. Sibuk betul sampai air pun tak sempat minum. Dah petang macam ni, kena buanglah takut basi.”
Tengku Aqilah tidak bersuara, dia hanya melemparkan senyuman sebelum melangkah keluar. Di kala ini hatinya hanya Allah sahaja yang tahu. Rasa kecewa dan sedih datang silih berganti.
Tengku Ryan Ameer menutup lampu biliknya. Dia sempat lagi menjenguk bilik isterinya yang sudah gelap, dia pasti isterinya sudah pulang. Tengku Ryan Ameer yakin isterinya terasa hati atas kedinginannya seharian ini. Entahlah dengan kerjanya yang bertimbun ini dia malas hendak memeningkan kepalan.
Buat masa ini dia tidak mahu memikirkan masalah yang lain. Kepalanya hanya ingin difokuskan pada kerja sahaja. Sebaik dia tiba di tempat parkir kereta, Tengku Ryan Ameer begitu terperanjat bila dia melihat Tengku Aqilah sedang menyandar di keretanya. Wajah isterinya itu tampak begitu tenang sekali, tidak ada tanda-tanda marah atau tidak puas hati.
Tengku Aqilah terus tersenyum sebaik terpandangkan suaminya.
“Hai sayang, tahu jugak suami Qila itu berhenti buat kerja ya. Qila ingatkan tadi Qila kena tidur aje kat tempat parking kereta ni.”
“Abang ingatkan Qila dah balik.” Tengku Ryan Ameer meringankan juga mulutnya berbicara.
“Ada pulak nak balik. Habis tu abang macam mana? Abang nak berhenti makan kat mana-mana ke? Qila tahu abang mesti lapar kan? Tadi makanan yang Qila beli pun abang tak sempat nak usik. Abang ni kenapalah kerja sampai macam tu sekali? Nanti sakitkan susah.” Lembut Tengku Aqilah bersuara.
Tengku Ryan Ameer masih memfokuskan matanya di jalan raya.
“Kalau sakit pun selama ni, kena jaga sendiri so tak ada beza pun kalau sakit sekarang.”
Tengku Aqilah sudah menoleh pada suaminya.
“Abang masih marahkan Qila ke? Qila betul-betul menyesal atas segala perbuatan Qila pada abang. Qila minta maaf ya bang. Qila janji, Qila tak akan buat lagi perangai macam tu.”
Tengku Ryan Ameer hanya membisu. Sebelah tangannya mengurut-ngurut tengkuknya. Lenguh barangkali gara-gara terlebih bekerja. Tengku Aqilah terus membantu memicit tengkuk suaminya.
“Kesian suami Qila ni. Nanti kat rumah Qila urut abang ya?”
Tengku Ryan Ameer menarik sedikit keningnya.
“Ah, dah sampai,” ujarnya.
Tengku Aqilah sudah mengerutkan keningnya.
“Kenapa tak bawak masuk kereta?” soalnya.
“Ohh… abang sebenarnya ada dinner dengan client. Abang dah lambat ni. Qila masuklah dulu,” jelas Tengku Ryan Ameer.
Tengku Aqilah merenung suaminya seketika. Perlahan nafasnya dihela.
“Jaga diri baik-baik ya bang…” Sempat lagi tangan suaminya dicium sebelum dia keluar dari kereta itu.
Dalam sekelip mata kereta Lamborghini milik suaminya telah hilang dalam kegelapan malam. Semasa mengatur langkah masuk ke dalam rumah, Tengku Aqilah terus-terusan memujuk hatinya agar jangan berprasangka buruk. Namun hatinya tetap berdegil, hatinya tetap mengatakan yang suaminya hanya mereka cerita semata-mata ingin menjauhkan diri darinya.
Berprasangka baiklah duhai hati, pujuknya lagi.
Tengku Aqilah resah. Dia mengerling jama di dinding, sudah pukul 11.30 malam namun Tengku Ryan Ameer masih lagi belum pulang. Tengku Aqilah diburu kerisauan. Dengan kepenatan suaminya bekerja siang tadi dia khuatir jika perkara yang tidak diingini berlaku pada suaminya terutama semasa sedang memandu kereta. Tengku Aqilah sudah mundar-mandir di balkoni biliknya. Akhirnya dia terus mengambil telefon bimbitnya, nombor suaminya didail, agak lama juga baru talian dijawab.
“Assalammualaikum, abang kat mana ni? Qila risaulah bang…” Jelas cemas suara Tengku Aqilah.
Tengku Ryan Ameer yang baru hendak melelapkan mata menjawab lemah.
“Waalaikummusalam, abang kat rumah. Kebetualn rumah abang yang paling dekat dengan hotel tu, abang pun balik terus sini. Badan terlampau penat, tak larat lagi nak drive,” jelas suaminya.
Tengku Aqilah tersenyum senang.
“Tak apalah kalau macam tu. Abang tidurlah. Qila tak nak ganggu. Selamat malam sayang…” Terus Tengku Aqilah menamatkan perbualan.
Tengku Ryan Ameer terus melelapkan matanya, namun tidak sampai 5 minit telefon bimbitnya berbunyi tanda ada SMS masuk, dia sudah mengeluh. SMS itu dibaca.
Sayang, ikutkan hati, Qila nak terbang malam ni jugak dapatkan abang Sunyinya bila abang tak ada di sisi. Qila tunggu abang balik esok ya sayang. Qila sayang abang…
Lama Tengku Ryan Ameer menatap SMS isterinya itu. Nafasnya dilepaskan perlahan sebelum dia melelapkan matanya.


download ep 25





follow admya di facebook

Comments

  1. hi , kenapa ep 25 tak bole download ye .. "url signature expired" ?

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. still tak bole admin dari 1st smpai 30

      Delete
    2. kalau tak boleh tu meaning dia dah expired. mesti lambat download tu. orang lain download ok je.

      Delete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...