Ep 24 Lafazkan Kalimah Cintamu




Tengku Natasha sedang menikmati makan tengah hari bersama teman-teman kaki pembodeknya di salah sebuah hotel yang terkemuka di ibu kota. Namun selera makannya bagaikan hilang bila dia diajukan soalan oleh Sherry yang didakwanya sebagai kawan baiknya itu.

“Tasha, berapa lama pulak you nak merajuk kali ni?”
Tengku Natasha terus mencampakkan sudu di atas pinggan makan, berdenting bunyinya.
“You jangan bagi I ingat insiden tu lagi boleh tak? Sakit hati I bila teringat plan yang tak menjadi tu. I ingatkan bila I cakap macam tu perempuan tak guan tu akan lari dari rumah. Yalahkan, I ingat mesti demi kesihatan papa dia sanggup rahsiakan saja perkara tu, tapi perhitungan I silap, perempuan tu memang dasar manusia pentingkan diri!
Dia boleh bocorkan segalanya. You all tahu tak, teruk I kena marah dengan papa I tau. Kalau Ryan I dapat bayangkan betapa bencinya dia dengan I tapi yang itu I tak kisah sebab perempuan tu pun kena tempiasnya sekali. I yakin dari cara Ryan cakap hari tu dia tak akan terima budak tak guan tu!” terang Tengku Natasha, sempat lagi dia menyedut fresh orangenya.
Sherry, Marry dan Mona, tiga perempuan Melayu yang perasan nak jadi mat saleh celup itu sudah berpandangan sesama mereka dengan bahu yang diangkatkan. Tengku Natasha sudah mencebikkan bibirnya.
“Kali ni I bukan saja merajuk tapi I dah lari dari rumah yang macam neraka tu! I tak akan balik ke rumah tu selagi perempuan tak guna tu duduk dalam rumah tu. Kalau papa rindukan I dan nak I balik, dia kena halau perempuan tu dari situ! Tak apa yang penting seakrang ni I happy, I ada duit beb. Pada I, itu dah lebih dari cukup. In fact pagi tadi I dah suruh akauntan peribadi papa I, Uncle Rashid masukkan duit RM100,000 ribu dalam akaun I. Lepas ni kita pergi shopping puas-puas.” Suara Tengku Natasha sudah bertukar cerai, senyuman mula menghiasi bibirnya.
Sherry sudah menaikkan keningnya pada Marry di sebelahnya. Cara dia menjongketkan bibirnya seperti menyuruh Marry memasukkan daun atas ideanya yang telah dirancang malam tadi. Marry sempat lagi berdehem dengan senyuman yang manis, dia memandang Tengku Natasha.
“Tasha, emm… you kan selalunya tak suka shopping kat sini. Lagipun setahu I kalau you tension, you kan selalu pergi overseas. You tak nak pergi bercuti ke, kalau you perlu kawan, we all boleh temankan.”
Tengku Natasha sudah tersenyum sinis mendengarnya, namun belum sempat dia bersuara Mona pula menambahkan ramuannya.
“Yalah Tasha, tak kan you nak terperap kat kondo Si Sherry tu aje. Kita pergi Itali nak? Kita kan belum pernah ke sana lagi. Nanti you calllah Carl suruh dia join sekali,” ujar Mona dengan gediknya.
Sherry hanya tersengih mendengarnya.
“Exceuse me pembetulan bukan kondo si Sherry tapi kondo sugar daddy dia. I cakap dengan you all tau, I memang jahat tapi sejahat-jahat I, I tak semudah itu menyerahkan diri pada sesiapa. I masih jaga untuk suami I, sebab tu I dah banyak kali cakap dengan Si Sherry ni jangan gadaikan body semata-mata hendakkan harta lelaki, tapi dia degil. By the way pasal Carl tu I dah lama tak contact dan tak melayan bila dia contact I, I tak nak fikir lelaki buat masa ni. I nak enjoy puas-puas,” balas Tengku Natasha.
Sherry sudah menjuihkan bibirnya.
“You bolehlah cakap macam tu, papa you kaya, nak duit aje mintak. Macam I ni apa yang ada? Kena bagi pada parents I di kampung lagi adalah. Hanya itu aje jalan yang cepat untuk I hidup senang, tapi you tu pun tak ada baik mana pun Tasha oiii… You lupa ke yang you sanggup mengaku you dah terlanjur dengan Ryan semata-mata hendak sakitkan hati adik you. Memang you tak pernah buat tapi bila you mengaku dah buat, perbuatan you tu tak dosa ke? I tak pandai sangat pasal agama ni, I just give my opinion okay,” bidas Sherry pula.
Mencerlung mata Tengku Natasha memandang sahabat baiknya itu. Tengku Natasha tahu apa yang dia lakukan itu memang salah dan berdosa tapi tidaklah sampai seperti sahabatnya yang boleh dikatakan saban hari bergelumang dengan noda. Entahlah, bukan dia hendak menunjuk baik mahupun pandai tapi Sherry adalah rakannya semasa di sekolah menengah lagi, jadi kalau boleh dia tidak sanggup untuk melihat sahabatnya itu terus hanyut. Tapi jika Sherry masih dengan kedegilannya apa yang di aboleh lakukan lagi? Kubur masing-masing kan? Sendiri jawablah.
Pandai pun Si Tasha ni menyebut pasal kubur, bukan kubur itu berkaitan dengan mati ke? Tak kan dia tidak sedar yang dia juga akan mati satu hari nanti? Dosa orang lain dia nampak, dosa sendiri boleh tutup mata macam tu aje. Itulah namanya manusia kan?
Marry dan Mona sudah berpandangan sesame mereka. Risau juga jika makin melarut pertelingkahan ini, harapan mereka untuk bercuti di luar Negara akan musnah begitu sahaja.
Marry pantas mencelah, “Heii, you all. Dahlah tu, sekarang ni kan masa kita nak enjoy. Dah-dah, so macam mana Tasha? You setuju ke dengan idea nak ke Itali tu?” soal Marry penuh pengharapan.
Tengku Natasha pura-pura berfikir, keningnya dikerutkan dan perlahan-lahan senyuman terus terukir di bibir.
“You call travel agency yang kita selalu pergi tu, ni kad kredit I. You bagi number kat diorang,” arah Tengku Natasha dengan suara yang ceria.
Yang lain sudah menepuk-nepuk tangan gembira. Buta betul Si Tasha ni dalam memilih kawan ya…
Tanpa berlengah Marry terus mendail nombor travel agency. Tengku Natasha leka berbual dengan Sherry dan Mona. Sesekali mereka tertawa gembira. Namun kegembiraan cuma seketika bila Marry dengan muncung yang panjang sedepa, merengus pada Tengku Natasha.
“Apa ni Tasha, kerani tu kata kad kredit kau tak boleh guna. Isyh… buat malu aku ajelah,” gerutu Marry terus telefon bimbitnya diletak dengan kasar atas meja.
Tengku Natasha sudah berkerut.
“Tak kanlah, selama ni papa mana pernah tak bayar bil aku. Aku nak call bank. Saja aje diorang ni nak kena maki dengan aku,” dengus Tengku Natasha.
Terus dia mendail, lama jugak dia menunggu di talian sebelum suara seorang perempuan mengucapkan selamat tengah hari padanya.
“I nak you check apa masalah dengan kad kredit I. Tiba-tiba aje tak boleh guna ni, apa hal?” Kasar suara Tengku Natasha.
Selepas dia memberikan segala butir yang dikehendaki, Tengku Natasha begitu terkejut bila dia dimaklumkan oleh pihak bank yang kad kredit disekat kerana terdapat tunggakan yang tidak diselesaikan dan dia telah di sarankan oleh pihak bank untuk menyelesaikan tunggakn itu terlebih dahulu sebelum kad kredit boleh digunakan semula. Tanpa ucapan terima kasih terus talian dimatikan.
Tengku Natasha sudah mengetap giginya geram.
“Asyik sangat melayan Si Qila tak guna tu sampai kad kredit aku pun bolehlupa nak suruh Uncle Rashid bayar,” rengus Tengku Natasha.
“You all dah sudah makan? Jom I nak pergi ATM kat luar tu. Nak keluarkan duit, I bayar cash aje nanti.” Tengku Natasha melangkah pergi dengan wajah yang masam. Setiba di mesin ATM dia terus menekan pin nombornya dan sekali lagi bagaikan hendak gugur jantungnya bila melihat angka yang tertera di situ RM2,000 sahaja.
“Hisy… lembab betul orang tua ni. Nantilah kau, bila aku dah berbaik dengan papa, aku suruh dia pecat kau!”
Dengan hati yang mendidih dia terus menelefon akauntan peribadi papanya. Sebaik saja mendengar suara Uncle Rashid belum sempat lelaki sebaya papanya itu memberi salam, sumpah seranah Tengku Natasha yang menjadi mukadimahnya dulu.
“Uncle ni kenapa? Dah nyanyuk ke sampai jadi pelupa macam tu punya terus sekali atau dah tak reti bahasa? Kan saya dah suruh masukkan duit? Mana duit tu? Lembab? Terhegeh-hegeh buat kerja! Saya bagi masa 5 minit aje, saya tau duit tu dah dimasukkan. Kalau tak mulai esok jangan datang kerja lagi! Saya suruh papa pecat uncle…”
Belum sempat Tengku Natasha mematikan talian, Uncle Rashid pantas bersuara, “Sorry ya, Cik Tasha, sebab uncle ni dah terlebih reti bahasalah uncle tak bank inkan duit tu atas arahan Engku Sham. Anything you call Engku Sham okey.”
Terus talian dimatikan. Terlopong mulut Tengku Natasha mendengarnya. Wajahnya sudah semakin pucat, dengan jantung yang berdegup kencang dia terus mendail nombor telefon bimbit papanya namun hampa talian telefon tidak dijawab. Tengku Natasha mendail lagi, masih situasi yang sama.
Mungkin papanya tertinggal telefon bimbit di dalam bilik dan sekarang berada di ruang tamu bawah, Tengku Natasha memujuk hatinya. Terus nombor rumah didail. Lama juga dia menunggu dan pengakhirannya suara garau-garau ayu Kak Kembong bergema.
“Assalammualaikum…”
Namun dijawab kasar oleh Tengku Natasha. “Walaikummusalam, Bong panggil papa, cepat-cepat!” arah Tengku Natasha dengan teramatlah berlagaknya.
Kak Kembong saja mendengus sekuat hati di corong telefon. Mak oii… dah macam bunyi seladang betina hilang pakwe. Bingit telinga Tengku Natasha mendengarnya.
“Tak payahlah nak suruh aku panggil Engku, dia pesan kalau Natasha yang telefon cakap dia tak ada. Alaha senang cerita dia tak nak bercakap dan dengar suara kau yang tak merdu tu. Lagi satu Engku cakap beritahu Si Tasha tu berani buat berani tanggung. Belajar sikit pikul tanggungjawab. Pau kacang basi punya anak!”
Kak Kembong bagaikan dapat menangkap yang Tengku Natasha hendak menjawab terus dia menyambung lagi, “Bukan aku cakap tau Tasha. Enkgu yang cakap. Jangan telefon lagi ya, aku nak makan. Kalau kau telefon pun aku tak akan angkat. Assalammualaikum…”
Terus Kak Kembong meletak telefon. Hakikatnya Tengku Hisham hanya menyuruh dia memberitahu yang Tengku Hisham tidak mahu bercakap dengan anaknya itu tapi Kak Kembong telah mengambil kesempatan yang ada menambahkan lagi sepatah dua kata sesuka hati dia sahaja.
Tengku Natasha sudah menjerit geram, “Heiii!!”
Beberapa orang yang berada di mesin ATM sudah memandang. Perempuan gila manalah ni, mesti itu yang difikirkan oleh mereka. Dengan hati yang mendongkol geram dan rasa marah yang teramat Tengku Natasha terus mendapatkan rakan-rakan pembodeknya.
“Papa I dah tahan semua duit i. I tahu dia sengaja nak uji I aje tu. Esok mesti dia akan bank in kan duit. Papa I begitu sayangkan I dia tak kan sanggup tengok hidup I susah. Jom balik!”
Tengku Natasha sudah menuju ke kereta BMW 3 seriesnya namun sebaik dia hendak membuka pintu kereta, dua orang lelaki berbadan gempal sudah menahannya. Terbeliak Tengku Natasha melihatnya.
“Apa hal ni?” tanyanya kasar.
Lelaki yang berkulit hitam manis itu terus bersuara, “Maaf cik, kami ni wakil dari pihak bank dan diarahkan untuk menarik kereta CIk… Natasha, ini Cik Natasha kan?”
“Tengku Natasha!” Pantas Tengku Natasha menjabwanya. Dah pokai pun ada hati berlagak lagi perempuan ni.
“Okey Tengku boleh serahkan kunci. Ini dokumen dari pihak bank. Kereta ni tak dibaway selama 3 bulan, so kalau tak puas hati kea tau apa pun masalah bincang terus dengan pihak bank ya,” ujar lelaki itu lagi.
Dengan kesasaan dua orang lelaki penarik kereta itu, tidak berani pula Tengku Natasha hendak melawannya. Cuma sebelum si penarik kereta itu hendak masuk ke dalam keretanya sempat lagi Tengku Natasha membuat lagaknya.
“Korang ni memang silaplah. Korang tak tahu siapa aku, aku Tengku Natashalah anak kepada CEO Megah Holdings, Tengku Hisham, tahu tak? Sekadar nak bayar RM15,000 sebulan tak ada hal tau, papa aku nak bayar, kacang aje. Kau cakap dengan orang bank tu tunggu surat saman aku!”
Lelaki itu hanya tersenyum.
“Kacang ke, aiskrim ke, kami tak tahulah Tengku. Tengku berurusan dengan pihak bank ya.” Dengan wajah selamba terus dia masuk ke dalam kereta dan tidak sampai seminit kereta itu hilang membelah jalan raya.
Ketiga-tiga rakan pembodeknya sudah memandang Tengku Natasha dengan pandangan yang menjengkelkan.
“So, sekarang ni you consider brokelah ya? Pokai… Emm… buang masa aje plan beria-ia, habuk pun tak ada. Apa lagi yang you all tercegar kat situ balik naik teksi ajelah,” gerutu Sherry lalu terus menahan teksi yang kebetulan lalu.
Marry dan Mona sudah membuat muka meluat. Tengku Natasha hanya mengekori dengan langkah yang longlai. Mudah-mudahan selepas ini adalah sikit cahaya keinsafan ya?


Tengku Aqilah sudah memicit-micit kepalanya. Sudah sebulan suaminya menghilangkan diri dan bererti sudah sebulan juga suaminya tidak muncul di pejabat.
Dah namanya hilang tak kan nak muncul di pejabat pulak. Kalau muncul jugak itu dah namanya hilang akal. Isyh! Isyh! Dah berapa banyak fius Si Qila tercabut ni.
Segala urusan kerja yang memerlukan persetujuan dan tandatangan Tengku Ryan Ameer tidak dapat diselesaikan, semua kerja menjadi terbengkalai. Sepanjang tempoh itu Tengku Aqilah tidak pernah jemu pergi ke rumah suaminya selepas habis waktu bekerja untuk melihat jika suaminya sudah berada di rumah, namun hampa sekali kereta suaminya masih tiada di garaj.
Tengku Aqilah pernah juga pergi pada waktu pagi, manalah tahu suaminya ada di rumah pada waktu itu namun sekali lagi dia hampa rumah itu sepi dan kosong sahaja. Semalam dia berpeluang berjumpa dengan Wak Kassim, tukang kebun suaminya dan bertambah hampa hatinya bila Wak itu memberitahu suaminya sudah lama tidak balik ke rumah peninggalan arwah papanya itu. Akhirnya Tengku Aqilah membuat rumusan yang suaminya pergi bercuti di suatu tempat untuk menenangkan fikiran.
Tengku Aqilah melepaskan keluhan perlahan. Kepalanya masih lagi berdenyut tidak berhenti, terus dia menyandar pada kerusi kulitnya. Matanya dipejam, namun seketika cuma, terus telefon bimbitnya diambil. Dia mendail lagi nombor suaminya entah untuk ke berapa ratus kali dia sendiri sudah tidak pasti. Talian hanya mati begitu sahaja. Dia menghantar SMS yang sama, juga untuk ke berapa ratus kali, namun tiada satu pun yang berbalas.
Kini baru Tengku Aqilah faham perasaan suaminya di kala dia menunjukkan protes tempoh hari, sampaikan suaminya sanggup meninggalkan sahaja urusan kerjanya di Jepun, gara-gara ingin segera kembali berjumpa dengannya untuk meleraikan rasa curiga yang dicipta oleh kakak kandungnya sendiri. Namun sayang seratus ribu kali sayang, di kala itu hatinya begitu ego dan beku untuk mendengar apa jua penjelasan dari suaminya dan inilah akibat yang harus ditanggung lantaran terlalu mengikut kata hati.
Wajah suaminya di skrin telefon bimbitnya diusap perlahan. Oh… dah tukar balik wallpaper. Mesti harimau belang dah kena tembak kan? Sempat lagi akalnya mengusik tuannya.
Tengku Aqilah menaip SMS baru
Abang kalau abang bencikan Qila sekalipun dan tak nak dengar suara Qila, tolonglah balas SMS Qila ni. Qila tak senang hati selagi tidak mendapat kemaafan dari abang, tolonglah bang, Qila rayu sangat. Qila memang salah bang, tolong maafkan Qila bang… Qila tak nak menjadi isteri derhaka. Setiap hari memijak muka bumi ini Qila takut bumi terus-terusan menyumpah Qila sebagai isteri yang derhaka. Abang tolonglah bang, Qila sanggup menerima apa jua hukuman asalkan abang sanggup maafkan Qila, dan walalu sedalam lautan pun kebencian abang pada Qila, hati Qila tak akan pernah berganjak untuk terus menyayangi abang. Abang jaga diri ya sayang. Qila akan sentiasa mendoakan kesejahteraan abang…
Terus butang ‘send’ ditekan.
Tengku Ryan Ameer yang tersandar lesu di sofa terus melihat telefon bimbitnya yang berbunyi, tanda ada SMS yang dihantar. Tadi berpuluh-puluh panggilan isterinya dibiarkan sepi dan kini Tengku Aqilah menghantar SMS pula.
Tengku Ryan Ameer membaca pesanan ringkas Tengku Aqilah seperti manusia yang tidak berperasaan sahaja. Apa yang ditaip panjang berjela oleh Tengku Aqilah itu tidak langsung membekas di dalam hatinya. Telefon bimbitnya diletak semula. Wajah isterinya yang terlayar di skrin telefonnya dipandang kosong.
Kiranya okeylah lagi Tengku Ryan Ameer yang masih mengekalkan wajah isterinya di skrin telefonnya itu. Tak adalah macam perempuan tu, sampai sanggup tengok muka harimau dari menengok muka suami sendiri. Sekarang siapa susah, siapa merana? Kalau nak dikira air mata sudah mengalahkan kolam mandi di Sunway Lagoon, tengah tunggu nak buta mata aje. Merana habis Si Qila…
Jujur Tengku Ryan Ameer katakana, di saat ini dia masih belum dapat untuk melupakan setiap patah perkataan yang diucapkan oleh Tengku Aqilah itu. Apatah lagi dengan tuduhan melulu yang dibuat oleh isterinya. Memang Tenku Ryan Ameer sedar yang isterinya turut menjadi mangsa rancangan jahat Tengku Natasha tetapi kepercayaan Tengku Aqilah terhadap dirinya yang senipis kulit bawang itu benar-benar menggores hati dan perasaannya.
Bagaimana dia hendak meneruskan lagi satu perhubungan jika dia sendiri sudah tidak yakin dengan cinta isterinya? Bagaimana dia hendak menyayangi wanita itu semula jika selama ini ucapan sayang dan ikrar cinta yang dibuatnya tidak langsung dipandang sebelah mata? Sebaliknya kata-katanya itu dianggap satu omongan murahan sahaja. Hinggakan isterinya jijik untuk mendengarnya?
Tengku Ryan Ameer meraup wajahnya perlahan. Guruh mula berdentum, cuaca semakin mendung, Akhirnya dia bangun untuk masuk ke dalam bilik.
Tengku Aqilah sudah bersiap hendak balik. Hari ini dia tidak akan pergi ke rumah suaminya, dia yakin suaminya tidak ada di rumah itu buat masa terdekat ini. Tengku Aqilah perlu pulang segera, matanya sudah terasa berpinar. Pasti gara-gara dirinya yang tidak pernah cukup tidur semenjak pemergian Tengku Ryan Ameer itu.
Elok dia menggalas beg tangannya, Farhana sudah menjenguk di muka pintu.
“Okey bye Ana. Aku tahu kau nak balik, aku pun nak balik ni,” ujar Tengku Aqilah dengan mata yang masih terarah di meja sambil tangannya sibuk memasukkan beberapa fail ke dalam beg kulitnya untuk ditandatangan oleh papanya nanti.
Tengku Aqilah sedikit pelik melihat Farhana sudah masuk ke dalam biliknya. Selalunya tepat sahaja pukul 6 petang tak cukup lantai Farhana meninggalkan pejabat ini tapi hari ni berlainan sekali pula.
“Kau kenapa? Bergaduh dengan Azru? Kalau kau harap aku nak bagi kau tumpang tak payah, aku sendiri pun naik teksi.”
Farhana sudah berdecit sedikit.
“Kau ni, mulut asyik nak ingat gaduh aje. Cukuplah kau yang bergaduh dengan laku kau. Jangan nak kaitkan aku pulak. Aku ni nak sampaikan info pada kau.” Jelas Farhana sambil menarik kerusi.
Tengku Aqilah terus menyandar pada mejanya.
“Kau ni Ana, masa mendung nak hujan macam ni pun ada hati nak bergosip. Esok sajalah, aku sakit kepala ni. Kalau kau teringin sangat nak bergosip kau pergi telefon Kak Bong,” sanggah Tengku Aqilah. Dia sudah membetulkan baju blausnya sebagai isyarat yang dia hendak keluar dari biliknya itu.
Farhana terus menahan.
“Kau duduk. Dah habis pukul 6. Sekarang kau bukan bos aku lagi, duduklah!” Geram pula Farhana dengan kedegilan sahabatnya itu terus tangan Tengku Aqilah ditarik hingga Tengku Aqilah terduduk dibuatnya.
Tengku Aqilah yang baru bercadang hendak mengeluarkan suaranya itu, terus dipintas dengan suara nyaring Farhana. “Petang ni, Azrul nak jumpa Ku Ryan.”
Terus ternganga mulut Tengku Aqilah mendengarnya.
“Aku dah agak dah, tak boleh langsung ada surprise mesti terlopong aje mulut tu, tapi tak kisahlah reaksi standard kau untuk orang terperanjat. Tak kan kau nak ketawa terbahak-bahak pulak kan? Dah sah-sah gila namanya tu.”
Tengku Aqilah sudah mengangkat tangannya.
“Dah, dah! Kau jangan nak cakap mengarut. Sekarang ni yang penting pasal laki aku. Kita sempat ke tidak nak pergi KLIA tu?”
Farhana sudah membeliakkan matanya.
KLIA? Apa bendanya kau mengarut ni perempuan?” soal Farhana bingung.
Tengku Aqilah sudah bangun.
“Yalah, mesti Azrul nak jemput Ku Ryan yang baru balik dari bercuti di luar negara kan? Mesti masa dia merajuk dia pergi Jepun ke, India ke, Hong Kong ke, US ke, Paris ke? Paling-paling Bangladesh de?” Tengku Aqilah sudah membuat teorinya.
Farhana sudah mengetuk-ngetuk jarinay di atas meja.
“Kenapa kau tak nak sebut semua nama negara yang ada dalam peta dunia tu? Biar sampai Subuh esok pun aku tak payah balik. Kau tutup mulut kau tu boleh tak? Dengar dulu apa aku nak cakap, menyampuk aje kerja dia!” Sempat lagi Farhana meleteri sahabatnya.
Tengku Aqilah hanya membuat muka RM2.50 sen sahaja.
“Azrul nak pergi jumpa Ku Ryan di rumah dia. Selama ni sebenarnya Ku Ryan tak pergi mana-mana pun. Dia ada dalam rumah tu. Dia saja parking kereta dia kat tempat lain, sebab dia tak nak kau, kau, kau….”
Sakit hati Tengku Aqilah bila Farhana begitu menekankan perkataan ‘kau’ itu.
“… ganggu ketenangan dia. Dia perlukan privacy buat masa ni. Kiranya muka kau tu menyemakkan kepala dialah buat masa ni, tapi aku sokong jugak tindakan dia tu. Perempuan mulut meriam buluh macam ni, memang patut dijauhkan dulu. Bila mengebom orang nombor satu berapi-api perginya. Sekarang kau telanlah sisa-sisa belerang yang ada dalam mulut kau tu.” Laju sahaja Farhana melepaskan satu das peluru berpandu pada sahabatnya.
Tengku Aqilah sudah bercekak pinggang, dengan wajah yang geram. “Woi Ana, kau ni side mana?”
“Aku tak side mana-mana aku offside,” balas Farhana selamba.
Tengku Aqilah sudah mencebikkan bibirnya.
“Sesedap bibir tebal kau sound aku ya? Eleh… dia tu jadi gunung berapi besar tak sedar. Kan jangan lupa salah satu punca panasnya belerang aku pasal cerita wayang kulit yang kau tengok kat ofis ni dulu, tahu tak? Kau jangan nak tunjuk gadis berbudi pekerti pulak kat sini ya… Mulut balang kuih raya ada hati nak sound orang. Tapi aku memang tak puas hati dengan Si Ryan tu, ada ke patut selama satu bulan bersamaan 30 hari ni, aku yang cerdik ni jadi macam orang bodoh. Setiap petang, duduklah depan pintu pagar rumah dia. Penat duduk pergi tekan loceng pulak.
Sunyinya rumah tu begitu menggerunkan aku. Selama 30 hari ni aku mengalami keguguran bulu roma yabg melampau kau tahu tak, gara-gara menahan rasa seram-seram kuku yang begitu mencengkam kalbu aku ni. Part tu aku macam boleh tahan lagilah, kira ala-ala pengorbanan seorang isteri macam tulah, walau hakikatnya dia yang menengok aku dalam rumah tu mesti dah terguling-guling ketawa kan? Okeylah aku terimalah aku dimalukan begitu, tapi yang aku marahkan sangat dia, part duit aku yang kena bayar teksi yang aku chartered setiap petang dengan Pak Cik Parpus…”
“Kuduslah! Kau ni kenapa lemah sangat bab-bab nak mengingat nama orang, aku yang rekomen kau Pak Cik Kudus tu!” marah Farhana.
Tengku Aqilah sudah membetulkan anak rambutnya dengan wajah yang tidak bersalah. “Yalah, Pak Cik Kudus. Aku bukan lupa, tersasul tadi.”
Kembang hidung Farhana mendengarnya, nak cover line konon.
“Tapi kesian tau aku Ana, mati kutu aku duduk kat luar rumah tu. Aku kena bayar lebih kat Pak Cik Kudus dah sekian, biasalah caj khidmat menunggu, aku bukannya berani nak duduk kat kawasan sunyi macam tu dekat-dekat Maghrib. Tapi ada hikmahlah sekurang-kurangnya dapat memberi rezeki yang lebih pada Pak Cik Kudus walau dalam tempoh 30 hari tu habislah sejarah hidup dia aku tau. Entahlah aku pun takt ahu apa nak cakap lagi, kecewa pun ada. Tak apalah kalau macam tu aku balik dululah.”
Tengku Aqilah sduah melangkah ke pintu, namun dia menoleh semula. Farhana sudah tersengih.
“Alah, tak payah nak berlakonlah Qila, aku tahu hati kau tu tergedik-gedik nak jumpa laki kau kan?” ujar Farhana dengan bibirnya dijuihkan.
“Tak ada maknanya, aku nak pergi jumpa dia. Selama 30 hari aku tercongok depan pintu pagar rumah dia, dia boleh buat tak tahu. Sekarang ni kau nak suruh aku tersengih-sengih macam kerang expired pergi jumpa dia? Kau tengok tepi-tepi jari aku ni, bengkak gara-gara menghantar berates-ratus SMS kat dia. Tu tak termasuk dengan panggilan telefon dan air mata kasih aku ni.
Kalau aku buta macam mana? Kasim Selamat tu ada jugak Chombi nak dengan dia. Aku ni kalau buta siapa nak? Macha Ali Basha tu pun belum tentu nak dengan aku, nasib baik bil telefon tu dia yang bayar, kalau aku yang kena bayar dah lama aku bakar dia buat lemang. Dah tak payah nak menganga dengar cerita aku. Kau bagi fail-fail ni pada Azrul suruh dia bagi bos dia tu sign,” bidak Tengku Aqilah. Bibirnya diketap erat, geram sangatlah tu.
Sebaik Farhana melihat Tengku Aqilah sudah mengatur langkah dia terus bangun dan berdiri betul-betul di hadapan sahabatnya.
“Kau ni nak buat hati unta tu kenapa? Masa tak dapat jumpa laki meraung maam pontianak hilang fius. Sekarang dah ada peluang nak jumpa suami tu, pergilah berbincang, cari jalan penyelesaian. Tak serik-serik lagi ke pegang gelaran isteri derhaka?” Farhana menasihatkan sahabatnya yang agak keras kepala.
Tengku Aqilah lama juga terdiam, wajahnya berubah mendung tiba-tiba.
“Kau tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni Ana. Kau tak tahu betapa kecewanya bila suami kita dah tak sudi lagi nak memandang muka kita. Aku memang bersalah Ana. Aku memang dah terlepas cakap pada dia, tapi kalau aku boleh menerima kesilapan dia yang lalu, kenapa dia begitu sukar untuk memaafkan kesilapan aku?
Aku sekarang sedang berperang dengan perasaan aku sendiri, rindu, kecewa, sedih… Aku buntu Ana… Aku tertekan sangat. Aku harap kau faham. Sekarang aku hanya ada satu cara, papa… Aku benar-benar berharap papa dapat membantu aku. Aku balik dulu…” Tengku Aqilah terus melangkah keluar dengan wajah yang muram.
Farhana sudah kehilangan kata-kata, dia hanya memandang fail-fail di tangannya dengan perasaan yang bercampur baur. Hatinya menjadi sayu tiba-tiba.

Semoga kau tabah sahabatku… doanya sebelum turut meninggalkan bilik sahabatnya itu.

download ep 24

follow admya di facebook

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...