TitianCinta Episode 24



Ryan memulangkan ubat Aisy sambil meluahkan isi hatinya pada Aisy. Aisy jadi marah apabila mendengarkan yang Ryan masih berharap padanya.
Puan Sri Nora bertembung dengan Ryan. Ryan cuba menghasut fikiran Puan Seri Nora dengan menyatakan dia masih menyayangi Aisy. Tidak puas hati dengan hal itu, Puan seri Nora terus berjumpa Harris dan mengadu akan hal itu. Pada masa yang sama,syarikat Harris menjalinkan kerjasama dengan syarikat Zuleen.





Harris cuba tidak ambil pusing akan hal itu dan berjumpa dengan Ryan untuk mengetahui hal sebenar dan memberi amaran pada Ryan. 
Ryan,kau jangan buat abam Harris hilang sabar, makan keting nanti.


Harris cuba bertenang memikirkan hal Ryan dan Aisy. Dia ingat akan pesan doktor yang Aisy tidak boleh stress. Lalu, dia mendiamkan aja hal antara Ryan dan Aisy, memandangkan Aisy tidak bercerita tentangnya. Zuleen, rakan partner Harris rupanya mengenali Ryan. Ryan Ryan mengambil kesempatan ini untuk menjatuhkan Harris. Di situ lah bermulanya kesan lipstik. Zuleen berkomplot dengan Ryan untuk mengenakan Harris.

Sofea pula menyusahkan diri dengan berkomplot dengan Ryan. Danial pun sama. Kerana cintanya pada sofea, dia menjadi penurut arahan Sofea dan secara tidak langsung membantu Ryan menjalankan misi jahatnya. Sofea sengaja membawa Puan Seri Nora ke Mall, dan mereka terserempak dengan pertemuan Aisy dan Danial. Puan Seri semakin curiga akan Aisy.


Aisy jadi curiga bila melihatkan kesan lipstik.Dia mula fikir yang Harris telah curang kepadanya. Isteri mana tak curiga bila nampak kesan lipstik di baju suami! Nak menafikan, nampak pula mesej Zuleen hantar pada Harris.




Tan Sri Hakim berjaya mengesan jejak bekas isterinya Melissa. Dia akan cuba pastikan yang dia akan berjaya menemui Melissa.


download episode 24 /download ep24 b


episode 25

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...