join admya di FB

Titian Cinta Episode 20




Aisy dimasukkan ke hospital selepas pengsan. Hajah Mariam kini percaya akan anaknya Aisy selepas Harris menceritakan semua yang berlaku. Dia tahu Aisy tidak bersalah. Keluarga Harris terbang dari Kuala Lumpur ke Terengganu apabila Harris memaklumkan yang Aisy masuk hospital. Mama rasa rimas apabila semua orang risaukan Aisy. Kelibat Ryan di hospital membuatkan Puan Sri Nora mula membuat andaian sendiri- yang Aisy masih mempunyai hubungan dengan Ryan.




Mesej Ryan yang dihantar kepada Aiys menerbitkan rasa cemburu dan amarah dalam diri Harris. Dia mula curiga pada Aisy kerana Aisy berhubung dengan Ryan tanpa pengetahuannya. Harris keliru dan tertanya tentang hubungan Aisy dan Ryan. Dia tahu Ryan masih menyayangi Aisy. 


Harris kembali merajuk.


Aisy tahu apa yang dirasakan suaminya. Rajuknya perlu dipujuk. Amarahnya perlu ditenangkan. Aisy cuba menjelaskan keadaan yang sebenar. 

 Melihatkan wajah Aisy,Harris teringat apa yang dilakukan pada isterinya dulu. Sifat baran dan cemburunya menyebabkan isterinya kesakitan dahulu. Dia memujuk dirinya untuk percaya pada isterinya.




Harris cuba menyelesaikan teka teki dalang video lucah dulu.  Antara Sofea, Danial dan Ryan.

Pencarian Tan Sri Hakim tentang bekas isterinya Melisa mengundang rasa iri hati pada Puan Sri Nora. Rumahtangga mereka semakin berantakan.


Harris bertemu Keena untuk menjelaskan gambar yang Mama dapat tempoh hari. Sofea berasa terancam selepas terserempak dengan Pak rusdi tempoh hari.Dia cuba melarikan diri dan bersembunyi dari Harris.\

 download Link 20


Episode 21



Comments