Titian Cinta Episode 25



Aisy mengandung anak siapa?


Danial pergi berjumpa Ryan untuk meminta Ryan menghentikan tindakannya mengacau Sofea.Sofea mengamuk pada Danial sebab tak nak Ryan buat dia lebih teruk.


 Zuleen ajak Harris makan tengahari, tapi Harris menolak. 

Ketika Aisy hadir ke pejabat Harris untuk makan tengahari, Aisy terlihat Harris bersama Zuleen. Kemesraan mereka membuatkan Aisy cemburu. Dia terus balik rumah tanpa jumpa Harris.Harris jadi pelik bila Aisy tak jadi keluar makan.Aisy bagi alasan tak sihat.

Tambah lagi, Aisy menerima  mesej gambar Harris memimpin Zuleen dan mengambil keputusan untuk pulang ke kampung menenangkan diri. Harris harap Aisy dapat berterus terang dan bagitau dia jika Ryan masih mengacau.


Tan Sri Hakim bagitau mak dia pasal dia masih mencari Melisa. Terkejut Hajah Mariah. Pn Seri Nora jangan cerita, siap nak miserable hidup Melisa lagi kalau dia muncul. Tan Sri Hakim terus bagi amaran.


Sofia cuba buruk-burukkan Danial sambil menghasut Puan Seri Nora yang kononnya Aisy meminta Danial membantunya mencari wanita yang bersama Harris. Yang Puan Seri ni, senang sangat percaya!Masa makan lunch dengan Zuleen, Ryan call Zuleen. Tahulah Harris yang  Zuleen berpakat dengan Ryan rancang buat Aisy cemburu.
Puan Seri Nora berjumpa dengan Danial untuk mengetahui hubungannya dengan Aisy.Harris buat keputusan untuk menukar wakil syarikat Zuleen. Zuleen terkejut dan tidak percaya apa yang berlaku. Ryan cuba memohon maaf. Aisy mengadu pada Lia tentang gambar yang dia terima. Lia cuba menenangkan kakaknya dengan memujuk Aisy agar tidak mempercayainya. 


Mama masih tidak puas hati dengan Aisy. Berlaku pertelagahan antara Mama dan Harris.Harris cuba mempertahankan Aisy.Dia masih kukuh mempercayai Aisy.




Harris cuba berterus terang pada Aisy tentang Zuleen. Mujur mudah Aisy menerima pujukan Harris.

Keena terserempak dengan Sofea yang baru lepas berjumpa Ryan. Dia terkedu bila disergah Keena,dan mula risau rahsia terbongkar. Lagi-lagi Ryan boleh buat apa sahaja dengan gambar dia. Hajah Mariam beritahu Aisy yang Mak Siah ibu Danial telah lama meninggal dunia. Harris terkejut mendengar berita tentang Danial. Terkilan kerana Aisy merahsiakan hal Danial daripadanya.
Terus Harris bagi nasihat pada Aisy agar sentiasa berterus terang dengannya. Aisy ni kan,kan dah kena marah dengan suami.Itulah berahsia sangat! 




Balik dari kampung,Mama memaksa Aisy mengikutnya. Harris cuba mengingatkan Mama agar tidak melakukan apa-apa pada Aisy.Aisy terselamat dengan panggilan telefon Harris.






Bimbang keselamatan Aisy, Harris membawa Aisy ke pejabat. Harris menyerahkan gambar Ryan dan Zuleen. Tergamam Aisy melihatnya.



Kekecohan Mama,membuatkan Aisy dan Harris menjalani DNA test untuk mengetahui anak siapa dalam perut Aisy, dan terbukti anak harris. Malu mama. Baru tahu siapa bohong.



Sofea memujuk Danial untuk mencuri cd milik Ryan yang kononya mempunyai bukti Aisy. Sebenarnya bukti gambar Sofea dan Danial terkantoi dengan Ryan.



download ep 25/ download ep25 b

episode 26

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...