join admya di FB

Titian Cinta Episode 21



Aisy terasa sakit setelah jatuh di ofis Harris. Kemalangan kecil itu memberi berita gembira buat Aisy dan Harris. Aisy disahkan mengandung.


Harris semakin romantik dan mengambil berat tentang Aisy semenjak itu.Hingga kerja rumah pun Harris tidak benarkan Aisy buat.




Puan Sri Nora mula risau apabila suaminya tidak balik rumah sejak beberapa hari yang lalu.  Sofea pula semakin kesempitan duit apabila terpaksa hidup bersembunyi sejak 2 bulan lalu.


Namun, dalam diam dia tahu perkembangan hubungan Harris dan Aisy yang semakin baik. Dia juga tahu tentang kehamilan Aisy. Namun kali ini dia perlu berhati-hati kerana Harris terlalu mencari bukti video.
Aisy mendengar perbualan telefon antara Pak Rusdi dan Harris. Bila ditanya Harris, Harris hanya menjawab ia cuma tentang kerja. Sebenarnya, Harris tidak mahu Aisy terlalu memikirkan tentang Danial dan Sofia. Sebabnya..




Doktor memberi nasihat agar emosi Aisy tidak terganggu kerana kandungannya masih baru.

Sekali lagi, Danial mengganggu Aisy. Dia cuba menggugut Aisy agar bercerai dengan Harris.


Harris mula risaukan Aisy dan mencadangkan Aisy ditemani oleh bodyguard. Aisy menolak. Namun, dia tiada pilihan apabila Harris tetap dengan keputusannya.





Aisy setuju dengan syarat- bukan 24 jam. Malu!



Mama masih mencari Papa yang membawa diri ke London. Harris cuba memujuk mamanya yang kerisauan.
Sofea pula tertekan apabila kini Ryan cuba mengugut untuk menyebarkan gambarnya.

Berita kehamilan Aisy kini diketahui oleh Nenek. Bukan main gembira Hajah Mariah mendengar berita itu. Tapi mereka masih merahsiakan dari Mama.



Dendam Sofea tidak pernah padam. Dia mahu Aisy gugur.


Episode 22

Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq