join admya di FB

Titian Cinta episode 19



Pak Rusdi masih mengekori Danial. Aisy masih menerima bunga dari Ryan. Bunga tersebut diterima oleh Liya. Tiba-tiba mak Aisy muncul dah bertanyakan tentang bunga tersebut.
Nasib baik Liya "coverline". Kalau tak,mesti mak akan salah anggap lagi.



Puan Sri tercari-cari suaminya yang tidak kelihatan di rumah. Bermula lagi perang mertua-menantu. Tan Sri masih tidak berputus asa mencari bekas isterinya Melisa yang ditinggalkan dulu.Harris meminta pertolongan Nenek untuk mencari gambar Aisy yang disimpan Mama.



Harris cuba mencari penjelasan dari Mama- dari mana Mama dapat gambar tersebut?. 

Pertanyaan Harris membuat Mama gugup, hingga dia terpaksa memberitahu perkara sebenar apabila suara Papa semakin meninggi.




Harris kecewa dengan sikap Mama yang mahu rumah tangganya hancur.


Mama kini hilang sokongan,bila Papa juga tidak lagi percaya dengan Mama.

Danial juga merasa ada seseorang mengekorinya.Keadaan tidak banyak berubah di Kampung. Hajah Mariam seperti endah tak endah dengan Aisy. Aisy sedih dan berharap maknya dapat memaafkan dirinya. Puan Sri semakin curiga akan perubahan suaminya. Siap berbaju Melayu macam orang nak pergi nikah.
Pertanyaan Mama dijawab baik oleh Tan Sri.


baru rasa, apa yang Aisy rasa Puan Sri!Sofea cuba melarikan diri. Dia takut diapa-apakan Harris.Harris mencari Sofea untuk mendapatkan penjelasan. Kecut perut Sofea nak jawab!





Renungan Harris cukup menakutkan,apatah lagi soalan bertubi-tubi dari Harris membuatkan Sofea cuba berdalih dengan memberi alasan orang lain yang memberi kepadanya. Harris menerima jawapan Sofea. Sofea lega buat masa ni.






Ryan tidak putus asa mendekati Aisy. Dia kerap menelefon Aisy hingga Aisy naik rimas. Nyaris-nyaris terkantoi dengan Harris.





Hubungan Mama dan Papa semakin berantakan. Mama semakin curiga apabila mengetahui Papa ada akaun facebook.
Tahu takut!

Aisy cuba melarikan diri dari terus dilihat bersama Ryan.





Namun ketika melangkah, Aisy rebah. Aisy pengsan. Ryan cuba memberi bantuan CPR, tetiba Harris muncul...dan tumbukan padu singgah di muka Ryan.





Episode 19

Comments