join admya di FB

Titian Cinta Episode 17



Mama mula bertindak keterlaluan. Dia memberi 2 pilihan iaitu sama ada Aisy membenarkan poligami atau cerai. Mama ni memang tak pikir ke, anak dia sendiri tak nak, nak paksa orang plak.
Harris pulang ke rumah mencari Aisy untuk mendapatkan penjelasan. Di rumah Mama, Puan Sri Nora masih lagi cuba menyakinkan ibu mentua dan suaminya. 


Sukar untuk Harris fahami, mengapa Aisy perlu lakukan semua ini, sedangkan mereka boleh bahagia tanpa anak. Aisy juga susah untuk menyakinkan suaminya, yang Mama memaksa dia menandatangani dokumen itu. Siapa yang mahu diduakan suami?.


Aisy cuma mendiamkan melihatkan suaminya sedang marah. Memberi penjelasan tidak memberi kesan kepada Harris. Semenjak perbincangan tempoh hari, Harris mula menjauhkan diri dari Aisy. Aisy pula mencari Keena, untuk berkongsi masalah yang dihadapi. Keena juga turut pening dengan masalah yang dihadapi Aisy.
Pertemuan yang dingin antara Harris dan Ryan telah meledakan rasa cemburu di hati Harris. Si Danial pula masih percaya dengan lakonan Sofea yang kononnya mencintainya hingga sanggup mencederakan Aisy.( Tolonglah Danial!Buka mata tentang siapa Sofea sebenarnya. Dia cuma gunakan kau je!)
Kemarahan Haris mula meledak apabila Aisy berjumpa dengan Ryan tanpa pengetahuannya. Harris merajuk lalu tinggal di rumah mama. Mama lah paling gembira melihatkan Harris tinggal dirumahnya. Kerana ia petanda Harris sedang marah pada Aisy.




Aisy kongsikan masalahnya dengan Harris pada Keena. Keena memaksa Aisy untuk pergi memujuk Harris kerana ianya salah Aisy untuk tidak berterus terang dengan Harris.

Sesi pujuk memujuk pun berlaku.Kali ini, Aisy yang pujuk abang Sado- UmayHarris
Cadangan stupid Sofea inilah yang akan diguna pakai oleh Mama Harris untuk menjatuhkan Aisy nanti.


Panik sekejap Mama bila dapat tahu Aisy dan Harris telah berbaik semula.

Harris dan Aisy hanya mendiamkan diri mendengarkan mama mengomel di depan pintu. Haha
Aisy terus meminta maaf daripada Harris.
dan Mama terus merancang....

Episode 17

episode 18


Comments