join admya di FB

Episode Akhir Goblin: The Lonely and Great God




Ramai yang tertanya-tanya apa kesudahan untuk korean drama Goblin. Apa
 " ending" Eun Tak? Macam mana dengan Grim Reaper Wang Yeo dan Sunny?  Gong Yoo ada lagi tak?
Menurut pengarah, mereka sengaja  melewatkan tayangan "finale episode" untuk memberikan kepuasan kepada penonton. Terutamanya 3  episode akhir melibatkan  banyak penggunaaan "computer grahic"ianya salah satu sebab mengapa episode akhir ditangguhkan.
Pihak produksi mahukan episod akhir penuh dengan dramatik apatah lagi ia berfokuskan kepada "magic" dan aspek fantasi.
Nantikan Goblin special episode pada 21/1/2017(episode 14) dan diikuti "finale episode" yang akan ditayangkan selama 3 jam pada 22/1/2017(episode 15 dan episode 16.
janji park jong woon ni dah takde..

Sinopsis ep 14:
9 tahun berlalu, Eun Tak berjaya menjadi  Produser radio seperti yang dia idamkan. Namun, tanpa dia sedar dia sering bersedih tiap kali hujan. Eun Tak tidak dapat mengingati apa yang berlaku pada dirinya. Ingatan orang-orang mengenali Kim Shin telah dipadamkan. Setelah sekian lama berjuang, Kim Shin kembali pada Eun Tak. Namun, Eun Tak tidak mengenalinya. Begitu juga dengan Deok Hwa. Goblin meminta bantuan Grim Reaper untuk membantunya. Eun Tak pergi ke Kanada setelah menerima surat yang pernah ditulisnya dulu. Dia ingin mencari lelaki yang bernama  Kim Shin.

Sinopsis ep 15:
Akhirnya, Eun Tak kembali ingat tentang bakal suaminya En Goblin. Hubungan mereka kembali seperti dahulu. Sunny mengambil keputusan untuk meninggalkan semua orang terutama Grim Reaper.

Sinopsis ep 16.

Satu keputusan Eun Tak merubah segalanya. Dia terkoban dalam kemalangan selepas cuba menyelamatkan nyawa kanak-kanak dari dilanggar lori.Goblin kembali kesepian apabila Grim Reaper serta Sunny juga meninggalkannya.


30 tahun berlalu.Grim Reaper dilahir semula sebagai Lee Hyuk-detektif di unit jenayah berat dan bercinta dengan Sunny seorang pelakon. Goblin setia menunggu bakal isterinya. Mereka kembali bertemu di Quebec, Kanada



Comments