Monday, August 29, 2016

Sayangku Kapten Mukhriz Episode 27




Ariana kembali ke rumah Mukhriz. Ternyata, layanan berbeza diterima. Mukhriz buat tak endah padanya.  Habib masih merajuk. 

Thursday, August 25, 2016

Sayangku Kapten Mukhriz Episode Akhir




Episode akhir:
Kisah penculikan satu malam didiamkan Ariana.Dia berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Namun,gaya jalan yang terhencot-hencot mencurigakan Anisa.

Sayangku Kapten Mukhriz Episode 26


Update download

Ummi membawa Awina ke bilik Mukhriz selepas Mukhriz sedar. Barulah Mukhriz tahu, yang Awina adalah pendermanya. Mukhriz bertanyakan tentang Ariana, namun Ummi enggan menjawab. Selepas Ummi bertanyakan soalan,tahulah Mukhriz  perjanjian Awina dan Ariana.  Ariana mahu Ummi memujuk Mukhriz menerima Awina.


Tuesday, August 23, 2016

Sayangku Kapten Mukhriz Episode 25


Update download link

Setelah berfikir panjang, demi suaminya, Ariana rela berkorban. Dia setuju dengan permintaan Awina yang mahu berkahwin dengan Mukhriz walaupun hatinya tidak sanggup. Keputusan Ariana untuk dimadukan ditentang mama, ummi dan Ustaz Fauzan.

Monday, August 22, 2016

Slot Lestary: Mariam Alisa


Drama terbaru terbitan Radius One

Drama novel Mr Secret Admirer



Sinopsis:

Sayangku Kapten Mukhriz Episode 24



update download link
 Mukhriz kemalangan, Keadaanya kritikal. Dia memerlukan buah pinggang derma. Ariana cuba menyelamatkan suaminya, namun dia bukanlah penerima yang sesuai buat Mukhriz. Ariana berasa sungguh sedih bila melihatkan keadaan Mukhriz yang terbaring tidak bermaya.

Sunday, August 21, 2016

Sayangku Kapten Mukhriz Episode 23

Update download link

Pertanyaan bapa mertuanya mengejutkan Mukhriz. Pasti Zakuan yang memberitahunya. 

Tuesday, August 16, 2016

Download Drama Suamiku Si Kolot


Download drama.Update ep 16(episode akhir)
Si kolot itulah yang buat aku nanar dengan cinta

Sayangku Kapten Mukhriz Episode 21




Update download episode

Ariana tiba-tiba pengsan. Zakuan membawanya ke hospital. i
Mukhriz mendapat panggilan dari Abah pada tengah malam. Abah memberitahunya bahawa Arin kini berada di hospital. Hatinya saling berzikir dan berdoa agar kedua cinta hatinya selamat. Dia berjumpa dengan Nisa dalam perjalanan menuju ke wad Ariana.

Drama Novel Arluna





Akan datang. Drama adaptasi Novel Arluna, karya Rin Ahmad. Teraju Utama Saharul ridwan dan Alzana Nasir.

Monday, August 15, 2016

Sayangku Kapten Mukhriz Episode 20

Update episode 20 Ariana terkelu tidak terkata bila mendengarkan penjelasan Mukhriz. Ada wanita lain mahu mengahwini suaminya.

Wednesday, August 10, 2016

5 Hot Spot Ni Wajib Jejak Bila Sampai Ke Sydney Sepanjang Musim Bunga Kali Ni…Bila Tu?




Korang merancang nak pi Sydney. Meh ushar apa yang ada di sydney.

Sayangku Kapten Mukhriz Episode 18




 ep 18
 Mesej diterima menyedihkan hati Arin, Tidak disangka Mukhriz masih berjumpa Adawiyah tanpa pengetahuannya. Sakit hatinya! Dia meminta Nisa menjemputnya di rumah. Mukhriz terserempak dengan Zakuan. Tak habis-habis Zakuan cuba menyakitkan hati Mukhriz.

Sayangku Kapten Mukhriz Episode 17




Update download
Episode 17

Monday, August 8, 2016

Sayangku Kapten Mukhriz Episode 16


 update download Episode 16
Malam itu, Ariana tertinggal kunci kereta. Tiba-tiba, datang sebuah motor meluncur laju hinggakan Arin nyaris terjatuh. Dia diselamatkan oleh seseorang yang dikenali. Arin terkejut bila melihat wajah empunya susuk tubuh itu.

Saturday, August 6, 2016

Drama novel Suri Hati Mr Pilot




 Lagi novel karya dila dyna (penulis novel Dia semanis Honey) bakal diadaptasi. Lakonan Fatah Amin dan Neelofa.Akan datang Oktober ini

Sayangku Kapten Mukhriz Episode 15


update download link
Mukhriz tahu Ariana akan menjaga maruahnya sebagai seorang isteri. Namun, hati lelakinya masih diganggu perasaan cemburu, apatah lagi Ariana  memanggil Zakuan sebagai abang sedangkan dia dengan panggilan nama.Di depan Zakuan, dia cuba menyembunyikan rasa hatinya. Zakuan masih mendesak Mukhriz meninggalkan Ariana.

Thursday, August 4, 2016

Sayangku Kapten Mukhriz Episode 14


update download link
Panggilan Abang Zakuan meresahkan Ariana. Dia mendiamkan diri. Percutian singkat Ariana dan Mukhriz amat bermakna. Mereka bercuti di tempat kesukaan Mukhriz.Tempat ini dulunya tempat tsunami. Tempat ini mengajar saya bahawa semua pemberian Allah itu bersebab.
Seperti Allah berikan Mukhriz pada Arin?
Allah pinjamkan saya pada Ariana dan Ariana untuk saya adalah sementara, sayang.Terbuai Ariana bila Mukhriz memanggilnya sayang.

Wednesday, August 3, 2016

Cerekarama Tangisan Izara TV3




 Raja Afiq dengan Janna Nick. Kekal trending

Sayangku Kapten Mukhriz Episode 13



Update download link
Ariana meyakinkan Mukhriz bahawa cintanya milik Mukhriz seorang. Dia tak nak Mukhriz fikir yang dirinya benar-benar merampas hak orang. Berbeza dengan Ariana yang sentiasa nak tahu bagaimana sebenarnya perasaan Mukhriz pada Rabiatul Adawiyah. Tapi tak sampai ke manapun, rasa cemburu dah menghantui diri. Ariana takut kehilangan Mukhriz sebab dia tahu dia yang terhegeh-hegeh nak Mukhriz sebelum ini.

Monday, August 1, 2016

Sayangku Kapten Mukhriz Episode 12


Episode 12. Update download link

 Mukhriz dan Ariana menjalani hari baru sebagai suami isteri. Pertama kali mereka solat subuh berjemaah. Mukhriz sedang biasakan diri dengan perangai sengal semulajadi Ariana. Walaupun kadangkala dia malu dengan perangai selamba Ariana di depan keluarga mertuanya.  Ketika Ariana penatm dialah yang memasak dan mengemas, mengambil contoh kasih Rasullulah kepada isteri baginda,  Walaupun, dia pernah mendengar cerita Zakuan dari Ariana, terdetik juga rasa cemburu bila keluarga Ariana bercerita tentang Zakuan.




Majlis sambut menantu meriah di keluarga pihak Mukhriz. Ariana jadi cemburu bila ramai sekali gadis yang minat pada suaminya di kampung itu.  Namun, Mukhriz bijak menjawab dan mehilangkan rasa syak Ariana.Malam itu  Mukhriz  terkejut bila melihat gambar Rabiatul Adawiyah muncul dalam majalah di baca Ariana.



Sepanjang berada di kampung Mukhriz, Ariana cukup tenang. Saban masa dia bekepit dengan Mukhriz menikmati pemandangan indah dan semulajadi. Jika Mukhriz ke surau beri ceramah, Ariana pasti ikut sama. Keluarga Mukhriz juga sayang padanya.

Tiba-tiba, Mukhriz terima panggilan telefon dari Shamsul. Puteri anak Awina jatuh sakit dan tak nak jumpa doktor jika Mukhriz atau Awina tak bawa dia pergi. Apalagi bila Puteri menangis ketika berbicara dengan Mukhriz di telefon. Kasihankan Puteri, Mukhriz tinggalkan Ariana sekejap di kampung untuk menjenguk Puteri.

Mukhriz ajak Ariana balik ke rumahnya sebelum cuti kawin mereka habis. Tetapi, mereka singgah bermalam dulu di rumah orang tua Ariana Dan malam itu, suasana jadi tegang bila Mukhriz terjumpa cincin kiriman Zakuan dalam laci Ariana. Ariana terkedu, bimbang membalas pandangan Mukhriz yang mengharap jawapannya.


Drama Novel : Abang Bomba I Love You

Selepas Abang Askar, Abang Bomba bakal muncul di kaca tv.Akan datang mulai 12 September. Pasti ia mengimbau kenangan Hisham sewaktu menjadi bomba di Singapura dulu kan.