Thursday, June 30, 2016

Drama si kolot suamiku



 Adaptasi Karya Fazlyn Ridz. Diterajui oleh Amar Baharin(Kudin) dan Siti Elizad(Tengku Edrina)
Sinopsis:
Nama kau Kudin ye? "Apasal kau gelak?"
Kudin nama kau? Memang sesuai sangat dengan kau. Nama kau sama buruk dengan baju kau!

Tuesday, June 28, 2016

Suami Tanpa Cinta Raya




Rindu pada Aid dan Ain Shifa? Update download link
3 syawal 8 Julai 2016 10 pagi
 Ain : -Love me Not?
Aid- Love la

Monday, June 27, 2016

Telemovie Raya: Mak Cun Pi New Yok



Tayangan: 6 Julai 2016 Jam 9 malam
Mak Cun Pi New York pulok dah. Awatnya?

Telemovie Raya: Seutas Gelang Emas




Tayangan 8 JULAI 2016.
Masa : 2 petang
pelakon: Fahrin Ahmad. Rosnah Mat Aris, Norlia Ghani

Telemovie Raya: Makbul Sekerdil Doa

Drama khas tayangan raya ini adalah kesinambungan  drama Makbul. Sebuah cerita tentang Doa.
Menampilkan pelakon Dato’ Jalaluddin Hassan, Yushazizi Yusof, Kartina Aziz, Rashid Jaafar, Badrulshah Abdul Manan, Mohd Azrin Sahab dan Mohd Afiq Fikri Firdaus, drama arahan Ade Hasnoor Ibrahim


Telemovie Tercipta Untukku



Sebuah adaptasi novel Tercipta Untukku. Rerun di Astro Citra

Dia Semanis Honeymoon






Sambungan kisah cinta Ahnafwafiy dan Hani Safira. Update ep 5(Akhir)

Saturday, June 25, 2016

Cerekarama: Tetamu Ramadhan







Sebuah kisah yang menyentuh hati.  Seorang anak angkat yang tidak mengenang budi.
Terbitan Suhanmovies



Wednesday, June 22, 2016

Monday, June 20, 2016

OST Cinta 11 syarat

Lagu tema cinta 11 syarat



Lirik lagu:

Peraduan Komen Terbanyak admya


Assalammualaikum,
 Peraduan admya kembali lagi. Kali ini Peraduan Komen Terbanyak bulan ini. Sempena Ramadhan yang mulia ini,admya berbesar hati nak bagi duit raya kat korang semua. Macam mana caranya?

Mudah sahaja. Caranya:

1)Korang cuma perlu komen di entry/ post yang admya publish. Komen terbanyak akan di kira pemenang. kat blog je tau
2)Komen tu biarlah yang menarik, dan tak boleh ulang ayat yang sama. Kalau tak, ianya takkan dikira.
3) mesti ada id atau nama. yang anonymous tak dikira(sebab tak tahu siapa.hehe)
4) Bagi yang berminat nak masuk peraduan, pendaftaran perlu dibuat ruangan komen, dengan meletak 
    nama:
    email:
bukan pe, senang nak contact korang nanti.
5) tempoh  yang dikira - hingga hari raya.
6) Hadiah misteri. kiki. Tunggu je.


Lama tak buat peraduan komen,
peraduan komen terbanyak sebelum ni




Luv,
admya

Sunday, June 19, 2016

Memori Raya



Sempena hari yang Mulia ni, Darlie berbesar hati nak bagi korang duit raya RM2000. 
Fuyoo, banyak tu. Lepas duit angpow tahun ni. Nak tahu macam mana caranya. Teruskan membaca

Tundukkan Playboy Itu Special


Ikuti kapsul special Tundukkan Playboy Itu setiap sabtu bermula 18/6 hingga 9/7.

Akadku Yang Terakhir Raya




Ikuti kesinambungan kisah cinta mereka dalam Akadku Yang Terakhir Raya
Irham dan Rania.
Tayangan: Raya pertama 2 petang

Wednesday, June 15, 2016

Review: Cliche drama melayu!


Assalammualaikum,

Drama sememangnya memberi impak yang berkesan dalam penyampaian mesej dan cerita.  Admya sendiri peminat drama. Namun, kebanyakan drama hanya menunjukkan kisah yang tipikal, dan dapat dilihat banyak cliche di dalamnya. Dari perspektif bisnes, ia memang menguntungkan. Kalau satu plot menjadi sambutan hangat, pastinya ia akan ditiru untuk kekal berjaya. Tambahan lagi, dengan stesen tv yang mengejar rating, lagi-lagi bila adaptasi novel menjadi popular. Kira cliche novel kita jugalah. Hanya segelintir penerbit dan pengarah akan lari dari tema yang terhangat di pasaran.

 Berikut adalah cliche dalam drama Melayu.

  1. Jatuh cinta pandang pertama.
       Biasanya, hero akan berlanggar dengan heroin,samada dengan kereta ke, terlanggar sesama sendiri dan bergaduh.  Perlanggaran tadi menjadi sebab untuk pertemuan seterusnya kan! Romeo Juliet sangat!
  
  Dia semanis honey- hani terlanggar ahnaf dan mengotorkan baju Ahnaf.
  Mr Boss Miss stalker- Terlanggar kereta.
Teman Lelaki Upahan -  terlanggar kereta.


2.  Hero Perfect
    
   Yang ni pun selalu terjadi, heronya mesti perfect, ada semua pakej - belajar luar negeri, muka handsome, anak Dato', anak jutawan, ada kereta mewah, rumah banglo.
Habis, orang biasa tak boleh jadi hero ke?  belajar dalam Malaysia takde kelas ke?Apa salahnya, sekali sekala buat seperti realiti.  Mamat tu orang susah, muka biasa-biasa je, lulusan universiti tempatan. haha. 
Bukan aku tak cinta- karakter macam Jebat ok pe. 

3.   Muncul si ex girlfriend/boyfriend yang psiko.

 Yang ni paling kerap. Mesti muncul kan! Kekadang sakit jiwa dibuatnya.

4.   Bad boy jadi good boy
 Watak utama lelaki selalu bermula dengan tingkahlaku yang menyampah  sangat. selalunya dorang ada sindrom orang kaya sombong. Pastu berubah disebabkan heroin dari golongan biasa yang sebelum ni yang amat-amat membenci dia. 

5. Kisah cinta mendapat tentangan keluarga.

Hero orang kaya, heroin orang miskin. Bakal mak mertua tak suka, nak nikahkan dengan anak kenalan. Macam-macam mak hero buat nak pisahkan dia.

6.  Kawan berebut kekasih.
   Hero suka dengan heroin, tapi pada masa yang sama, kawan baik hero pun suka. Ada yang mengalah pada hero, ada yang buat jahat.
Begitu juga kalau 2 perempuan suka seorang lelaki.  Cinta tiga segi sangat!

7. Babak tidur dalam kereta.
 Yang ni banyak. Kononnya time nila, hero dapat melihat wajah orang yang dicintai sambil meluahkan perasan. Bila heroin sedar, terus diam,tak tahu nak cakap apa. haha

8. Penampilan watak
Kalau watak jahat lelaki mesti tak handsome, bengis, psiko, kebanyakan masa selekeh.- jambang tak terurus,
Kalau perempuan pulak, gedik, seksi sangat, rambut blonde la,make up tebal.
Kalau watak utama- ayu, kekadang macam kampung sangat-walaupun tinggal bandar,
Watak gosip girl- Kalau kat kampung, mesti pakai baju kebaya. makcik2 

9. Perlu ada orang sakit
 Babak ni penting dalam drama. Mesti ada babak kat hospital. Sama ada kemalangan ke,sakit ke.Masa ni baru hero/heroin sedar yang dia  amat sayangkan pasangannya.

10.  Kerjaya
  Kerjaya untuk watak utama yang paling banyak adalah businessman. Kerja pun asyik keluar masuk ofis je.
Kalau pilot pulak - setakat tunjuk pintu airport, pakai baju pilot,aduhai
Doktor - pun sama, setakat pakai baju kot putih.
Cerita dia, ni je ke kerjaya yang ada? Punyalah banyak kerja yang boleh diceritakan. Nak tunjuk orang kaya pun, masih banyak lagi kerja lain yang boleh dipilih.
Realiti dia, anak orang kaya, tak semestinya jadi business man je.
Kalau pilih sesuatu kerjaya, tunjukkanlah sedikit kerja hero tu macam mana! Setakat pakai baju je, tak feel. Kalau novel tu  punyalah detail dorang cerita tentang kerja si hero dan heroin dia. jimat kos agaknya!
At least study la sikit tentang latar belakang tentang kerjaya tu.

11.  Kenderaan.
Kalau drama adaptasi, jarang nampak dorang guna kenderaan awam. Kata orang susah walaupun sebenarnya sederhana je. Kenderaan awam yang selalu muncul adalah teksi,
takde pun watak yang naik LRT ke Bas ke. Tapi  babak LRT sedang bergerak ada pulak! 

12. Ending untuk watak.
Kebanyakan drama melayu suka ending hukum karma. Buat jahat dibalas jahat. Sama ada mati, atau kena tangkap
Sesekali tunjuk la watak jahat tu insaf dan berbaik dengan hero dan heroin.


admya:
Sepatutnya drama kena tunjuk banyak yang positif daripada negatif secara tidak langsung. 
 ada lagi cliche, tapi tak terlintas masa buat entry ni, kalau korang ada idea lagi, meh tambah kat ruangan komen.


Monday, June 13, 2016

Isteri Tuan Ihsan






update ep 20-episode akhir

 Cinta tak kenal siapa. Kalau cinta itu kenal siapa mangsanya,tidak mungkin diva sengal ini jatuh cinta dengan pakcik tua! 
Trending drama-almost 12 ribu pageview



Sinopsis:

Prolog. Seroja Irdina, gadis peminat Kpop. Hidupnya tampak mudah. Siang- seorang pelajar universiti. Malam, dia adalah diva berkasut tumit tinggi 6 inci. Berbusana moden bak artis hollywood lengkap dengan tas tangan berjenama. Namun, tiada siapa tahu perang di jiwanya.

Tuan Ihsan, si kaya raya terlajak usia. Hidupnya bergelumang dengan kisah lama yang penuh duka. Duka yang menyaluti diri, menghindar untuk jatuh cinta lagi. Dunianya cuma hitam da putih. Putih untuk ya, Hitam untuk tidak. Sekeping wasiat menjadi titik pertemuan 2 insan berbeza.

"sentuh sikit pun nak marah...atau,you takut tergoda?"- Seroja Irdina
"Excuse me? You called that godaan? Dont flatter yourself missy"- Tuan Ihsan
Kehadiran Seroja mengubah banglo Ihsan yang sunyi sepi kepada gempak gempita hinggakan wujudnya group whatapps  Calon isteri Tuan Ihsan.

“You ingat I tak berani nak lawan cakap you, eh? Oh! You silap besar!” – Seroja Irdina
“We’ll see. You lawanlah cakap I. Kita tengok apa akan jadi. Mungkin you benar–benar nak tahu apa yang I boleh buat, kan?” – Tuan Ihsan

Mampukah satu persoalan mudah dijawab si pak cik tua kalau maruah seorang Seroja perlu dibela?

“Seroja, dengar sini. You lebih dari semua itu. You’re very special and dear to me, but...” – Tuan Ihsan
“Tapi? Tapi, apa? Jujur dengan I... You sayang I, tak? You cinta I, tak? You nak kahwin dengan I, tak?” - Seroja Irdina


Namun kehadiran Dr Zaim permudahkan segalanya. Tuan Ihsan yang cemburu mula mengambil langkah meminang Seroja. Status whatapps mula bertukar kepada isteri tuan Ihsan.


Para Pelakon
Aaron Aziz- Tuan Ihsan
Amyra Rosli- Seroja
 Shahreza- Dato Dr Amin
Harrisbaba- Dr Zaim




ep 7




download drama:







Friday, June 10, 2016

Tuesday, June 7, 2016

2000km ke Al-Haram(Drama lakonan Mia Ahmad)


Assalamualaikum.

Mia kembali aktif di kaca tv tahun 2016 ini. Nantikan drama terbaru Mia di TV1 
Slot: widuri
Mulai 12 Disember 2016

Senarai drama lakonan Aaron Aziz


Assalammualaikum,
Salam sejahtera.
Okei,kali ini kita tengok drama lakonan abam Aaron. Terima kasih pada aaron aziz sebab banyak drama beliau yang buat page admya jadi top dan femes.hihi

Monday, June 6, 2016

Download Cinta 11 Syarat





Drama baru menggantikan Akadku Yang Terakhir. 11 syarat harus dipersetujui Rasya jika dia ingin Haziq meninggalkannya. Update ep 19

Sunday, June 5, 2016

Drama Bibik-bibikku


 Saksikan drama komedi lakonan Ungku Ismail dan Fasha Sandha sepanjang bulan Ramadhan ini

Isteri vs Tunang Raya


Assalammualaikum, salam sejahtera
Rindu pada Zaimaazfar?Nantikan sambungan kisah ISTERI VS TUNANG RAYA
Tayangan: Raya kedua 10 pagi

Ucapan ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan

Saturday, June 4, 2016

Friday, June 3, 2016

Drama Ramadhan dan Raya 2016



Assalamualaikum,
Moga tambah amal dan iman di Ramadhan kali ini. Nantikan pelbagai drama di kaca tv di Bulan Puasa dan Raya 2016. Pastinya, drama yang ditunggu adalah telemovie sambungan drama bersiri sebelum ini kan!
Jom kita lihat drama apa yang bakal menjadi hits

Drama Ramadhan pilihan:

  1.  Lambaian Ramadhan- Slot Samarinda 
  2. Slot Akasia : Seindah Takdir Cinta
  3. Assalammualaikum  Cinta
  4.  Rumah Kedai - Jam 6:30 petang (ulangan)
  5. Hidayahmu Ramadhan (ulangan)
  6.  Cinta 11 syarat - Mulai 6 Jun 6:30 petang astro prima
  7. Imam Mudaku Romantik - Mulai 6 Jun
  8.  Slot Dahlia - Mr Tanda Soal
  9.  Ketupat Palas Mr Handsome

Drama Raya Pilihan:


Slot Dahlia: Mr Tanda Soal (TV3)


Drama terbitan Suhan Movies

Jumlah episode: 13
Skrip: Sharifah Abu Salem
Update download link