join admya di FB

Drama Namaku Bedah TV9




Mak, Bedah nak tukar nama!

Akan datang di TV9. Adaptasi novel Namaku Bedah
Jumlah episode: 20
Terbitan: tanahberisifilmproduction
Waktu tayangan: Selasa- Ahad 8:30 malam

Sinopsis:
Namaku Bedah binti Bedul. Nama indah pemberian ibu dan arwah bapa adalah hasil gabungan nama mereka iaitu Bedul dan Hamidah.
Berkali-kali aku meminta daripada ibu supaya benarkan untuk penukaran nama. Namun, katanya namaku itu tanda cinta dia dan arwah bapa. Oleh itu aku tidak dibenarkan sama sekali menukarkannya. Boleh ke aku lallui kehidupan dengan nama Bedah. Bila orang dengar,pasti ada yang memerli. Aduh,malunya. Hanya Tuhan saja yang tahu.
" Saya nak gunakan nama Puteri Anis!"
" Puteri Anis? Awak bukannya keturunan raja. Kenapa nak letak perkataan Puteri di pangkal nama awak?"
"Saya ingin guna nama Puteri Anis. Keputusan saya muktamad!"
Nama Bedah akan lenyap dan biarlah hanya bersemadi dalam diri aku. Aku juga akan beritahu emak suatu hari nanti dan harap mak terima dengan dengan hati yang terbuka.
Hakikatnya, sampai bila-bila pun tetap NAMAKU BEDAH.


Para pelakon:
Aishah Azman- Bedah
Nadzmi Adhwa - Zuhairi
Syainie Aida - Tasha
Rashidah Jaafar - Hamidah
Niezam Saidi - Sood
Rosnah Mat Aris- Rokiah
Razak Ahmad- Pak Halim













Comments