Monday, September 19, 2016

Razia Sultan drama



Sinopsis drama:
Berdasarkan kisah sejarah, Razia Sultan mengisahkan satu-satunya wanita yang memimpin kesultanan Delhi.

Razia dibesarkan seperti anak lelaki dan dilatih dengan ilmu pedang dan menunggang kuda. Pada usia muda, dia mula menunjukka minat dalam hal ehwal politik dan bercita-cita menyamaratakan hak antara lelaki dan wanita.
Razia juga berjiwa rakyat dan baik hati. Konflik bermula apabila Shah Turkan bekas perempuan simpanan Iltumish dengan anak lelakinya muncul kembali untuk merebut harta. Iltumish berjaya menggagalkan muslihat mereka dengan mengistiharkan pemerintah seterusnya perlu mengharungi pertarungan untuk menjadi pemerintah yang baru. Dalam pertarungan antara Naseer dan Rukn Ud Din, Naseer telah kalah. Razia mengesyaki Shah Turkan adalah dalang di sebalik kekalahan abangnya Naseer.

Tergugat dengan kewujudan Naseer, Shah Turkan merancang membunuh seluruh keluarga di raja itu bagi memastikan anaknya yang layak menjadi pewaris taktha Kerajaan Delhi. Razia terkejut menjumpai abangnya dan ahli keluarganya.


#Razia Sultan was the first Hindi drama airing in tv3
# Razia married to Malik Altunia

1 comment:

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq