Monday, January 11, 2016

Drama adaptasi novel Curi-curi Cinta

Curi curi cinta bakal muncul di kaca tv.



Sinopsis:
Intan Raihana dilahirkan dalam keluarga yang susah. Intan malu dengan keadaan keluarganya, apatah lagi ibunya seorang yang buta disebabkan kemalangan maut. Ayahnya meninggal dunia, dia pula membenci abangnya Iskandar  yang kononnya menjadi punca kemalangan tersebut.
Intan sering berlagak seperti orang kaya.
Intan belajar di luar negara. Namun, dia lebih suka berpoya-poya dengan kemewahan lelaki daripada belajar.Pulang dari luar negara,Intan berkenalan dengan Danial Hakim.Dia cuba menggoda lelaki itu kerana kekayaannya.Namun, sepupu Intan Fariza lebih menambat hati Danial Hakim.
Fariza seorang gadis yang baik budi pekertinya. Apa lagi, Intan melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan Danial Hakim. Namun,hati Danial Hakim sudah terkunci untuk Fariza. Intan menggunakan cara terkutuk untuk mendapatkan Danial Hakim. Berkahwinlah mereka(klise sangat)
Kelukaan hati Danial membuatkan dia mahu membalas dendam pada Intan. Dia mahu Intan sengsara sebagai isterinya. Dia mahu menyedarkan Intan kekayaan bukan segalanya. Mereka tinggal di sebuah pondok. Kehidupan yang Intan impikan hancur berkecai. Dia kini menjadi pencuci tandas untuk menyara hidup.

Jirannya menghasut Intan untuk bercerai. Intan sedar,mungkin ini balasan atas tindakannya sebelum ini. Peggy(sepupu Danial) tidak sangka Intan boleh bertahan dengan sikap Danial.
 Insaf akan perbuatannya, Intan memohon ampun pada keluarganya. Dia mahu menebus balik geran tanah milik keluarganya yang digadai dulu. Danial memberi syarat yang dia perlu bekerja tanpa gaji sebagai pengawal keselamatan.
Intan pernah menipu Danial yang dia mengandung. Namun,kali ini, Intan benar-benar mengandung. Sepanjang tempoh itu, Danial pula yang mempunyai alahan. Dia tidak boleh berrenggang dengan Intan.Berputiklah kasih dan sayang Danial pada Intan. Namun,dia ego untuk menunjukkannya.
Hati Intan telah mati untuk Danial.Apatah lagi dengan pemergiaan abangnya Iskandar. Danial berjanji pada Iskandar untuk menjaga intan dan anaknya.
Namun, belum sempat menunaikan janji,  Intan pergi..

Danial kembali mencari Intan. Dia mahu memujuk Intan. Dia tidak mahu lagi curi-curi cinta dengan isterinya.

admya: panjangnya sinopsis.haha. pelakon belum di pilih lagi.siapa rasanya yang bakal dapat watak ini? cuba bagi cadangan
drama air mata ni jadinya
credit to: eizzara

7 comments:

  1. Minta janna nick dn hafidz roshdi brlakon bsma

    ReplyDelete
  2. Hope janna nick dan nazim othman

    ReplyDelete
  3. REEN RAHIM DAN SYUKRI YAHYA...

    ReplyDelete
  4. REEN RAHIM DAN SYUKRI YAHYA...

    ReplyDelete
  5. Saya berharap sama ada Fattah Amin atau Izzue Islam akan jadi Danial Hakim. Manalala, Amyra Rosli atau Zara Zya atau Fatiya Latif akan jadi Intan Raihana.

    ReplyDelete
  6. yesss sya cadangkan Reen Rahim and Shukri Yahya cerita ni ya!! :) and sory sbb anonymous..heehee

    ReplyDelete

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq