Sunday, August 9, 2015

Slot Akasia: Akulah Balqis


Drama terbaru Aeril Zafril

Judul: Akulah Balqis
Dijangka akan ditayangkan hujung tahun ini.

Lakonan:
Puteri Balqis- Balqis
Aeril - Yamin
Nabila Huda- Seri
Nazim Othman - Adi

Sinopsis:
Yamin dan Seri dimasukkan ke pusat pemulihan dadah. Yamin dan Seri terpaksa melalui proses detox- proses penyikiran dadah dalam badan. Ketika inilah, Yamin dan Seri sedar akan kesilapan mereka sebelum ini. Balqis terpaksa hidup berdikari di usia muda sepeninggalan ibu bapanya. Oleh kerana Zali kawan Yamin tidak sanggup menjaganya,dia bercadang untuk menghantar Balqis ke rumah kebajikan. Mendengarkan itu, Balqis lari dan dia dilanggar oleh Milda seorang model. Kejadian itu mengingatkan Milda  tentang mimpinya melanggar seorang budak. Budak itu sama seperti dalam mimpinya. Oleh kerana itu, Adi suami Milda membawa Balqis pulang dan menjaganya seperti anak sendiri. Pada mulanya Milda tidak menyukai Balqis, Namun, dia mula suka apabila Balqis sentiasa mendamaikannya dengan Adi apabila mereka bertengkar.
Suatu hari, Yamin dan Seri  muncul  di rumah Adi. Mereka ingin menebus kesilapan. Milda sedih dan merancang melarikan Balqis supaya Yamin dan Seri tidak mengambil Balqis daripadanya.

LAGU TEMA AKULAH BALQIS
Download drama

Tengok gambar BTS ni pasti boleh agak,drama air mata ni!












No comments:

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq