join admya di FB

Kenapa saya suka melancong


 Assalammualaikum, 
 Kenapa saya suka melancong? Bila ditanya soalan ini,rasa-rasanya apa jawapan saya?


 Ramai yang menjawab sebab banyak duit, tak pun shopping. Tet... Bukan itu jawapan admya. Kebanyakan kita terburu-buru menyatakan seseorang yang melancong adalah kerana dia berduit. Jawapan  ini betul,namun duit bukan adalah sebab utama saya melancong.

Kalau melancong sebab nak shopping, kat Sogo pun boleh habiskan duit haha. Tak perlu nak pergi tempat lain atau luar negara.

4711

Memang kita akan happy bila beli barang yang kita nak macam gadget, handbag, baju baru(bagi ladies) kalau lelaki gadget, aksesori kereta,(sekadar contoh) namun kebahagiaan tu takkan bertahan lama. Sebabnya ia hanya bertahan seketika.Biasalah, benda baru semua nampak menarik, tetapi bila kita dah adapt atau menyesuaikan diri dengannya, kegembiraaan yang kita perolehi itu akan pudar perlahan-lahan,

Salah satu musuh kebahagiaan adalah penyesuaian atau adaptation," kata Dr Thomas Gilovich, seorang profesor psikologi di Universiti Cornell yang telah mengkaji soal wang dan kebahagiaan selama lebih dua dekad.
Jadi apa yang kita perlu buat jika kita ada duit berlebihan?

Belanjakan wang anda dengan pada pengalaman,aktiviti luar atau ayat mudah pergi travel!!
06ef

Ini kerana pengalaman once and done sebenarnya lebih berharga dan membahagiakan.
Konsepnya terbalik. Barang yang kekal lama tak memberi kegembiraan berpanjangan. Manakala pengalaman singkat memberi kebahagiaan yang bertahan lebih lama dalam diri seseorang.

Satu kajian yang dijalankan oleh Gilovich juga menunjukkan jika kita mempunyai pengalaman lalu yang memberi kesan negatif. Penilaian kita terhadap pengalaman itu, akan bertukar positif pada masa depan.
Kita peroleh pengalaman secara langsung dalam perjalanan hidup. Setelah detik itu berlalu,ia menjadi sebahagian daripada cerita-cerita bahagia yang kita kongsikan antara satu sama lain.Pengalaman yang buruk atau menakutkan masa lalu boleh bertukar menjadi bahan lucu yang buat  kita ketawa.Kenangan yang kita simpan itu boleh dijadikan "character building"
Pengalaman yang dikongsi juga mengeratkan hubungan kita dengan orang lain berbanding perkongsian material.

 D0b4

"Kadang-kadang, kita akan rasa cemburu melihat orang yang tinggal di hotel lima bintang atau yang terbang kelas pertama. Tetapi, sifat cemburu itu akan hilang sekelip mata kerana perkara itu juga tidak sama sekali menjamin percutian mereka lebih bagus daripada kita. Jadi, tiada apa yang kita akan rugi."

B3cd

Comments