join admya di FB

Puteri Bukan Nama Sebenar




Tajuk drama: Puteri Bukan Nama Sebenar
Jumlah Episode :13
Slot:  Zehra
setiap jumaat


Synopsis:

Puteri berkahwin secara rahsia dengan Mikail kerana keluarga Mikail telah mempunyai pilihan sendiri untuk Mikail iaiti Alisha anak hartawan yang bijak tetapi pendengki.Mikail seorang jurufoto. Sebelum bertolak ke Gaza untuk tugasan rasmi, Mikail berpesan pada Puteri untuk mencari keluarganya di Kuala Lumpur jika berlaku apa-apa ke atas dirinya. Puteri yang sarat mengandung telah bertolak ke Kuala Lumpur selepas kematian suaminya.Malangnya bas ekpres yang dinaiki puteri kemalangan. Puteri dan kandungannya terkorban.Laila  seorang ibu tunggal yang melarikan diri dari bekas suaminya yang panas baran telah membuka beg puteri dan menjumpai alamat mertua puteri. Lalu, Laila dan anaknya Adam pergi ke rumah Mertua Puteri.Laila telah disalah anggap sebagai Puteri selepas melihat Laila mempunyai cincin dan rantai miliknya. Laila cuba berterus terang tetapi tidak sampai hati apatah lagi mertua "barunya" telah kehilangan tiga ahli keluarganya.
Laila terus "menjadi" Puteri. Mirza abang Mikail seorang yang kacak tapi ego. Dia tidak menyukai Puteri hingga mengganggap Puteri sebagai pisau cukur. Mirza mengesyaki sesuatu apabila Puteri yang asalnya dari Johor boleh bercakap dalam loghat Pahang.
Sebelum Mikail melafazkan kata cinta pada Puteri,dia dan keluarganya mendapat khabar berita yang Mikail masih hidup dan akan kembali ke tanah air."Puteri"@Laila menjadi serba salah kerana dia bukan Puteri yang sebenar.Masih adakah kebahagiaan ada Puteri setelah di bercakap benar?
credit to budiey.com


Para Pelakon:
Syarul Izwan- Mikail
Cristina-  Laila/Puteri
Aida Khalida- Ibu Mikhail
Farahlyna- Alisha



Comments