Wednesday, April 30, 2014

Selamat Hari Pekerja 2014

Yeah

Doa bulan Rejab



Ya Allah,ampunilah dosa-dosa kami,dosa-dosa muslim dan muslimat yang masih hidup mahupun telah meninggal dunia
Moga kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. Amin

Monday, April 28, 2014

Drama Novel Perempuan Lindungan Kaabah



Assalammualaikum,
Perempuan lindungan Kaabah
Drama ini telah lama dikhabarkan akan diadaptasi,dan ia akan menjadi realiti tidak lama lagi.

Wednesday, April 23, 2014

Gerik Part 2





Assalammualaikum,

Sungguh tak sangka, Gerik dah makin popular. Dulu dengar nama pun tak pernah,tapi sekarang dah jadi sebutan. Terima kasih kepada pembaca yang memberi komen dan pandangan.

Dah banyak perubahan ,antaranya:


  • Pengangkutan( makin banyak syarikat bas beroperasi)
Transnasional( Kuala Lumpur -Gerik-Kuala Lumpur
Syarikat Kulim Baling ( Pengkalan Hulu -Baling
Perak Roadways ( Sempadan Thailand- Gerik-Lenggong- Ipoh
Syarikat Red dan Yellow ( Lenggong-Kuala Kangsar)
SKMK (Gerik- Kelantan)
Shamisha Ekspress ( Gerik- Kuala Lumpur- Shah Alam- Kajang
S.P Bumi Ekpress ( Gerik- Jertih, Kuala Terengganu)
Maju Ekpress - Gerik -Kuala Kangsar, Ipoh(Meru,) KL(TBS)Puduraya, Klang,Shah Alam,Melaka, Johor Baharu, Pasir Gudang

 jadi korang boleh pilih yang mana satu untuk datang ke Gerik.
Tapi kalau naik kenderaan perjalanan dari Kuala Lumpur -Gerik memakan masa lebih kurang 3-4 jam.


  • Tempat makan
# KFC
#Pizza Hut#Medan Takong
# Pasar Tani(setiap selasa)
# Pasar Malam( setiap jumaat)
# Medan Selera di Stesen Bas, Gerik(  dibuka waktu malam sahaja)


  • Makanan  yang femes di Gerik
# Ikan Perkasam
# Gulai daging masak hitam
#Kerabu Umbut Bayas


Pembaca sekalian, dialu-alukan kongsikan makanan yang best di Gerik(terutamanya makanan tradisi)

  • Telekomunikasi
# Broadband
 Celcom/Maxis/ TMnet streamix/ Yes(baru)

  • Pasaraya
# The Store
# Fresh Mart
# A-Wang
#TF 
  • Hotel/Penginapan
#Rumah Rehat Sri Inai
# Hotel Temenggor
# Hotel  Sri Bintang
# SMZ Hotel
#Belum Rainforest Resort,Banding
# Banding Lakeside Resort,Banding,
#Homestay 
  - Arizana Homestay(taman gemilang,gerik) contact num- rizuan34@yahoo.com(013-5817421/013-5847421


  • Bahasa


  • Perbankan/ATM
# Maybank
# CIMB
# Bank Rakyat
# Agro Bank
# BSN


  • Tempat Menarik untuk bersantai:
# Lata Lawin, Gerik
# Lata Tanjung Kala
#Dataran Loma- Pesta Ikan Loma
#Castela Cafe 



Mana-mana anak jati Gerik,meh share apa yang korang nak promosikan pasal Gerik sempena Tahun Melawat Perak/ Malaysia.

admya:
maaflah jika entri ini ada kesilapan,mohon pembaca sekalian membantu ye.

Saturday, April 19, 2014

Cerekarama : Sandiwara





Sinopsis:
Kisah dua beradik kembar iaitu Sofea dan Safia yang semenjak kecil lagu bercita-cita nak jadi pelakon terkenal. Namun, semuanya jadi kecoh bila mereka mendapat tawaran berlakon. 

Pelakon: Yana Samsudin,Zurin Aziz, Kartina Aziz, Iqram Dinzly

Thursday, April 17, 2014

Gaya Tudung Bawal Mawar Fizo Omar

Salam buat semua
Hangat diperkatakan di mukabuku. Nak cantik tanpa kos yang tinggi.Yunabella boleh membantu anda.Jawapannya:
Tudung bawal yunabella.Ini dia tutorial gaya tudung bawal yunabella or tudung bawal mawar fizo omar.







nampak tak , acah-acah mawar , tapi masih labuh dan yang penting , ia sejenis tudung bawal :)




Jom cuba :


mesti ada pin , dan brooch besar , make sure dia punya jarum panjang , so senang nak pin .


guna bawal biasa jer , pastu samakan yang depan .


pakai macam biasa .


untuk yang tengkuk pendek macam aku , boleh pin kat belakang , lagi pun aku dah biasa letak pin , nampak lagi kemas , tak nak letak pon boley :)


ok start gumpalkan tudung , boleh start dari tengah tudung atau jarak sejengkal macam tu 


lipat tudung secara menaik 


boleh cuba lipat siap-siap then terus pin atau pun , buat satu-satu macam dalam gambar 


ok bajet lah nak singkat atau labuh . sebab tu kena pin jang panjang , kalau x , xboleh nak pin .


selesai pin , jangan susah hati . dia memang akan messy macam ni . just adjust dan cantikkan lipatan tu .


nak senang , buat macam dalam gambar ni , satukan hujung yang bercabang .


pin kat belakang tudung yang di kemaskan tu .


siap ! kalau rasa singkat , boleh turunkan lipatan tu or jangan pin belakang tudung :) thanks untuk adik aku yang sanggup jadi model , senang aku bagi arahan . muauahaha .





sekarang ni nak pergi mana pun aku buat gaya camgini jer . senang , ringkas .



Selamat mencuba!


Admya:
Lepas ni admya nak pakai tudung macam ni la.Bukan senang nak jadi fashion setter ni.Tahniah yunabella. thumb up!
Lepas ni tak perlu beli tudung beratus-ratus ringgit hanya nak nampak cantik.
Tutorial ini diambil dari blog Yunabella

6 perkara anda perlu buat(mesti baca)




Assalammualaikum,
Lama tak tulis entri pasal tips.
Okay,kita teruskan.13 perkara ni korang perlu buat.suka ke tidak,nak ke tak nak mesti buat!pesanan ikhlas ni.

Wednesday, April 16, 2014

Samarinda Ramadhan: Ramadhan Jangan Pergi





Assalammualaikum,
Korang tentu nak tahu drama apa yang bakal ditayangkan sempena Ramadhan.Tahun ini,slot Samarinda akan dihiasi oleh drama keluaran JS Pictures.

Kantin Cinta



Akan datang sempena Hari Pekerja.

Juvana 2




Assalammualaikum,


Anda peminat drama Juvana? Filem Juvana

Jeng..Jeng selepas 3 tahun.Juvana akan kembali ke layar perak.


Wednesday, April 9, 2014

Warkah Kehidupan- Remy Ishak


Assalammualaikum,
Saksikan telemovie warkah kehidupan lakonan Remy Ishak


Monday, April 7, 2014

Cinta, Sampaikan Kepada Dia


Cinta,

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dari dia menyintai Yang Maha Esa
Tolong nasihati si  dia, jangan mengingatku lebih dari mengingati Yang Maha Kuasa...
Tolong nasihati si  dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya.

Tolong katakan pada  si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga
Tolong katakan pada si dia,dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya.

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegur  si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.


Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa,

Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga
Tolong sedarkan si diam tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.

Tolong sabarkan si dia, usah usap cinta di kala cita-cita belum terlaksana

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya.
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya.
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya.

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia.

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya
Tolong khabarkan pada si dia,jadilah penyolong dalam kejayaanku
Tolong sampaikan pada dia, aku dambakan cinta suci yang terjaga
Tolong sampaikan pada dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan Yang Maha Kuasa.
Cinta,
Tolong sampaikan kepada si dia,kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri,

Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia.
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagunganMu Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya. dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.
Simpanlah pesananku sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti

Tuesday, April 1, 2014