Friday, February 28, 2014

Jauh dari Cinta (novel) Astro update


Assalammualaikum.
Tarikh tayang: 16 Jun 2014
Waktu tayangan: isnin-khamis 5 petang
Channel: 104 

Wednesday, February 26, 2014

Kasih Materialistik





Assalammualaikum,
Nak dengar cerita. Admya ada satu cerita

Kasih Berbisik Update!







Salam,
Wah,makin banyak drama Keith Foo.Memang hebat aura Tengku Adam Kamil

Syurga Tanpa Cinta(update)



akan datang di RTM
 tayangan: bermula 28 september setiap sabtu dan ahad 7 malam

jumlah episode: 13

Monday, February 24, 2014

Saturday, February 22, 2014

Lyma(Love You Mr Arrogant) menang Anugerah Drama Festival


Tahniah buat Lyma 

SSID Raya







Assalammualaikum,

Berita baik untuk peminat SSID. SSID akan ke filem dan telemovieraya.Nantikan tayangan SSID raya pada hari raya pertama


Sinopsis SSID Raya:
 Firash dan Syafa dikurniakan anak kembar. Firash kekok melayan anaknya dan menyebabkan Syaf membulinya.Shidah kawan Firash ketika kecil muncul dan meluahkan perasaanya pada Firash.


cr pic as tagged admya
tak sabar nak tengok





selesai meeting


Tahniah SSID!

Slot Zehra: Kifarah(Ganti Menjinak Ombak)






Drama Menjinak Ombak akan di ganti oleh Kifarah.

Friday, February 21, 2014

Sunday, February 16, 2014

Telemovie Pondok Pak Ya



Sinopsis:
Mengisahkan 27 orang pelajar yang mati syahid dalam Tragedi Kebakaran yang berlaku di Sekolah Menengah Agama yang lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya. 

Jom selamatkan Bumi Kita


Assalammualaikum.
Sempena Hari Bumi yang bakal menjelang, Admya merayu kepada semua untuk menyokong Kempen Selamatkan Bumi Kita.

Bagaimana caranya.Mudah sahaja

1) Daftar sebagai ahli WWF-World Wildlife Fund.Percuma,tak perlu duit pun.Siap dapat hadiah lagi
Kalau anda join,bantu kempen,anda akan dapat point yang boleh di tukar kepada hadiah menarik spt tshirt comel ni,keychain,wwf toy,beg.

2) Ambik anak angkat. Hidupan liar memerlukan kos yang tinggi untuk dipelihara.Jadi dengan mengambil anak angkat,anda semua membantu menyelamatkan mereka.
Jom ambik anak  gajah sebagai anak angkat<--- font="" klik="" sini="">
Penyu.Sian dia anak-anak dia dimakan manusia.
 Jangan risau,korang tak perlu nak jaga mereka.Cuma beri sumbangan,anda boleh membantu mereka. Kekadang,korang pun boleh namakan mereka juga.Bestkan. Admya ada ambik anak harimau sebagai anak angkat.chewah!Tak pernah jumpa pun.Takut..haha


3) Beli Tshirt WWF. 


4) Takde duit ar. Takpe still boleh support dengan support earthhour Hanya satu hari,satu dunia akan bergelap untuk kurangkan penggunaan elektrik.

Lagi

Kurangkan penggunaan beg plastik.Bawa beg bila shopping pergi pasaraya.
Kurangkan sampah.
Kitar semula- selain dapat duit,kita juga selamatkan bumi tau.
Jangan beli barangan dari kulit binatang.Kesian dorang.



Apa lagi,jom sokong selamatkan umi.Mulakan sekarang!

Saturday, February 15, 2014

Slot akasia: Kerana terpaksa Aku Relakan( Novel)




Assalammualaikum,
  Akan datang di Tv3

Samarinda: Kristal Maya


Tajuk: Kristal Maya
Channel; tv3
Slot: Samarinda
Tayangan: Rabu-Khamis 10 malam
Para Pelakon: Amyra Rosli, Shah Jaszle, Amar Baharin, Ryzal Jaafar

Slot Akasia: Maaf Jika Aku Tak Sempurna(DramaNovel)





Assalammualaikum,
Kepada Peminat Acik Lana nantikan drama adaptasi novel Maaf Jika Aku Tidak Sempurna.akan datang 2 september 2014

Astro Ria :Nikah Kita Bercinta




update download link

Cerekarama: Hanya di Atas Kertas.Update


 Tayangan minggu ini dalam slot cerekarama.
Jam: 10 malam
Tarikh tayangan: 31/5/2014

Ariana Rose Telemovie Raya


Berita baik kepada peminat ArianaRose. Ingin melihat kehidupan Ariana dan Tengku Adam Kamil selepas berkahwin?

Sambutan hangat penonton kepada drama ArianaRose yang membuatkan ArianaRose trending setiap hari dengan kadar purata 2.7 penonton setiap  episode membuatkan penerbitnya Ziela Jalil  akan menimbangkan untuk menyambung ArianaRose ke layar perak. Pn Ziela Jalil pun sudah berbincang dengan penulisnya Iman. Jika tiada halangan ArianaRose akan ke filem atay telemovie raya.



admya: 
1) nak penulis skrip Iman gak
2) Pelakon  drama ArianaRose dikekalkan
3) Nak tengok 3 orang anak comel Tengku Adam dan Ariana



Cerekarama : Pilihan Rozana



Sinopsis:
Asyraf menjalinkan hubungan  dengan Rozana walaupun dia tahu  tahu Rozana sebenarnya sudah berkahwin.Asyraf meminta Rozana meninggalkan suaminya namun Rozana tidak bersetuju. Hinggalah suatu hari suaminya kemalangan,Rozana sedar dia telah melakukan kesilapan besar. Rozana bertaubat dan memohon doa agar dosa-dosanya diampunkan.

Pelakon: Norman Hakim,Ikhwan, Nur Risteena,

Apa yang Maya Karin dan Sam buat ni?

Wednesday, February 12, 2014

Bahaya Obses Gajet



Assalammualaikum, 
 Agak lama jugak admya tidak menulis dalam ruangan perkongsian. Kali ini admya ingin berkongsi tentang bahaya obses terhadap gajet. Ketika ini,admya pasti hampir semua daripada kita memiliki gajet sepertu telefon, Ipad, Komputer riba, dan sebagainya.iya tak?

Tahukah anda jika kita terlalu bergantung pada gajet ia akan memudharatkan diri kita sendiri.
Dari Ibu Mas'ud  ra.Dia berkata: Nabi saw bersabda," Binasalah orang-orang yang keterlaluan dan berlebih-lebihan" Beliau mengulangi sebanyak tiga kali.HR Muslim)

Walaupun gajet sangat penting dalam hidup kita,namun kita tidak seharusnya terlalu fokus pada gajet.Ini kerana ia boleh menyumbang kepada kerencatan personaliti, tingkah laku tidak normal dan penyalahgunaan gajet berkenaan.
Pembentukan manusia melalui kemahiran berkomunikasi bersama masyarakat. Teringat kata-kata Albert  Einstein.


Generasi yang idiot=bukan generasi yang bodoh tapi generasi yang tidak tahu.

Ia boleh dilihat apabila seseorang yang obses dengan gajet,dia mengalami kerencatan personaliti  apabila mereka tidak memiliki kemahiran interaksi dengan orang lain.Misalnya, gementar bila cuba nak berbicara dengan orang lain. Yelah, kalau guna smartphone, laptop tak nampak muka, jadi kita tak berasa takut,tapi bila dah berdepan "nervous" bagai.

Selain itu, keabnormalan tingkah laku turut berlaku iaitu tingkah laku yang luar biasa,seperti  apabila kita terikat dengan gajet, kita cenderung untuk berlajar hanya berdasarkan maklumat yang terhad yang diperolehi daripada  medium sosial-tanpa rujukan yang sahih.
Teringat pada satu kes yang dia belajar silat melalui whatsup hingga menyebabkan dia "terkena" gangguan.
So, korang kena ingat tau..kalau nak belajar sesuatu,belajar dari tuk guru bukan medium internet.Internet bagi panduan je.

Penyalahgunaan gajet pun kini telah berleluasa,Ada yang menggunakan aplikasi gajet untuk menghentam, menyebarkan fitnah secara terbuka di FB, dan blog.Ia boleh memudharatkan sehingga boleh memutuskan siraturahhim, memangkin jenayah dan menghuru-harakan negara. Sebahagian cerdik pandai agama juga beranggapan medium internet ini seperti dajal yang boleh merosakkan umat Islam di akhir zaman.Ini kerana banyak kes seperti penceraian disebabkan sms, chatting, permutusan saudara sesama Islam dan penyebaran ajaran sesat melalui ayat Al-Qu'ran dan hadith yang diolah.Na'uzubiilah.

Selain itu, obses terhadap gajet juga menyebabkan  budaya berkomunikasi bersama ahli  keluarga terhakis akibat semua leka dengan gajet masing-masing. Ingat iklan Maxis? Yang budak kecil tutup wifi broadband supaya dia dapat main dengan abang sepupu dia. Itulah dia realiti zaman sekarang. Ada setengah pihak pula menggunakan kesempatan kemudahan telefon berkamera hingga menyalahgunakan dengan merakam gambar yang tidak sepatutnya dan tersebar di Internet.

Penggunaan gajet ada baik dan buruknya. Tapi jangan sampai kita terlalu obses. Dalam akhbar,ada melaporkan kerajaan Arab Saudi mengharamkan Galaxy Tab dan Iphone di agensi keselamatan kerana peralatan itu boleh disalahgunakan untuk memecah masuk ke data peribadi dan pertubuhan keselamatan

Kesimpulannya, penggunaan gajet harus terkawal dan bukannnya melampui hingga kita terlalu obses.Kita masih boleh hidup tanpa gajet.

Tips untuk ibubapa:

  •  Kanak-kanak berusia 2 tahun tidak digalakkan didedahkan dengan gajet.
  • Berikan tempoh had masa untuk anak-anak mengunnakan gajet
  • Dedahkan anak-anak menggunakan permainan biasa seiring dengan usia berbanding gajet seperti bermain basikal,bola.Permainan gajet telah memansuhkan perkembangan yang diperlukan oleh kanak-kanak seperti kemahiran sosial, kemahiran komunikasi,Teringat dulu main pondok2,polis sentri, skipping.Lagi best dari sekarang.






Saturday, February 8, 2014

Cerekarama: Lollypop




Cerekarama bertajuk Lollypop akan datang di kaca tv anda pada 9/2/2014


Telemovie Hitam lakonan Beto Kusyairy


akan ditayangkan ahad 9.2.2014

Puteri



Akan datang di TV3. 

Slot Zehra: Cinta Ilahi



Assalammualaikum,
Drama terbaru yang bakal ditayangkan di TV3.

Slot Lestary: Romi Cinta Julia



Assalammualaikum,
Masih ingat lagi Syahrul Ridzuan dalam Lyma? Yang bawak watak mamat psiko yang culik Zara tu?

Novel Ariana Rose untuk Anda



Assalammualaikum,

Nak Novel The Wedding Breaker

Senang sahaja.Berikan slogan kenapa ada suka admya blogspot. Slogan tidak boleh melebihi 20 patah perkataan dan mesti bermula dengan saya suka blog admya kerana(patah perkataan termasuk 5 patah kata ini)

Hantarkan nama,email, notelefon dan slogan anda ke email ini- fr.lisa10@gmail.com.

Tarikh akhir hantar - Hari Khamis.(dilanjutkan sebab atas permintaan ramai)

Pemenang akan diumumkan kemudian

Hanya satu pemenang utama akan menerima hadiah senaskah novel the wedding breaker.
2 pemenang lain akan menerima hadiah saguhati dari admya.

Wednesday, February 5, 2014

Ariana Rose Episode 23 dan Episode 24




Adam baru balik dari Mekah. Alangkah terkejutnya Adam bila mengetahui Hilmi dan Dolman telah mati dibunuh. Untuk menggembirakan Adam,Tengku Mukhriz sengaja meletakkan gambar Ariana supaya Adam tahu siapa tunangnya. Adam begitu gembira dan bersyukur yang Ariana bakal menjadi isterinya. Ramzul mendapat ugutan dari Jefri.Harith begitu kecewa bila menerima kad jemputan dari Ariana. Ariana menjadi sedih bila dia terpaksa menolak cinta Harith.


episode 24

Ariana cuba menghubungi bakal suaminya.

Petikan daripada Bab 39 Novel The Wedding Breaker :

‘ Fuh ! ’ macam menjampi pula Ariana meniup gagang telefon rumahnya bila nombor terakhir selesai didail. 

Deringan telefon kedengaran di cuping telinganya. Ariana menunggu penuh sabar dan debar. 

“ Hello…Assalamualaikum… ” suara seorang lelaki jelas dipendengarannya. Ariana mula kaget. Apa nak cakap ni ?

“ Er…ni….Adam…Adam Mukhriz ke ? ” soal Ariana gugup. Dia sengaja menggunakan telefon rumah. Adam pula mula pelik bila nombor talian rumah dari Kelantan memasuki talian telefon bimbitnya. Panggil Adam Mukhriz pula tu. Tak ada Datuk atau Tengku. Kalau si pemanggil ialah wakil daripada syarikat tertentu memang kurang adab lah gayanya ni.

“ Ya saya ” Adam menegaskan suaranya. Tak reti respect orang, komen Adam pada pemanggil yang masih belum diketahui siapa gerangannya.

“ Erm…Boleh saya curi masa Adam sikit ? ”

“ 5 minutes. Go on ” Mak aih, tegasnya tunang aku ni! Jerit Ariana dalam hati.

“ Er…”

Belum habis dia bercakap suara dicorong telefonnya berbunyi lagi, “ Kalau you tak err…er…it will save your time ”

Pedasnya kata-kata kau wahai encik tunang ! Macam mana aku nak hidup dengan kau ni ??? Ah, cepatlah Ariana, get it done ! Kalau garang macam tu tunangnya tu, kalau tak jadi pun okay lah.

“ Saya Ariana Rose…tunang awak…” perlahan sahaja tutur bicara Ariana. Kedengaran lembut dan ayu walaupun hakikatnya dia hampir menggelegak bila Adam berlagak garang dengannya.

- ARIANA ROSE – TUNANG AWAK ? –

Owh My God !

Itu sahaja yang mampu Adam fikir buat masa itu. Ya Tuhan kenapa Ariana menelefon ?

“ Hello…” suara ayu itu menjengah telinganya sekali lagi. Cepat-cepat Adam Kamil tersedar dari kejutan.

“ Er…ha…hm….hello …” Aik, tadi kutuk aku gagap, sekarang tengok siapa yang lebih gagap ? Kutuk Ariana dalam hati. Ketawanya ditahan.

“ Adam…Saya …Ada benda penting nak beritahu awak ” ucap Ariana, lebih tenang kali ini.

“ Er..ya…saya dengar. Take your time ” dalam debar Adam menunggu perkhabaran daripada Ariana.

“ Mungkin agak berat untuk Adam terima..” Ariana terhenti di situ. Jantung Adam berdegup semakin kencang. Ariana tahu dia Tengku Adam Kamil ke ? Dia nak putuskan hubungan ? Baru sehari dia terasa bahagia kenapa nak ditarik balik kebahagiaan ni ?

“ We never know each other’s… Sebelum tu saya nak tahu what do you have in mind about me ? ” soalannya meluncur laju. Asalnya mahu memberitahu tentang status dirinya, tapi tak ke pelik tiba-tiba mengaku pernah dirogol ? Lagipun ada cara lain ingin mendapatkan jawapan tanpa perlu membuka aib sendiri.
Adam berfikir sejenak. Tak pernah kenal ? Bukan tidak pernah kenal, malah dah tidur bersama pun. Setiap inci tubuh Ariana pun dia tahu.. Apa nak jawab ni ? Telahnya.

“ Anak Uncle Jusoh… ” perlahan suara Adam. Mencari idea tentang apa yang nak diperkatakan.

Ariana ketawa. Tidak menyangka itu jawapan Adam.

“ Kenapa awak ketawa ? ” soal Adam pelik.

“ Sorry… tak sangka tu jawapan awak… Jadi awak terima saya sebab saya anak ayah saya ? ”

“ Hmm yeah…” memang awalnya begitu. Dia terima Rosnah binti Jusoh sebab anak kawan daddy yang daddy dah berkenan sangat.

“ So you tak ada spesific requirement untuk bakal isteri you ? And saya Ariana Rose binti Hussein, bukan binti Jusoh. Saya anak tiri je, awak terima saya ? ”

Adam senyum. Ariana yang petah berbicara cuba main teka teki silang kata dengannya dan hakikatnya dia masih kabur dengan tujuan sebenar Ariana menyoalnya.

“ Saya terima awak seadanya. Anak tiri, anak angkat, anak kandung mahupun anak luar nikah…semua tu tak penting bagi saya. Saya terima awak Ariana Rose binti Hussein walau bagaimana pun awak ”

Ada kejujuran dari lunak suara Adam. Ariana terkedu.

‘ Saya terima awak Ariana Rose binti Hussein walau bagaimana pun awak ’

Ayat terakhir Adam berputar dibenaknya. Adakah Adam Mukhriz akan menuturkan perkara yang sama bila dia tahu dirinya bukan yang pertama ?

“ Terima kasih… ” perlahan suara Ariana. “ Bagaimana awak menilai seorang perempuan ? ”

Okay, Ariana Rose sudah mula memasuki fasa soalan yang lebih berat. Adam yang tadinya duduk bersantai bersandar pada kerusi kulit di pejabatnya mula bangun. Dia mendekati dinding kaca yang memaparkan panorama Kuala Lumpur. Tali leher diuraikan sedikit. Cuba mencari keselesaan.

“ Seperti sabda Rasulullah s.a.w ;

“Wanita dinikahi karena empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya, keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.

Jelas agama menjadi tunjang utama pemilihan ”

Adam mengakhiri ayatnya. Agama ? Betulke Adam ? Dirinya bersoal jawab sendiri. Cuba memerli empunya badan yang baru bersuara sebentar tadi. Memang agama menjadi tunjang utama, tapi Ariana juga ada pakej yang serba lengkap dan dulu Ariana berjaya menambat hatinya kerana keperibadian Ariana. Ariana yang kuat dan cekal. Ariana yang tidak mudah hilang punca bila diuji. Ariana yang masih cuba meluangkan waktu dan perhatian pada mereka yang kurang bernasib baik walaupun dirinya sendiri dilanda badai tak bertepi. Dia cintakan Ariana kerana perempuan itu satu dalam berjuta.

“ Macam mana awak nak tahu agama saya bagaimana kalau awak tak pernah kenal saya ? ”

Adam senyum, “ Kenapa awak setuju untuk jadi tunangan saya ? Berkahwin dengan saya ? Menjadi suri hidup saya walaupun awak juga pada hakikatnya tidak pernah mengenal diri saya ? ” tebak Adam balik. Cuba memberikan jawapan dengan soalan.
Ariana terasa terkena, terus dia membalas, “ That’s my parents’ wish ”

“ Jadi apa sahaja yang mak ayah awak nak awak buat, awak akan buat ?” soal Adam lagi.

Ariana mengerutkan dahinya. Adam cuba menyindirnya atau apa ? soalnya dalam hati.

“ As long as it is within the shariah. Syurga saya masih di bawah telapak kaki ummi saya…dan saya percaya pilihan kedua orang tua adalah yang terbaik since they love me. They will never try to harm me ” tegas suara Ariana, bagai mahu membela kedua ibu bapanya.

“ Rose…cantik nama awak ” suara Adam kedengaran agak sensual. Romantik. Berderau darah Ariana. “ Tapi yang lebih cantik ialah peribadi awak. Dari kata dan pertuturan awak pun saya dah tahu pendirian awak. You obey your parents sebab kepatuhan awak pada mereka yang akan bawa awak ke syurga, kerana cinta awak pada Allah dan kerana cinta awak pada mereka juga…”

Ariana diam tak terkutik. Boleh tahan falsafah tunangannya ni.

“ Cinta kita pada Allah akan memandu arah kehidupan kita…Bila awak menjadi isteri saya, saya percaya you will please me as much as you pleased your parents kerana waktu itu syurga awak terletak on my blessing, my pleasure – as long as it is within the shariah. Awak tahu kan keIslaman kita terpancar pada apa ? ”

Kata-kata Adam seperti batu berat yang menghempap dadanya, jiwanya. Ariana menarik nafas dalam. Adam Mukhriz bukan lelaki sebarangan.

“ Air muka … ” pendek jawapan Ariana. Dia blurr sebenarnya. Orang kan selalu kata, orang baik-baik mukanya jernih.
Jawapan Ariana disambut dengan tawa dari Adam Mukhriz. Ariana mengerutkan dahinya. Heh, bercakap dengan Adam ni memang buatkan dia cepat tua. Asyik berkerut je muka.

“ Ariana….Ariana …dari akhlak. Akhlak tu lambang kesempurnaan iman..Islam kan diturunkan untuk menjadi panduan kita dalam kehidupan…bukan semata-mata untuk dihafal..”

Malu sendiri Ariana bila Adam memberitahunya begitu. Macam dia tak lulus ujian agama je…

Bila Ariana masih diam Adam kembali bersuara, “ Awak tak setuju dengan apa yang saya cakap ? ”

“ Tak…tak…saya…Alhamdulillah saya kagum dengan pandangan awak ” ikhlas dari hatinya. Memang dia kagum dengan butir bicara Adam yang penuh ilmu. Orang sebegini yang layak dibuat imam untuk kehidupannya kelak, telah Ariana. Tapi..adakah pandangan Adam masih sama bila tahu dia bukan yang pertama ?

“ Anything else you wana ask ? ”

“ Adam…Apa pandangan awak tentang….janda ? ”

Janda ? Sekilas ikan di air, sudah Adam tahu jantan betinanya. Sekilas Ariana bertanya baru sekarang dia tahu apa puncanya. Ariana cuba mencari kepastian rupanya…mengenai status dirinya yang sudah dirosakkan oleh..Tengku Adam Kamil. Tunangannya sendiri, if you only know Ariana…bisik Adam dalam sayu yang disimpan.

“ Semua isteri Rasulullah s.a.w adalah janda…kecuali Saidatina Aishah r.a . Tak salah mengahwini janda. Andai Rasulullah s.a.w sendiri mengasihi Saiditina Khadijah sepenuh jiwa raganya, seorang janda lebih tua dari dirinya sendiri…jelas kebahagian rumah tangga bukan atas dasar status dan kisah lampau seseorang kan my future wife? ”

‘ My future wife ?

Ariana senyum. Sweet juga Adam Mukhriz ni..

“ Kalau diri awak sendiri…awak nak ke perempuan yang dah disentuh oleh lelaki lain ? ”

Kesian Ariana..bisik Adam…Mujurlah Allah menetapkan dia yang mengahwini Ariana. Dia lelaki yang menyentuh Ariana sebelum ini. Andai lelaki lain yang sedang Ariana hadapi…mungkin hati cekal Ariana akan dihiris buat kesekalian kalinya.

“ Pernah disentuh oleh lelaki lain boleh membawa tiga situasi yang berlainan. Satu, seorang perempuan yang sudah bergelar janda. Dua, seorang perempuan yang terlanjur dan tiga, seorang perempuan yang diperkosa” Adam berhenti sejenak. Bila Ariana masih tidak bersuara, dia menyambung lagi.

“ Jika kesnya adalah yang pertama, samada dia bergelar janda kerana diceraikan atau kematian suami, hubungannya dengan suaminya dulu adalah satu ibadah di mata Tuhan. Jika perbuatannya dulu tidak salah di sisi Allah, malah mendapat keberkatan pahala kerana menggembirakan hati suami, maka siapa saya untuk memandang hina kepada mereka ? Wajarnya penghormatan perlu diberikan kepada golongan ini. Jika kesnya adalah yang kedua, dan wanita itu sudah bertaubat nasuha. Di mata Tuhan dia adalah kain suci yang bersih, jadi kenapa perlu saya memandang rendah padanya ? Menghukumnya ? ” Adam terhenti lagi. Menunggu reaksi Ariana. Ariana pula menahan debar, menunggu jawapan Adam untuk kes ketiga, kes yang berlaku padanya.

Akhirnya Adam bersuara. Ariana mendengar dengan tekun, debaran di hatinya bagaikan kompang yang memalu laju.

“ Dan jika kesnya adalah yang ketiga, wanita yang diperkosa adalah orang yang teraniaya. Mengahwini golongan ini adalah satu penghormatan untuk lelaki kerana diberikan peluang untuk membela nasib wanita, melindungi mereka. ” akhiri Adam.

MashaAllah…mana tisu ? Nak sahaja dia menangis di situ.

Mulianya pandangan Adam Mukhriz pada perempuan sepertinya…

‘ Ya Allah..Aku bersyukur Tuhan..dengan pilihan Mu ’ bisik Ariana dalam diam.

“ Jadi awak memang tak kisah kalau isteri awak pernah disentuh oleh lelaki lain dulu? ”

“ Like what I said earlier Ariana Rose…dan…perkahwinan bukan hanya pada kepuasan seksual. There is no such thing as ‘bekas orang ’ what so ever. If sex is your top priority in accepting marriage, then maybe…Once you are my wife…There is no more you..and no more me…yang ada hanya KITA. Dua jiwa yang sudah ditakdirkan Tuhan untuk menjadi satu…Hidup baru, lembaran baru ”

Ya, air mata Ariana sudah tidak dapat diseka lagi. Terharu kerana Allah menciptakan seorang Adam yang hebat pada pandangan mata dan jiwanya untuk menjadi imamnya, insyaAllah di dunia dan di akhirat hendaknya..

Dia sudah boleh bernafas lega kini bila mengetahu pendirian tunangannya.

“ Thanks Adam…for spending your time answering my nonsense ”

Adam senyum lagi, “ That is not a nonsense Rose…You should know my stand before you accept me as your imam kan.. ? ”
Ariana turut tertawa perlahan. Control ayu depan tunang. “ Yes… that’s right…”

“ Rose… ”

“ Mm hmm… ? ”

“ Awak tahu siapa saya ? ”

Pelik soalan Adam padanya, “ Adam Mukhriz. My fiance’. Anak mommy and daddy..Aunty Lis and Ayah Ku… ”

“ Awak tak nak tahu apa kerja saya ? ”

“ Hm…ummi cakap awak pangkat besar kat company conglomerate..but..sorry…saya macam tak peduli sangat pasal awak..and awak pun tak pernah contact saya dulu..”

“ Awak tak nak kenal saya dulu ? Jumpa saya dulu ? ” soal Adam bersungguh.




Ariana terpaku,terkaku akhirnya redha menerima Adam dalam hidupnya.Ariana bertemu sang Adam dalam hidupnya.,walau ada banyak dugaan Tuhan beri mereka cinta.
cr to moleqre

cr to nuyulhussin



admya:sweetnya episode 24. so touching